daripada awal lagi dia sudah perasan akan keinginan Dayana itu. lagian pula, selama mengenali gadis itu, Dayana memang suka akan manisan.

serta - merta sepasang mata cantik milik Dayana bersinar. mata bundar itu memandang tepat ke dalam mata sipit milik Ziyad.

“tetapi bukan kau ke yang mahu makan llaollao ini tadi?”

“takk, bintang. itu memang untuk awak. sewaktu awak tolak offer saya tadi, saya tahu yang awak memang mahukan aiskrim. cuma awak takut menyusahkan saya, bukan?”

pantas gadis itu mencebik. bagaimana dia mahu menolak perasaannya pada lelaki itu? Ziyad terlalu perhatian untuk dia yang terlalu kurang diberikan perhatian itu.

“terima kasih, Jie. nanti aku bayar semula──”

“ah, shhh. saya tak dengar. saya tak dengar. awak cakap apa tadi?” laju sahaja Ziyad memotong ayat gadis itu.

Dayana mendengus kasar. lelaki ini selalu berperangai macam ini.

“kau nak rasa sikit tak?” soal Dayana.

Ziyad menggelengkan kepalanya, “tak nak. awak makanlah.”

gadis itu mengangguk kecil. sudu yang terpacak elok pada aiskrim itu digunakan untuk menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulutnya.

manakala Ziyad pula duduk disamping Dayana── menemani gadis itu sehingga dia selesai memakan aiskrim tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA HANYA mengikuti sahaja langkah panjang Ziyad itu. katanya dia mahu Dayana membantu lelaki itu buat memilih gelang untuk umi.

dia hanya bersetuju kerana dia juga pakar dalam memilih barangan kemas. walaupun dia jarang membeli benda mahal itu.

sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, seorang pekerja mula menyapa kedua - duanya.

kemudian, mereka dipelawa untuk duduk pada kerusi yang telah disediakan. kerusi itu diletakkan berhadapan dengan kaca yang digunakan untuk memperagakan barangan kemas mereka.

“awak pilihlah dahulu. kalau rasa berkenan, beritahu. nanti saya ambil yang itu.” ujar Ziyad.

“aku kurang tahu minat umi macam mana. kau sepatutnya bawa umi ke sini. biar umi yang pilih sendiri.”

“nama pun kejutan, bintang. kalau saya bawa umi ke sini, baik tak payah buat kejutan.” cebik Ziyad.

“tetapi aku tak tahu umi cenderung dengan gaya yang macam mana.”

“pilih sahaja ikut apa yang awak rasa cantik dan bagus. awak perempuan, mestilah awak lebih tahu tentang ini.”

Dayana hanya mengangguk. gadis itu mula melihat beberapa contoh gelang tangan yang berada di dalam meja kaca itu.

anak matanya tertarik akan satu bentuk gelang yang terdapat di dalam sana. bentuknya ringkas namun ditemani bintang.

gadis itu meminta pekerja tersebut mengeluarkan gelang yang itu. dibelek - belek gelang tersebut oleh Dayana.

senyuman manis mula terukir pada wajah gadis itu. cantik tetapi umi sukakan bintang ke?

“umi sukakan bintang ke?” soal Dayana. gadis itu menoleh kearah Ziyad.

pandangan Ziyad jatuh pada seutas gelang yang berada ditangan Dayana. senyuman kecil mula terukir pada wajah tampan lelaki itu.

“suka.”

Bintangku Where stories live. Discover now