Part 2

48 9 0
                                    

Usai solat magrib kami terus memulakan perjalanan ke rumah Tengku Ezmir dan Puan Emeldha, senang cerita bakal mertua aku, perjalanan tak lama hanya setengah jam dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Setibanya kami disana, kami terus disambut oleh tuan rumah iaitu Tengku Ezmir dan isterinya, kami disanjung sehinggalah ke meja makan

"Eh, dah besar makin lawa, cantik orangnya sesuai sangat jadi menantu ni."

Perkataan Puan Emeldha tidak terlalu memuji, tetapi mampu membuat hatiku cair, siapa je tak cair, kena puji cantik. aku hanya senyum dengan kata-katanya itu.

Aku melihat keadaan sekeliling, Adrean, ayahnya dan adiknya tidak kelihatan disini, perasaan ingin tahu dia dimana membuak-buak, tetapi aku hanya hiraukan sahaja.

Dan tiba-tiba pundi kencing aku buat hal, masa-masa macam ni lah dia nak buat hal, aku meminta izin dari Puan Emeldha untuk mengunakan tandas rumahnya.

Setelah selesai menunaikan hajat, aku nak pergi balik kemeja makan tetapi... Aku sesat, rumah ni dah lah besar, aku tak berapa ingat dengan selok-belok rumah ni, kali pertama kut, selalunya datang duduk dekat ruang tamu sahaja, manalah aku nak tau selok belok rumah ni.

Ada satu bilik terbuka, aku tau ada orang sebab tu aku pergi kesana mana tahu boleh tanya jalan balik. Dan aku terdengar percakapan mereka.

"Pa Adrean tak nak kahwin dengan dia, papa ingat kahwin ni benda main-main ke nak paksa-paksa."

"Takpe pa, jangan paksa abang, Ammar boleh tolong papa kalau papa nak Ammar kahwin dengan kak Myra."

"Ammar kamu diam, papa nak abang kamu yang kahwin dengan Amyra."

"Pa, Ammar dah tawar diri nak kahwin dengan si Amyra tu, tapi papa tetap nak Adrean juga yang kahwin dengan dia."

"Dah kamu anak sulung papa, apa-apa jadi sekalipun, tetap kamu yang papa nak kahwinkan dulu, si Amyra tu pula, kalau bukan disebabkan kakak dia dah bertunang, papa dia pun akan pilih kakak dia untuk di kahwinkan dengan kamu."

"Pa, you know? She's my enemy since secondary school."

"You think i care? Papa tak kira, kamu kena kahwin jugak dengan Amyra."

Aku tau, aku salah tempat untuk bertanya. Aku mengundurkan langkah kebelakang dan semasa sedang mencari jalan keluar aku terlanggar seseorang yang tinggi badannya boleh dikatakan 6'2 feet, aku tak tahu itu siapa, kerana aku hanya menundukkan pandangan.

"Sorry."

"For what?"

Apabila suara itu keluar terus aku dongak untuk melihat gerangan tuan suara itu, benar, suaranya sangat ku kenal, Adrean.

"Aku rasa kau dengar kut apa yang aku dengan papa aku cakap tadi."

"Tt-tak, saya tak dengar apa-apa."

"Kau jangan nak menipu aku lah Myra, aku kenal sangat kau ni, penipu."

Kata-kata itu sangat tajam hingga menusuk hati ku yang hampir berderai mendengar perkataan itu "penipu"

"Saya minta maaf, saya terdengar sedikit. Tapi bukan niat saya nak curi-curi dengar, saya nak tumpang tanya jalan balik kemeja lalu mana, rumah awak ni besar saya tak tahu jalan."

"Memang rumah aku besar pun, bukan macam engkau, dahlah miskin, bapak kau tu, menumpang duit bapak aku je tau?"

"Hei! Bapak jangan main eh, amboi sedap mulut kau je cakap bapak aku macam-macam, ingat aku sengaja ke nak kahwin dengan kau? Ingat aku batak sangat duit kau? Kau kene ingat eh, kalau syarikat bapak aku tolak tawaran untuk satukan syarikat bapak kau dengan bapak aku dulu syarikat bapak kau mungkin dah muflis kut."

Adrean hampir menamparku tetapi ada tangan yang menghalang, Ammar.

"Bang, kau buat apa!?, kau nak tampar bakal bini kau sendiri? Kau nak pukul dia? Benda yang dia cakap tu semua betul, syarikat kita dengan dia saling memerlukan, masa syarikat kita hampir bankrupt, syarikat bapak dia yang tolong kita!"

"Ah! Kau diam lah Mar! Kau kalau nak protect sangat perempuan ni, kau kahwin dengan dia, bukan suruh aku yang kahwin dengan dia!"

"Ulang sekali lagi apa yang kamu cakap Adrean."

Kami bertiga terus menoleh kearah pemilik suara tersebut, papa Adrean.

Adrean's Angel  - His Beloved Enemy -   Where stories live. Discover now