Bab 3

8 6 2
                                    

IBU! Ibu! Ibu!” Berlari-lari Farah masuk ke dalam rumah. Gembira di hati, tidak usah dikata! Rasa hendak meloncat setinggi angkasa!

Surat ditangannya telah membuktikan segala-galanya. Dia gembira hingga mahu menangis! Wah, perasaan apakah ini?

Andai sahaja ayahnya masih ada, sudah tentu ayahnya akan meloncat sama dengan dia. Oh Tuhan, rindunya dia kepada arwah ayahnya.

“Ya Allah, Farah Husnina! Kenapa terjerit-jerit ni? Ada apa?” Puan Raudah terkejut melihat Farah melompat kegirangan.

Farah mendakap erat tubuh ibunya. Surat yang berada di tangan masih belum dijelaskan kepada ibunya. Dia berasa sungguh gembira hingga tidak sempat mahu menjelaskan apa-apa kepada ibunya!

“Ada apa ni?” soal ibunya setelah melihat raut wajah Farah yang begitu gembira. Hairan juga lah sebab Farah tidak pernah meloncat sana sini seperti sekarang ini!

“Farah... Farah...” Gagap pula. Mungkin ini perasaan orang yang terlalu gembira, kan? Farah tidak mampu untuk meluahkan rasa gembira itu.

Puan Raudah pula sudah tidak mampu menahan sabar. Perkara apakah yang membuatkan anaknya gembira sangat ni?

“Ya, ibu tahu. Ibu yang letak nama kamu, Farah. Farah apanya?” tanya Puan Raudah lagi. Anaknya ini, suka buat perkara yang bukan-bukan! Pening kepalanya mahu menunggu percakapan Farah itu. Cakap tergagap-gagap, terlalu teruja lah tu!

“Farah dapat masuk UM, ibu!” Surat yang dia pegang sedari tadi sudah berpindah tangan. Puan Raudah pula membaca isi kandungan surat tersebut dengan teliti.

Tangannya naik menutup mulut. Alhamdulillah, dia berbangga dengan hasil usaha anaknya. Dia juga yakin usaha anaknya tidak akan menjadi sia-sia.

“Tapi... yuran kat sini mesti mahal ni. Ibu tak mampu lah,” ucap Puan Raudah, sengaja mahu melihat reaksi anaknya.

Farah tersentak. Seketika, dia terleka dengan surat tawaran itu sehingga tidak sedar telah melukakan hati seorang ibu.

Tangan Puan Raudah dikucup perlahan. “Maafkan, Farah. Farah lupa yang kita kurang berkemampuan. Maafkan Farah sebab dah sakitkan hati ibu.” Farah memohon ampun. Dia tidak kisah sekiranya dia tidak dapat melanjutkan pelajaran. Apa yang penting, dia masih mampu berbakti kepada ibunya.

Puan Raudah kembali mengeratkan pelukan. Masya Allah, perkara baik apalah yang dia lakukan sehingga mendapat seorang anak yang baik seperti Farah ni.

“Kamu ambil lah sampul duit dalam almari baju ibu. Bawa sini,” arah Puan Raudah dengan secebis senyuman.

Farah membuka langkah menuju ke arah bilik ibunya. Sampul yang berada di dalam almari diambil sebelum menuju ke arah ibunya semula. Tertanya-tanya juga, apa yang ada di dalam sampul itu?

“Sampul apa ni, ibu?” soalnya.

Puan Raudah tersenyum. “Yuran kamu dalam RM35K kan? Ibu ada menabung sikit-sikit untuk tampung kos yuran kamu. Cuma, ibu tak tahu nak bagi macam mana duit belanja kamu nanti. Ibu tak bekerja, Farah...”

“Tak apa, duit belanja tu Farah boleh fikirkan kemudian. Ya Allah, terima kasih ibu! Terima kasih sangat-sangat!” Farah mengelap air mata yang sedari tadi mengalir.

Puan Raudah tergelak halus melihat reaksi anaknya. Ya Allah, dia bersyukur kerana berkenalan dengan lelaki sebaik Hassan.

Semoga perjalanan hidup Hassan juga berseri seperti perjalanan hidup Farah.














AISKRIM di tangannya dihulurkan kepada Hassan. Hassan pula sudah ternaik keningnya. Tiba-tiba sahaja gadis itu berbuat baik kepadanya. Musykil sungguh!

“Ada apa ni? Tiba-tiba bagi aiskrim kat aku.” Terus sahaja Hassan menyoal. Lain macam pula perangai si Farah hari ini. Ni mesti ada ‘something’.

“Alaaa kau ni! Aku nak buat baik pun salah!” Aiskrim coklat disua ke mulutnya sendiri. Masya Allah, nikmat yang tiada tandingan!

“Kau mesti nak minta tolong apa-apa kan?” Hassan cuba serkap jarang. Ya lah, mana pernah Farah cuba buat baik dengannya. Kalau ada pun, pasti Farah perlukan sesuatu ataupun mahu dia mengajar matematik tambahan.

Masalahnya, sekarang mereka sudah habis belajar. Jadi, sudah tentu Farah tidak memerlukan tutor Addmath lagi.

Hassan tetap memandang tepat ke arah wajah gadis itu. Lama juga dia menanti balasan daripada dua ulas bibir milik Farah.

“Eh, macam mana kau tahu?” Terkejut dirinya kerana Hassan sudah dapat menebak situasi sebenar. Okay, nampak gayanya senang lah dia mahu meminta pertolongan kalau Hassan sudah tahu matlamat asalnya.

“Mana pernah kau baik dengan aku tanpa syarat,” perli Hassan lagi.

Farah sudah tersengih-sengih sebelum memerhati ke arah Hassan semula. “Aku dapat masuk UM!”

“Wah, baguslah! Aku tumpang gembira untuk kau. Lepas ni, kau tak boleh mengelat pergi kelas dah,” perli Hassan tanpa memandang wajah sahabat baiknya itu.

“Tapi...” Mood sedih sudah on. Wajahnya sudah bertukar mendung.

Hassan yang melihat wajah gadis itu pantas berpeluk tubuh. “Tadi, bukan main happy. Tiba-tiba je sedih? Ada apa? Kalau aku boleh tolong, aku tolong lah. Cuba cerita.”

“Duit yuran aku dah ada. Ibu aku dah bagi. Sekarang ni, duit belanja je. Aku mana ada kerja. Macam mana aku nak belanja makan minum kat sana nanti? Kau boleh tolong carikan part time job untuk aku tak? Tak kisah kerja apa pun, yang penting halal. At least, aku boleh ada duit poket sendiri.”

“Farah, apa gunanya aku?”

“Ha?” Muka Farah saat ini usah dikata, keliru habis! Boleh tak Hassan cakap straight forward terus? Dia tidak faham ayat kiasan!

“Kan aku dah janji, aku nak tanggung kau. Aku lah yang bagi duit belanja kat kau. Aku dah prepare awal-awal dah. Sepanjang 3 bulan aku kerja ni, boleh lah nak bagi kau duit belanja RM300 sebulan. Macam mana, okay tak? Kalau tak cukup nanti, aku tambah lagi.”

“Ya Allah, Hassan...” Farah mahu sahaja memeluk lelaki itu. Namun, dia masih tahu batas agama.

“Nak peluk tapi bukan mahram.” Farah mencebik. Hassan pula sudah tertawa besar di situ. Boleh pula dia melawak!

“Kalau macam tu, jom kahwin!” gurau Hassan menyebabkan Farah memukul bahunya perlahan.

“Kau ni, suka main-main!” Farah menumbuk bahu lelaki itu. Ish, bikin malu saja!

“Kalau aku serius, kau nak terima aku tak?”

Dup dap dup dap. Berdegup kencang jantung Farah dibuatnya. Aduh, aura Hassan memang tidak mampu dilawan oleh Farah!

“Tak, aku serius ni. Farah, lepas habis belajar nanti, aku nak lamar kau. Aku harap, masa tu kau boleh terima aku. Aku harap, kau boleh cintakan aku macam mana aku cintakan kau.”

“Tapi... Sejak bila kau suka aku?”

“Suka tu dah lama. Dari kita kawan kecil pun aku dah suka kau. Cuma, perasaan cinta tu baru lagi. Aku nak jadikan kau yang halal untuk aku. Kau boleh tunggu aku tak?” tanya Hassan dengan penuh mengharap. Berharap agar Farah mampu menanti kehadirannya sebagai suami Farah suatu saat nanti.

Farah hanya tersenyum. Itu pun sudah cukup untuk Hassan. Hassan yakin dia mampu kotakan janjinya.

“Kau tunggu aku tau. Kau belajar rajin-rajin!”

I will.

3 || Hanya akuWhere stories live. Discover now