Peluh sudah menitik dari dahi hingga ke leher. Langkahnya kian longlai. Tubuh Citra yang sudah di bawa masuk ke dalam bilik rawatan di tatap dengan perasaan yang bercampur baur.

Seolah tak mampu menampung tubuh sendiri, akhirnya Arian labuhkan duduk di atas satu kerusi di penjuru koridor. Matanya dipejam dan serentak itu air matanya kembali mengalir. Tak tahu berapa lama dia berkeadaan begitu sehingga lah dia rakan bahunya seolah ditepuk seseorang.

Matanya terbuka serentak itu kelibat Nawra dan Taufik menyapa kornea mata.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Tunggu Citra." Tak bernada suaranya. Dia lelah.

Mata Nawra membulat. Beg tangannya diangkat tinggi.

Buk!

Satu pukulan hinggap ke bahu Arian. Namun lelaki itu kekal tenang. Matanya kembali di katup dan tubuhnya disandarkan semula ke kerusi. Nafasnya dihela perlahan.

"Too much, Arian! Wife you tengah sakit dekat bawah sana!" Nawra meronta bila Taufik tarik tubuhnya untuk menjauh. Riak wajah Taufik kelihatan mendatar.

"Wife..." Taufik usap belakang tubuh itu. Tahu dan faham akan emosi yang melanda isterinya saat itu.

"Stupid!" Cemuh Nawra sebelum dia tinggalkan kawasan itu. Kakinya melangkah laju. Risau sekiranya semakin lama dia tatap wajah Arian semakin teruk amukannya.

"Apa kau buat ni, Arian?" Taufik labuhkan duduk di sebelah Arian. Kepalanya menole memandang lelaki itu. Kusut masai. Ada beberapa tompokan merah di baju lelaki itu. Pastinya darah. Entah apa sajalah yang sudah terjadi. Pastinya darah tersebut bukan datang dari tubuh Arian. Kerana jika dilihat dengan mata kasar lelaki itu langsung tak mengalami sebarang kecederaan.

"Citra jatuh. She's bleeding. A lot."

Kenyataan itu buatkan Taufik tertampar. Sekarang baru dia mengerti alasan disebalik keberadaan Arian di sini. "Ayra-"

"And my wife. My soul. My lifeline. Dia kemalangan. Ya aku tahu."

"Aku lelaki tak guna. Aku tak boleh pilih. Ayra penting. Sangat penting dalam hidup aku. Tapi, Citra. Dia sedang bawa zuriat kawan baik aku." Mata yang terpejam menyukar Taufik untuk mengesan emosi di balik mata itu.

"Sampai bila? Sampai bila aku kena terus di uji? Kenapa setiap ujian yang datang seolah olah tuhan nak bebankan aku? Aku ni tak layak bahagia ke, Taufik?"

"Jangan bercakap seolah olah kau tak ada iman dalam diri." Taufik menggeleng perlahan. Air mineral di tangan dibuka sebelum dihulur ke arah Arian.

"Minum dulu. Kau nampak penat. Hodoh. Macam mana lah Ayra boleh kahwin dengan kau. Menyakitkan mata." Taufik cuba pancing emosi Arian.

"Better than you." Arian sambut huluran tersebut. Botol di tangan ditatap dengan penuh emosi.

"Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku... kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku... dan Engkau adalah sebaik-baik perancang" Mata terpejam seketika sebelum air diteguk masuk mengalir ke tekak.

Taufik ukir senyuman kecil melihat respon Arian. Sekurang kurangnya lelaki itu masih punya secebis emosi.

"Tak mengalah. Aku tak akan mengalah. Aku cuma penat sikit." Bermacam macam kata semangat Arian bisikkan pada diri. Dengan harapan ada secebis kekuatan yang tersisa di sukma dan bakal bercambah teguh.

"Lelah tapi bertahan itulah kesetian wanita." Suara Taufik di sebelah buatkan Arian kembali berpaling memandang wajah itu.

"Marah tapi memaafkan itulah kesabaran wanita." Taufik menyambung seraya bangkit dari duduk.

"Tersiksa tapi terdiam itulah ketulusan wanita. Sesayang itu dia seorang wanita pada suaminya. Apa kamu mash tidak bersyukur memilikinya?"

Arian menunduk memandang lantai. Segalanya seolah olah tak teratur. Serabut dan menyakitkan.

Bunyi pintu ditolak buatkan dua pasang mata itu berpaling memandang ke muka pintu. Ada seorang doktor lelaki di situ menanti mereka.

"Suami puan Citra?" Soalan di ajukan pada Arian. Mungkin wajah itu yang dia lihat semasa menghantar pesakitnya.

Arian diam tak membalas. Taufik buka langkah sambil menggeleng.

"Macam mana keadaan kawan kami, doktor?" Taufik aju soalan bila Arian di lihat senyap dalam dunia sendiri.

"Dia dah stabil. Ada pendarahan berlaku but we manage to handle it." Doktor lelaki itu mengangguk sedikit.

"Esok atau lusa dia dah boleh balik. Lagi satu, pendarahan bukan saja berlaku disebabkan hentakan tapi juga disebabkan pengambilan ibuprofen secara berlebihan. Emosi pesakit kena diambil kira. Kemungkinan pesakit alami sakit kepala dan ambil inisiatif untuk makan ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa ambil kira kesan pada kandungan."

Mata Arian membulat. Apa lagi yang Citra cuba buat. Di awal tempoh kandungannya juga, Citra pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama. Ya, hari di mana dia suarakan keinginannya untuk bernikah lagi pada Ayra. Dan dia banyak luangkan masa dengan Citra dengan harapan Citra tak sakitkan kandungannya. Walaupun, anak yang sedang wanita itu kandungkan bukan lah zuriatnya namun entah mengapa dia rasa ada sedikit tanggungjawab dalam diri untuk menjaga amanah tuhan itu.

Taufik mengangguk kecil. "Thanks, doctor."

Doktor lelaki itu mengangguk seraya berlalu pergi.

"Dia dah stabil dan belum sedar lagi. Sekarang aku nak kau turun bawah jenguk isteri kau. Dia lebih perlukan kau." Taufik tepuk bahu Arian. Arian pandang muka pintu. Seketika keluhan dilepaskan.

"Tolong tengok kan Citra, kalau dia dah sedar call aku. Ada benda aku nak selesaikan dengan dia."

Taufik sekadar mengangguk kecil. Langkah longlai Arian ditatap sebelum bibirnya menyinggung kecil.

"Silap besar kau bermain api dengan Arian, Citra. Kau silap. Api yang kau sangkakan kecil dah membakar seluruh kota."

Kerana Cintaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें