Katanya kepada Dahlia, Aku kerutkan dahi, tidak memahami sebutir langsung maksudnya, Ahh biarlah itu hal keluarga mereka, Aku ini hanyalah orang luar. Dahlia gapai tangan Zar lalu disalam, mulutnya hela nafas yang panjang,

“Tengok lah nanti”

Balasnya acuh tak acuh namun Zar genggam erat tangan adiknya,

“ Dahlia”

Hanya sepatah perkataan namun tegas bunyinya dan itu penyebab riak wajah Dahlia berubah, jelas Aku lihat dia gigit bibirnya, Tidak perlu sibuk akan kain orang lain Adwa, bisikku pada hati walhal terasa suasana semaking tegang.

“ Haa yelah-yelah nanti Adik balik, ni nak balik dulu kalau lambat satgi pukul berapa nak sampai, Assalamualaikum opah, Dahlia balik dulu, jangan lupa makan ubat, jangan buat kerja berat-berat sangat tau”

Dipeluk tubuh Nek Khadijah dan abangnya lalu dia berlalu masuk ke dalam keretanya, Aku pamerkan senyuman manis pada Nek Khadijah dan Zar,

“Adwa balik dulu ,Assalamualaikum”

Dipeluk kejap tubuh tua itu sekali lagi dan sebelum Aku ingin membuka pintu kereta, Zar menarik hujung bajuku,

“Sat”

Aku pusingkan badanku menghadap tubuhnya, wajahnya tidak pamerkan sebarang senyuman, namun matanya Aku lihat menyimpan seribu satu rasa yang Aku tidak pasti,

“Saya ingat awak marahkan saya, dari pagi sampai sekarang tak bercakap dengan saya”

“Awat Aku nampak macam marah ka?”

"Iya awak nampak macam marah, lagi-lagi bila awak buat muka masam macam tapai basi tuu”

Dia tertawa hingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik itu, Aku tersenyum lega, lega kerana lelaki
ini tidak marahkan Aku atau terasa hati,

“Awak nak cakap apa Zar, cepatlah nanti Dahlia beletir pulak dekat awak dengan saya”

Dia berdiam seketika sebelum bibirnya membuka bicara kembali,

“Aku seronok bila hang duk kat sini”

“Saya pun seronok sebab kampung ni best”

“Aku...aku suka hang”

Mataku terbelalak, pantas Aku tumbuk manja bahunya, Aduh lelaki ini sudah mula perangainya, Mujur sahaja Nek Khadijah sudah berlalu pergi entah ke mana dan Dahlia berada di dalam kereta, tadi itu dia main-main sahaja kan? Kerana perangai Zar Uzair ini sememangnya sebergini, suka melawak tidak kena gaya.

“ Hei awak ni biar betul habistu saya punya Zaf tu nak lempar mana Zar, dalam laut ke?”

Aku tunjal perlahan dahinya, Dia ketawa mengekek-ngekek,

“Aku suka hang as kawan, bagi la Aku cakap habis dulu Cik Adwa oii’

“ Dah lah, awak nak cakap apa lagi? Dahlia dah hon tu haa”

“Call Aku”

Dahi Aku berkerut, mengapa pula Aku harus telefon dirinya sedangkan tiada urusan antara Aku dan Dia?

“Call Aku bila hang perlukan someone”

Katanya lagi, kali ini wajahnya tidak menunjukkan riak wajah nakal, diambil tangan Aku lalu diletakkan sesuatu di telapak tangan, ianya seutas rantai dan ada sebaris nombor terukir di situ, 14643, lagi dahiku berkerut seribu.

“Then I will be with you selama mana yang hang nak”

Katanya lagi, Aku mengangguk faham lalu senyuman paling manis aku ukirkan untuknya,

ZARWhere stories live. Discover now