"oh, terasa ke? sorry sayangku." ujar Iman lagi.

bantal hiasan yang berada disamping, Dayana dia ambil lalu melemparkannya kepada Iman.

"ha, weh. aku tak tahulah siapa beritahu tetapi Ezham ada message aku. tanya tentang majlis kahwin kau. aku seen sahaja dia." ujar Irisy.

telefon pintarnya disuakan kepada Dayana. setiap bait mesej itu dibaca teliti oleh Dayana. seterusnya, dia menolak semula telefon pintar itu.

"tak payah jemput. nanti dia buat kecoh dekat majlis aku." bidas Dayana.

"betul ini? aku rasa baik kau jemput dia. biar dia nampak betapa jauh gahnya majlis sanding kau esok." cadang Marissa.

"tak mahulah. nanti daripada gah jadi geh. dia buat kecoh, habis majlis sanding aku."

Dianah yang berada disebelah Iman mengangguk laju. dia bersetuju dengan Dayana.

"aku bukan apa tetapi Ezham itu gila. sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan sesuatu. kau tak ingat ke dulu? dia sanggup fitnah Jaja untuk dapatkan──"

"benda lama, Anah. tak perlulah ungkit. aku okay sahaja dengan perkara itu." bidas Dayana, laju.

lama juga kelima - lima mereka diam. masing - masing sibuk melayan perasaan sendiri. ada yang makan kek, ada pula yang baharu nak makan nasi. ada juga yang sedang menghadap layar telefon dan seorang lagi termenung sahaja.

"oh, iya. sebelum aku lupa, minggu depan aku tunang. aku jemput budak - budak sekolah lama dengan kawan - kawan Hazael." ujar Irisy seraya memecah kesunyian.

"budak maktab kau dahulu ke?" soal Iman.

"haah, budak maktab dulu. that's mean Juhaina dengan Ezham akan ada. tetapi kau jangan tak datang pula, Ja. aku merajuk sebulan baharu kau tahu."

Dayana hanya menjungkitkan bahunya. dia pun tidak tahu waktu itu dia free ataupun ada kuliah. kalau dia tak ada kuliah sekali pun, takut Ziyad pula sibuk.

"tengoklah. kau buat waktu kuliah atau cuti Ahad?" soal Dayana.

"cuti Ahadlah, Jaja oi. aku pun kuliah juga hari - hari lain."

"ha, tengoklah. nanti aku tanya Jie. takut dia ada urusan pula waktu itu." putus Dayana.

Iman mencebik. susuk tubuh Dayana dipandang atas bawah, "orang dah ada suamikan. pergi mana - mana kenalah ajak husband."

"iyaa, kenalah ajak cik abang. barulah manis orang pandang. kenapa? cemburu ke, Maman?" soal Dayana. suara gadis itu kedengaran sinis.

"ish. Ju, kau dekat dengan Jaja kan? lepuk sikit budak itu untuk aku." geram Iman.

Irisy menjelirkan lidahnya, "kalau nak lepuk, sendirian berhad sila. aku risau suami dia turun pijak aku je. dahlah tinggi macam hantu galah."

"hoi! sedap betul kau kutuk Jie."

"aku pujilah! aku puji tinggi, okay."

Dayana dan Irisy saling membuang muka. masing - masing tidak mahu memandang wajah sesama sendiri.

"Jie, Ja, Ju. Jo tak ada?" sampuk Marissa tiba - tiba.

"Jo tak ada. Chot ada." ujar Dianah, selamba.

"Jo siapa? Johan ke?" soal Irisy pula.

"ha'ah, jodoh kau."

terus Irisy melemparkan bantal hiasan yang berada disampingnya kearah Marissa.

meletus tawa gadis bertubuh kecil itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PINTU BILIK tidur dikuakkan sedikit. tersembul kepala Dayana bagi meninjau keadaan sekeliling bilik. bayang Ziyad langsung tidak kelihatan.

kemana perginya si suami ini?

"tinjau apa, bintang?" tegur satu suara daripada belakang.

kejung seluruh badannya. terus dia menoleh kebelakang. terundur sedikit tubuh gadis itu apabila melihat susuk tubuh Ziyad yang berada dihadapannya itu.

"ta─k ada apa - apa." gugup Dayana. setapak dia mengundur kebelakang.

seraya itu, selangkah Ziyad menapak kehadapan.

Dayana menolak daun pintu yang berada dibelakangnya itu. kemudian, dia menapak beberapa langkah kebelakang.

Ziyad turut membuat perkara yang sama. lelaki itu menapak beberapa langkah kehadapan. seterusnya, setelah memastikan kedua - dua mereka masuk ke dalam bilik, dia mengatup rapat pintu bilik. tidak lupa juga untuk mengunci pintu tersebut.

gadis itu menelan air liur kesat. tekaknya terasa kering ketika itu. takut melihat Ziyad yang berada dihadapannya itu. lelaki itu hanya diam bersama dengan wajah datarnya.

dia kembali mengundurkan langkahnya. sesekali dia menoleh kebelakang. takut jika tersandung kebelakang.

buk.

langkahnya mati. tubuhnya berlaga dengan katil. secara tidak langsung, dia jatuh terduduk keatas katil. serentak dengan itu, Ziyad masih lagi menapak menghampirinya.

Dayana melagutkan kepalanya manakala Ziyad menunduk. mata kedua - duanya saling bertaut.

tiba - tiba sahaja tawa terbit daripada ulas bibir Ziyad. terus lelaki itu mengambil tempat disamping Dayana. wajah cuak si isteri dipandang lucu.

sontak dengan itu, Dayana menumbuk kasar bahu Ziyad, "kau sengaja bukan, Jie?"

"auch, sakit." rengek Ziyad. lelaki itu terus menggosok bahunya.

rasanya sama seperti kali pertama Dayana menumbuknya tetapi pada bahagian abdomennya. tetap sakit.

"maaflah, saya cuma nak usik awak sahaja. tak tahu pula awak ini jenis yang cepat cuak." cebik Ziyad.

bahunya masih terasa perit.

gadis itu mengeluh kecil. bahu Ziyad diusap lembut, "maaf. aku cuma── ya, refleks."

kemudian ditepuk lembut bahu Ziyad. dia bangun daripada duduknya. beg sandang dicari lalu ice pack dikeluarkan.

gadis itu kembali melangkah kearah Ziyad. ice pack tersebut diletakkan pada tempat yang menjadi mangsa tumbukannya.

"tak apalah, saya tak kisah. bukannya sakit sangat pun── auch! bintang, janganlah tekan!"

terhambur tawa gadis itu. tadi kata tak sakit. poyo sahaja suaminya itu.

Ziyad terkedu. wajah Dayana dipandang lama. jarang sungguh jika dia mahu melihat tawa Dayana. seperti yang dia katakan, Dayana bagaikan tidak reti untuk senyum.

tetapi sekali senyum atau ketawa, manisnya kalah kilang gula. ditambah pula dengan lesung pipit yang berada dihujung bibir gadis itu, manis sungguh melihatnya.

mata gadis itu turut hilang apabila ketawa.

perlahan - lahan senyuman nipis terukir pada wajah Ziyad. semoga selepas ini, Dayana bakal rajin tersenyum dan tertawa.

dan dia mahu menjadi punca disebalik tawa gadis itu.

Bintangku Where stories live. Discover now