" saya tak berkawan dengan lelaki." aku menolak terus.

" siapa cakap saya nak berkawan dengan awak? saya cakap saya nak kenal dengan awak aje." putar Zulfan. Dia masih menjaga jarak 2 meter dari Safiyyah. Nak datang dekat dia pun tahu pasti gadis tu tak suka.

" saya tak layak untuk dikenali sesiapa." aku masih menolak salamnya.

" belum cuba belum tahu, kan?" 

Aku mendongak memandang Zulfan yang berdiri. Tiba-tiba hatinya berdetak kecil.

" ramai lagi perempuan lain yang awak boleh kenal. Lagipun saya bukannya ada apa." aku masih tetap menolak.

" okey takpe, saya tak nak memaksa awak. Saya minta diri dulu, ya." Zulfan mengalah untuk ketika ini.

Aku hanya mengangguk sebelum meneruskan bacaan yang tergendala. Sebaik saja Zulfan berlalu pergi, dia mengangkat muka memandang langkah lelaki tu.

" Zulfan Iskandar." dia mengulang semula nama panjang Zulfan. Aku meneruskan bacaanku kembali malas nak ambik kira permintaan Zulfan tadi.

" apa yang kau dah buat ni, Muhammad Zulfan." Zulfan menampar pipinya perlahan sebaik saja keluar dari library.

" takpelah, esok aku try lagi." Dia tak akan mengalah sampai Safiyyah betul-betul menolak dirinya.

" kau tak nak masuk library ke?" Haziq yang baru muncul entah dari mana menegur. Pelik tengok Zulfan yang tercegat berdiri di luar bangunan.

" tak nak. aku dah nak balik dah pun." balas Zulfan. Mimpi apa laki ni datang library. Tak pernah-pernah jejak tiba-tiba muncul.

" ala aku baru nak suruh kau teman aku pinjam buku. Aku mana pandai nak cari buku kat tempat sebesar alam ni." pinta Haziq dengan muka yang sengaja dicomelkan.

" kau tak payah nak buat muka comel sangat. jomlah, 10 minit je aku teman. Lebih 10 minit, kau buat sendiri." Zulfan mengalah. Kaki dipusingkan kembali ke arah bangunan. Harapnya Safiyyah dah tak ada kat tempat tu kalau tak malu 7 keturunan dia nanti.

" ni aku sayang kau ni." Haziq merangkul bahu Zulfan dari tepi. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam perpustakaan.

" banyak la kau sayang. Gunakan aku ada la." bidas Zulfan balik. Takda maknanya dia nak percaya kata sayang si Haziq ni.

" alah kau, nanti aku takde mula la sedih. Ada tak nak hargai. Cuba kau appreciate sikit aku ni. Bukan senang aku nak cakap aku sayang orang." balas Haziq.

" apa-apa je lah, Haziq oi. Dah, kau nak cari buku apa ni?" Malas nak melayan kerenah Haziq, dia cepat-cepat mengalih topik bila mereka berdua sampai depan rak-rak buku yang ada.

" tafsir Al-Munir la." Haziq menjawab laju.

Nuzhan pusing menghadap Haziq di sebelahnya.

" kan aku dah cakap semalam, tafsir tu dah habis orang pinjam?" ulangnya sekali lagi.

" alah, mana tahu dah ada orang pulangkan balik ke? Takkan dia nak simpan dalam bilik dia buat pekasam kot." 

" ah ye lah. Ikut kau la. Kalau tak ada jangan nak salahkan aku pulak." Malas dia nak bertekak lama-lama dengan mamat keras kepala ni.

" hah, kan aku dah cakap tak ada. Tafsir tu kan femes, memang susah nak tengok dia ada kat sini. Kalau ada pun, tu haa yang bertag tak boleh pinjam keluar." Zulfan menunding jari menunjuk ke arah rak yang tersusun rapi. Semalam tak ada langsung walaupun yang bertag tak boleh pinjam, harini nasib Haziq baik sikit sebab boleh guna dalam library.

" takpe lah. aku buat kat sini je lah tapi kau teman la aku, Is." 

" ah takde. Buat sorang aku nak pergi makan, lapar. Kau ingat kau tu perempuan ke nak berteman bagai? tu haa kau tengok bersepah perempuan yang datang sorang. Malu lah kalau kau tak berani nak duduk sorang." Zulfan laju menolak. Dari pagi dia tak makan lagi, perut tak payah cakap la berbunyi dari tadi.

" alah kau ni, Is. Aku janji kejap je lepastu kita pergi makan. Aku belanja kau, janji." Haziq mengangkat tangannya berjanji.

" haih." Zulfan mengeluh kasar.

" kau nak duduk mana?" soal Zulfan seraya kakinya melangkah. Redha saja lah bila dapat member clingy macam ni, semua nak kena berteman.

" mana mana je lah, asalkan duduk." balas Haziq

Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Onde histórias criam vida. Descubra agora