sepanjang jalan untuk ke Jelebu, dia banyak kali mengeluh. semuanya kerana keadaan jalan yang kurang bagus.

bahkan lampu jalan pun tiada sepanjang jalan dia situ. macam manalah Dayana boleh ride motor sendirian malam - malam?

tak takut ke dia? sudahlah Dayana itu seorang perempuan. kalau jadi macam - macam bahaya juga.

keadaan sekeliling jalan diperhatikan oleh Ziyad. keretanya sudah pun masuk jauh ke dalam. namun satu perkampungan pun dia tidak jumpa.

hanya ada beberapa buah rumah yang jaraknya terletak agak jauh diantara satu sama lain.

kalau mahu mengikut google map, dia masih belum tiba ke destinasi. katanya, dia masih perlu masuk lebih jauh ke dalam.

hatinya mula diserang rasa was - was. dia takut kerana ini kali pertama dia sini. bahkan siaran radio juga turut hilang signal.

okay, chill. trust the process, Yad.” gumam Ziyad perlahan.

jejaka itu meneruskan lagi perjalanan ke dalam kawasan pendalaman. sudahlah lampu jalan langsung tiada dan perkara ini lebih menyukarkan pemanduan Ziyad.

sudah hampir 10 minit memandu, barulah Ziyad menjumpai sebuah pondok pengawal. namun dia tidak boleh meneruskan perjalanan. jalan tersebut telah pun dihalang.

Ziyad memberhentikan keretanya tidak jauh daripada pondok pengawal tersebut. selang seminit, seorang lelaki lengkap beruniform berjalan kearahnya.

tingkap kereta disebelah kiri diketuk. terus Ziyad menurunkan tingkap keretanya.

“assalamualaikum. encik ini daripada mana?” soal pengawal itu sebaik sahaja Ziyad menurunkan tingkap keretanya.

“waalaikummussalam. saya daripada Kuala Lumpur.”

“oh, ini kali pertama encik ke sini ke? sebab dalam buku rekod pemantauan keluar masuk kenderaan, nombor plat kereta encik tak pernah ada.” soal pengawal itu lagi.

“ha'ah, ini kali pertama saya ke sini.”

“boleh saya tahu sebab encik ke sini?” lagi - lagi pengawal itu menyoal.

kawasan kampung pun ada pengawal keselamatan.

“saya ke sini sebab nak berjumpa kawan. katanya rumah uwan dan atuknya di sini.” jawab Ziyad.

“ouh, begitu. boleh saya tahu nama kawan encik?”

“Dayana Zhalifah.”

spontan mata pengawal keselamatan itu membulat. senyuman turut terukir pada wajah lelaki itu.

“oh, budak Nana itu ke? kalau macam itu marilah saya tunjukan mana satu rumah uwan dan atuk dia. lagipun ini kali pertama encik ke sinikan?” pelawa pengawal keselamatan itu.

terus Ziyad mengukir senyuman lebar buat pengawal keselamatan itu, “terima kasih ya, bang?”

“sama - sama. hal kecil ajalah. kejap ya, saya mahu naikkan palang ini terlebih dahulu.” ucapnya.

lelaki itu mula menjauhi kereta Ziyad. seterusnya, pengawal keselamatan itu menaikkan palang yang menghalang jalan Ziyad.

kemudian, dia menghidupan motorsikal lalu berjalan terlebih dahulu sebelum kereta milik Ziyad bergerak.

Ziyad mengukir senyum. dia mula memandu mengikuti alur pengawal keselamatan itu.

alhamdullillah, urusannya dipermudahkan.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

HAHAHAHA! NANTI mesti duit uwan berkepok - kepok. boleh akak kikis.” ujar Dayana sambil mencucuk - cucuk pinggang uwannya.

cepat sahaja pergelangan tangan cucu sulungnya itu. dicubit kasar lengan Dayana.

“kemain lagi niat dia nak kikis duit uwan. duit sawit pun uwan bolom dapek laie.” ujar Puan Khalijah.

“tak adolah. gurau yo. meh akak tolong cuci pinggan uwan. uwan poie lah duduk dopan dengan atuk.” ujar Dayana. pinggan mangkuk yang berada diatas meja makan itu diambil.

belum sempat Dayana melangkah, Puan Khalijah terlebih dahulu mengambil pinggan yang berada ditangan Dayana.

“mehlah, uwan yang basuh. akak poie lah duduk dopan. poie bolajar ko.”

tubuh cucunya itu tolak ke depan. seraya dengan itu Dayana mencebik.

inilah perangai uwan. terlebih rajin, sentiasa rajin, selalu rajin. bila nak malas pun Dayana tidak tahu.

rajin aja perangai uwan ini.

“alah, nak tolong pun tak boleh.”

sempat - sempat uwan mencuit pinggang Dayana.

“kakak, ada kereta depan rumah!” satu suara garau melaung daripada ruang tamu.

spontan Puan Khalijah dan Dayana menoleh kearah gerbang dapur. tiada bayang atuk tetapi hanya suara lelaki paruh baya itu sahaja yang kedengaran.

“ha, pergilah tengok siapa dekat depan. mana tahu mama dengan papa.” arah uwan.

Dayana mengeluh perlahan. tak akanlah mama dengan papa pula? orang tuanya itu bukannya kerap sangat balik ke kampung.

tanpa berlengah, Dayana menghayunkan langkah kearah pintu utama. sempat juga dia meninjau kereta yang dimaksudkan oleh atuk disebalik tingkap rumah.

namun dek kerana sudah malam, dia tidak dapat melihat kereta itu dengan jelas.

kaki diatur kearah ruang tamu sampingan. pintu yang berada diruang tamu itu dibuka. seterusnya, Dayana berjalan untuk menyarungkan selipar.

kemudian, dia melangkah pula kearah pagar rumah itu. Dayana menolak sedikit pintu pagar tersebut. terus, dia berjalan kearah kereta tersebut.

membulat mata Dayana apabila kereta yang berada dihadapannya itu sudah tidak asing baginya.

ini kereta Ziyad.

tingkap kereta milik Ziyad diketuk. tidak mengambil masa yang lama, Ziyad menurunkan tingkap keretanya itu.

“kau buat apa dekat sini?” soal Dayana.

dia ingatkan Ziyad main - main untuk ke sini. nampaknya, Ziyad Nufa'el ialah seorang yang berpegang pada perkataannya.

“ada orang kata, dekat sini ada bintang.” tutur Ziyad. lelaki itu mengukir senyum buat Dayana.

Dayana mula mendongak kearah langit. ternyata benar, diatas sana terdapat ribuan bintang yang bertaburan.

tetapi tak akanlah Ziyad ke sini semata - mata untuk melihat bintang? baik lelaki itu tengok daripada rumah sahaja.

“bukan bintang yang itulah, Aya. kalau setakat nak tengok bintang dekat atas sana, baik saya duduk Kuala Lumpur sahaja.”

Dayana kembali memandang kearah Ziyad. reaksi bingung dipasangkan pada wajahnya.

“dah itu? buat apa kau ke sini?”

“sebab saya nak tengok bintang saya.”

Bintangku Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt