tempoh hari, dia pulang ke rumah sewa sekitar pukul 6.15 petang dan ketika itu dia terserempak dengan Dayana dihadapan pagar rumah. namun yang peliknya, gadis itu turun daripada sebuah kereta yang tidak pernah dilihat oleh Marissa.

bahkan ketika cermin kereta bahagian pemandu diturunkan, wajah lelaki yang tidak dikenali menerjah pandangannya.

“yang mana ini? sampai hati ek, Ja? dah ada balak tak roger.” gumam Irisy. walaupun Dayana tiada bersama dengan mereka ketika itu. dia tetap mahu mengutuk Dayana.

secara tiba - tiba Dianah bangun daripada riba Iman. sempat dia menepuk kuat peha gadis itu, “ouh! that one yang pakai Honda Civic itu ke?”

“ha, ha! yang guna Honda Civic hitam itu. kau kenal tak?” soal Marissa.

Dianah menggeleng, “tak kenal tetapi aku ada nampak juga kelmarin. time angkat kainlah.”

kemudian gadis itu menoleh kearah Iman. pandangan datar diberikan kepada gadis berambut paras bahu itu.

sebenarnya, petang itu bukanlah gilirannya untuk mengangkat kain jemuran. itu giliran giliran seorang Nuriman Nadrah. namun dan dan itu juga Iman sedang mandi.

jadi dia terpaksalah bertoleransi dengan rakan serumahnya itu. lagian pula kain jemuran pada hari itu tidaklah terlalu banyak.

“nanti dia turun kita tanya ah.” putus Irisy.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

MALAM INI aku nak gerak balik Jelebu. lama gak. dua minggu macam itu.” ujar Dayana. sesudu mi dibawa masuk ke dalam mulut.

“awal, aku hari Ahad baru nak gerak balik rumah umi.” ujar Dianah.

“biasalah, cucu uwan. mana boleh jauh sikit daripada uwan. nanti melalak.” sampuk Iman berbau sindiran.

pap!

satu tamparan hinggap dibahu Iman. langsung gadis itu menoleh kearah Dayana. wajah Dayana yang sedang memandang tajam kearahnya itu dipandang. sengihan kecil dikoyakan.

mulut Dayana penuh dengan mi goreng sehingga pipi gadis itu mengembung. ditambah pula dengan pandangan tajam yang diberikan kepada iman── bukannya nampak menakutkan. ini lebih kepada comel.

“biarlah aku nak rapat dengan uwan pun. kau sebenarnya cemburukan? mengaku cepat.”

Iman menjelirkan lidahnya. kemudian gadis itu kembali menyambung memakan sarapan paginya.

“ha, Ja. kau ingat tak waktu kau terserempak dengan aku waktu senja tempoh hari? dekat depan pagar rumah itu.” soal Marissa.

suapan mi ke mulut Dayana mati. gadis itu kembali meletakkan garfu tersebut keatas pinggan. wajah Marissa yang berada dihadapannya dipandang.

“ingat, kenapa?”

“siapa──”

“siapa yang hantar kau balik waktu itu? Chot kata dia lelaki. boyfriend baru ke?” bidas Irisy. kepala Chot ditolak supaya gadis itu tiada kesempatan buat berbicara.

Marissa hanya pasrah. terlapak tangan Irisy yang sedikit besar itu ditepis kasar.

“bukanlah! dia kenalan aku sahaja.” cepat - cepat Dayana membetulkan persepsi rakan - rakannya itu.

“alah, aku ingat boyfriend kau. baru nak merasa makan nasi minyak Jaja.” keluh Irisy. gadis itu kembali menyambung makan.

riak kecewa dipasang pada wajah gadis comel itu.

“bagi aku rasa nasi minyak kau dahulu baharu kau boleh rasa nasi minyak aku.”

“okay then, Danah! petang ini jom keluar beli barang. aku nak buat nasi minyak.” girang Irisy bersuara.

“bukan macam itu, Juju. salah konsep itu, Ju.” ujar Iman kepada Irisy.

“ouh, salah eh?”

“salah!”

serentak semua yang berada di meja makan itu bersuara── menidakkan Irisy Zhulaiqa.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ OKAYLAH, MALAM ini aku jaga kedai dengan Dani. takut Shazreen tak selesa pula duduk dengan aku. lagi pun hari dah malam. aku tak mahulah orang fitnah kami nanti.” ujar Omar.

sepatutnya malam itu, Dayana dan Shazreen punya giliran untuk menjaga kedai. akan tetapi Dayana ingin pulang ke kampung bagi cuti semesta.

jadi terpaksalah Omar menggantikan tempat gadis berambut separas tengkuk itu.

thanks dan maaf sebab banyak susahkan kau. nanti aku──”

“it's okay, Dayana. kau student. kau ada commitment kau as student. kau juga seorang cucu. sudah tentu kau ada commitment as cucu juga. aku faham semua itu.” ujar Omar seraya membidas Dayana.

“belajarlah elok - elok. nanti dah berjaya tak perlulah kerja biasa - biasa lagi. kau medical student kot. mesti kerja bagus punya.” tambah lelaki itu lagi.

Dayana mengukir senyum kecil. dia mengangguk faham. bahkan dia siap mencerna lagi setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut Omar.

“baiklah, Mar. aku nak gerak dah. takut gerak lewat nanti jalan gelap. kau tahu - tahu aja lah jalan nak ke Jelebu bukannya bagus sangat pun. lampu jalan pun separuh - separuh.” ujar Dayana bersama dengan kekehan perlahan.

jalan nak ke Jelebu merupakan jalan yang paling tidak digemari oleh Dayana. keadaan jalan yang gelap dan lampu jalan yang kejap ada, kejap tiada. sungguh dia muak.

namun apa boleh buat, rumah kediaman uwan dan atuk berada di Jelebu. mahu tidak mahu, dia perlu ke sana juga.

demi uwan dan atuk, dia sanggup!

“iyalah. bawa motor itu elok - elok. jangan laju sangat. sayang sikit nyawa itu.” pesan Omar.

“insha-Allah.”

Bintangku Where stories live. Discover now