pintu kereta dikatup rapat.

Puan Aida melangkah masuk terlebih dahulu sebelum Dayana dan Ziyad. laju sahaja gadis bertubuh kecil itu melangkah menghampiri Ziyad.

kepala didongakkan keatas, “kenapa tak kejut aku?”

“saya dah kejutlah. awak itu yang tak dengar saya kejut. tak akan saya nak pegang awak pula? belum halal lagi.” ujar Ziyad. jari telunjuknya digerakan ke kiri dan ke kanan.

“alasan.”

tanpa menunggu Ziyad, Dayana terlebih dahulu melangkah. dibiarkan sahaja Ziyad berdiri sendirian disitu.

“eleh, cakap je la awak tak sabar nak kahwin dengan saya sebenarnya. malu - malu pula.”

“diamlah, Ziyad Nufa'el.” ujar Dayana sedikit keras.

ilai tawa muka kedengaran. seterusnya, Ziyad turut melangkah masuk ke dalam rumah jenis berkembar itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

UMI DAH dengar semuanya daripada Ziyad. umi bersimpati dengan apa yang berlaku pada Aya.” ucap Puan Aida ikhlas.

kekura tangan Dayana diusap lembut oleh Puan Aida.

ketika itu, mereka sudah pun selesai makan malam bersama. kedua - duanya sudah pun berpindah daripada dapur ke ruang tamu.

manakala Ziyad pula naik ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib.

“Aya jangan risau. kalau dengan umi, Aya boleh jadi diri sendiri. cukuplah menipu dihadapan orang lain. umi anggap Aya macam anak umi sendiri dah.” tambah Puan Aida lagi.

Dayana hanya mengukir segaris senyuman. dia tidak tahu mahu menyatakan apa kepada wanita yang berada disampingnya itu.

“jadi selama ini Aya duduk dengan uwan sebab ada masalah dengan mama dan papa?” soal Puan Aida.

terus Dayana mengangguk lemah.

“umi tak akan paksa Aya untuk cerita. umi akan tunggu masa untuk dengar Aya bercerita dengan umi. umi faham, terlalu cepat jika Aya mahu berkongsi segala - galanya dengan umi. itu privasi Aya.”

“terima kasih umi sebab faham Aya. Aya mahu minta maaf juga sebab bawa - bawa Ziyad dalam masalah antara Aya dengan mama.”

laju sahaja Puan Aida menggelengkan kepalanya. kekura tangan Dayana turut dipukul lembut.

“semua yang berlaku bukanlah salah, Aya. percaturan Allah itu indah. mungkin ada hikmahnya Aya bertemu dengan Ziyad.” lembut sahaja Puan Aida menuturkan ayatnya.

“umi percaya Ziyad dah cukup bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami. umi yakin dia mampu jaga Aya dengan baik.”

Puan Aida jeda. senyuman manis diukir buat sang dara, “lepas ini, kalau memang kalian berjodohan, please cling to him.”

belum sempat Dayana membuka mulut, suara garau milik Ziyad terlebih dahulu melaungkan namanya.

spontan kedua - dua wanita itu menoleh kearah tangga rumah. kelihatan susuk tubuh Ziyad yang sedang menuruni anak tangga.

“awak boleh solat tak? kalau nak solat, saya boleh sediakan tempat solat.” soal Ziyad sebaik sahaja lelaki itu berdiri dibelakang sofa.

“Aya naik solat ya, umi?” pinta Dayana dan Puan Aida mengangguk.

Dayana bingkas bangun lalu berlalu kearah tangga rumah Puan Aida. diikuti dengan Ziyad yang dibelakang.

“kau mahu aku solat dekat mana?” soal Dayana sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki diaras dua.

Bintangku Where stories live. Discover now