....

Kaysara belikan aiskrim untuk seorang budak lelaki ,lalu budak itu bermain berlari lari ,Tiba tiba budak itu menangis menyebabkan kaysara terkejut kaysara menoleh kiri dan kanan mencari kelibat budak kecil itu .

Kaysara nampak budak itu sedang dimarahi oleh seorang gadis yang agak familiar di mata kaysara.

"Maaf , anak saya tak sengaja " ingin sahaja kaysara memarahi karissa itu tetapi kerana sikapnya sopan santun jadi terpaksa hanya melontarkan kata kata itu sahaja .

" Tak sengaja kau tengoklah anak kau ni, kotor baju aku" marah karissa lagi .

" Say sorry " kata kaysara lembut dengan budak lelaki itu.

" Sorry aunty" kata budak lelaki itu

" Aunty kau panggil aku , hey budak !" Jerit karissa sambil tangannya tunjal kepala budak lelaki itu membuatkan kesabaran kaysara terancam.

"Jangan main kepala anak aku lah" kata kaysara sambil menolak badan karissa itu membuatkan karissa sedikit ke belakang lalu budak lelaki itu dipeluk .

"Sayang" panggil karissa seperti budak budak .

"What sayang " jawab lelaki itu lalu tangannya merangkul pinggan gadis itu .

" Tengok lah perempuan ni dia tolak i " mengadu karissa .

Mendengar suara yang agak familiar bagi kaysara , terus melepaskan pelukan dari budak itu kaysara berdiri dari terus mencangkung . Terkejut melihat tangan suaminya merangkul pinggang gadis itu .

"Apa semua ni abang?" tanya kaysara hampir ingin menangis tetapi ditahannya.

"not abang but tengku Edyran" sinis edyran.
Sama juga perempuan yang berdiri di tepinya hanya senyum sinis .

"Apa yang kau dah buat ha dengan baju bakal isteri aku?" jerkah edyran membuatkan budak itu menangis .

"Abang! ni anak abang " kata kaysara sambil tangannya menunjuk ke arah budak lelaki itu .

"Huh , anak aku ?. Sorry sis " kata edyran manakala gadis di tepinya sudah pun ketawa mendengar edyran tidak mengaku itu anaknya dan melihat riak wajah kaysara yang sedang menahan dari menangis .

Kaysara memegang dadanya erat , sakit.

Apabila dua sosok tubuh itu sudah berlalu pergi kaysara terjatuh terduduk dan menangis teresak esak .

"Mommy" panggil budak lelaki itu

Menyedarkan kaysara dari pengsannya, dia masih merasakan denyut di kepalanya . Tangannya masih berada di Dadanya. Mukanya lembab kerana air mata yang mengalir .

Bunyi pintu menandakan ada orang masuk .

" Kay , kau dah sedar , ni makan sikit pastu aku nak kau rehat saja , kau tu mengandung tak elok buat kerja berat berat ." Kata sofia yang sudah melabuhkan punggungnya di birai katil . Terkejut sofia melihat pipi kawannya basah , nak kata kaysara panas rasanya dah pasang aircond , sah kaysara menangis

" Aku nak suami aku Sofia hisk hisk" kata kaysara lalu badan sofia dipeluknya . Pelik akan kawannya itu , memang jadi isteri orang ni memang macam ni ke?. Jangan macam macam esok hari dia ni .

"Dah dah , aku ada , esok suami kau datang ye " pujuk sofia.

Kaysara melepaskan pelukannya .

"Aku mimpi edyran curang sof hisk" kata kaysara dalam tangisan .

" Dia tak mengaku anak ni dia punya dia tengking anak ni, aku taknak anak ni " kata kaysara sambil tangannya memukul perutnya .

" Eh kay kau sedar tak ?". Sofia menahan tangan kaysara dari terus memukul perutnya ." Baby ni takda salah pun kaysara , cubalah kuat sikit , kalau kau ada apa apa kau bagitahu aku aku selalu ada untuk kau " pujuk sofia taknak kawannya itu membenci anaknya kerana suaminya .

Og| TENGKU EDYRAN ESKANDAR Where stories live. Discover now