terdapat lesung pipit kecil yang berada dihujung bibir gadis itu apabila tersenyum. dengan adanya lesung pipit tersebut, seri pada wajah gadis itu semakin bertambah.

“aku ambil bidang perubatan. kedoktoran.” jawabnya. kali ini jawapan jujur diberikan.

“oh, awak ambil doktor apa?” soal Ziyad.

surgeon specialist.”

Ziyad mengangguk faham. boleh tahan gempak juga gadis yang berada disampingnya itu.

“okay, last question. berapa umur awak?” soalan terakhir diajukan oleh Ziyad.

“23 tahun. tahun depan ada lagi dua semester sebelum aku graduate.”

“oh, faham. sekarang kita main reserve card. awak pula tanya saya soalan. apa - apa sahaja yang awak rasa ingin tahu tentang saya.” ujar Ziyad.

kali ini, dia memberi peluang kepada Dayana untuk bertanyakan tentang latar dirinya pula.

“tetapi aku tak berminat untuk tahu tentang kau.” ujar Dayana. entah bergurau atau gadis itu benar - benar tidak mahu bertanya.

Ziyad mencebik. apalah, tak supporting langsung!

“bergurau. Nur kata kau sudah bekerja. apa pekerjaan kau?” soal Dayana. kali ini wajahnya ditolehkan kearah Ziyad.

“cikgu.”

“oh, gempak. aku tak sangka kau seorang guru.” jujur Dayana.

pada mulanya, dia berfikiran bahawa Ziyad seorang pengusaha muda sama seperti Aidan. namun Aidan juga bukanlah seorang pengusaha muda sepenuh masa. lelaki itu turut menyandang jawatan sebagai seorang pensyarah.

katanya, abah Aidan masih mampu menguruskan syarikat itu dengan sendirinya. jadi Aidan hanya membantu apa yang perlu sahaja.

“kau guru mata pelajaran apa?” soal Dayana lagi.

“pendidikan agama islam.”

“tetapi kau tak nampak seperti seorang ustaz. miang kemain.” umpat Dayana. sempat - sempat gadis itu mengutuk Ziyad.

“bila masa saya miang? fitnah betul.” bantah Ziyad, tidak setuju dengan umpatan Dayana itu.

“aku tak mahu tanya banyak. jadi, last question. berapa umur kau?”

“25 tahun.”

hampir tersedak Dayana mendengar jawapan daripada Ziyad itu. jadi selama ini dia berkasar dengan lelaki yang tua 2 tahun daripadanya?

alahai, mati - mati dia fikir Ziyad lebih muda daripadanya. lihat daripada muka, Ziyad nampak seperti masih muda lagi.

“aku fikir kau bawah aku.” gumam Dayana.

“ini mesti sebab saya nampak mudakan? biasalah, orang tampan memang──”

“aku mahu beli aiskrim. tiba - tiba terliur pula tengok budak itu makan aiskrim. nak ikut tak?” cepat - cepat Dayana memotong. tidak sanggup untuk mendengar Ziyad mengangkat bakul sendiri.

Ziyad terkekeh perlahan. dia tahu Dayana sengaja memotong ayatnya. tidak mahu dia memuji diri sendiri lebih - lebih.

tetapi memang benar.

dia, Ziyad Nufa'el. tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang yang tampan. bahkan rupawan.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SUDAH HAMPIR lima minit berlalu sejak Ziyad meneliti kesemua perisa air yang aiskrim yang berada di dalam peti tersebut.

“cepatlah, kau mahu perisa apa?” soal Dayana. dia juga sudah penat menunggu Ziyad membuat pilihan.

“saya tak tahulah. saya jarang makan aiskrim kon ini.” gumamnya perlahan. mata Ziyad masih tertancap pada perisa - perisa aiskrim yang berada di dalam peti itu.

Ziyad mengangkat wajahnya. gadis yang berdiri disebelahnya itu dipandang penuh makna. senyuman senget turut terukir pada wajah tampan itu.

“apa kata awak saja yang pilihan untuk saya.” cadang Ziyad.

Dayana mengangguk kecil. gadis itu menoleh kearah penjual aiskrim. tangan kecil itu pula ralit menunjukkan perisa apa yang dikehendaki.

selang beberapa minit, aiskrim milik Ziyad dihulurkan. jejaka bertubuh tinggi lampai itu menyambut huluran si penjual.

“semuanya RM 10.”

baharu sahaja Dayana mahu mengeluarkan duit daripada kocek seluar, Ziyad terlebih dahulu menghulurkan not duit berwarna oren.

terus sahaja gadis itu menoleh kearah Ziyad. pandangan tidak puas hati diberikan kepada lelaki itu.

“bukan kita dah deal ke tadi? aku yang akan belanja.” soal Dayana. terselit sedikit perasaan tidak puas hati.

“bila pula saya setuju?”

Dayana menjungkitkan sedikit hujung bibirnya. geram dengan Ziyad. baharu sahaja tadi mereka mendapat kata sepakat── siapa yang bakal berlanja mereka aiskrim pada petang itu.

“kau── nasib kau bukan mahram aku. kau tidak memang mendapat.” berang Dayana.

kalau Ziyad itu perempuan, sudah lama dia tumbuk sahaja lelaki itu.

Ziyad hanya memekakkan telinganya. jejaka itu berjalan terlebih dahulu sebelum Dayana. aiskrim kon yang berada dalam genggamannya itu dipandang.

nampak macam perisa vanilla bersama dengan syrup coklat diatasnya. tidak lupa juga sprinklers yang ditaburkan pada aiskrim tersebut.

aiskrim tersebut dibawa ke mulutnya. selepas sahaja cecair berperisa vanilla itu berjaya lolos ke dalam mulutnya, Ziyad tersenyum kecil.

sedaplah pula rasa aiskrim ini.

“nanti lepas ini kau ada mahu kemana - mana lagi?” soal Dayana.

Ziyad menoleh kearah gadis itu. sejak bila entah gadis bertubuh kecil itu sudah berada disampingnya.

“tak ada. saya nak hantar awak balik ke rumah sewalah. tak baik bawa anak dara orang keluar sehingga lewat malam.” ujarnya.

Dayana mengangguk kecil. dalam diam dia menyimpul senyum. nampaknya persepsinya pada Ziyad mulai berubah sedikit demi sedikit.

Bintangku Where stories live. Discover now