“tetapi bukan salah kau pun telefon ini rosak. lagian pula memang aku tergesa - gesa waktu itu.”

“tak apalah. awak guna ajalah dulu phone lama saya ini. lagipun saya baru ganti telefon.” pujuk Ziyad.

“aku boleh beli yang baharu nanti. simpan sahajalah.” tolak gadis itu lagi.

“saya dah masukan sim card awak dalam phone ini. banyak juga missed call yang masuk. tak akan awak tak mahu telefon dia semula?”

kali ini, Ziyad mencuba taktik lain pula. semoga gadis itu tidak menolak pemberiannya lagi.

Dayana mengeluh perlahan. telefon pintar yang dihulurkan oleh Ziyad itu diambil. butang on ditekan.

10 missed call from uwan.

gadis itu menggumam perlahan. baru sehari dia tidak memberi khabar kepada uwan. bagaimana jika dia berterusan tidak memberi khabar kepada uwan? pasti wanita paruh baya itu akan khawatir tentang keadaannya.

tambahan pula, masa untuk mengumpul duit bagi membeli telefon baharu juga bukanlah singkat. tak akan dia mahu terus menerus tidak memberi khabar kepada uwan?

“nanti lepas aku beli telefon baharu, aku pulangkan semula pada kau.” putus Dayana.

Ziyad mengangguk kecil. senyuman manis diukir buat gadis itu, “kalau tak pulangkan pun tak apa. simpan sahajalah duit awak itu untuk bayar kuliah.”

“tak akan kau mahu bagi telefon ini pada aku? tak rugi ke? at least mintalah aku bayar walaupun sikit.”

“saya dah tak nak guna phone itu. daripada membazir, baik saya bagi awak. ada juga manfaat dia. awak boleh guna untuk call uwan, belajar dan macam - macam lagi. lagipun telefon itu elok lagi.” ujar Ziyad.

“nanti aku bayar sikit pada kau. berapa kau nak?” soal Dayana.

“saya tak nak duit awak. simpanlah duit itu untuk kuliah awak.”

“tak bolehlah macam itu──”

“bolehlah. kalau awak guna untuk kebaikan, nanti saya dapatlah pahalanya. itu pun dah cukup untuk awak payback pada saya.” lagi - lagi Ziyad menolak gadis itu.

Dayana menggumam kecil. rasa bersalah mula bersarang dihatinya. tak akan dia mahu ambil begitu sahaja? bahkan dia bukanlah kawan rapat Ziyad.

“tak perlu rasa bersalah. saya ikhlas sedekah pada awak. anggap jelah sebagai tanda maaf saya pada awak.” tambah Ziyad lagi.

“terima kasih.” iklas Dayana menuturkan ayatnya.

“kasih diterima!”

Ziyad terkekeh perlahan. lucu apabila gadis itu mula melarikan pandangan kearah lain. tona muka gadis itu juga turut berubah warna.

“tiba - tiba lapar pula. saya nak pergi ambil makanan. awak nak makan apa? saya tolong ambilkan.” soal Ziyad.

“ada apa je?”

“tak tahulah saya. abang Aidan kata ada lauk tambahan. nak pergi tengok ke?”

“boleh juga.”

Ziyad mengukir senyum. lelaki itu bangun terlebih dahulu sebelum kerusinya disorongkan ke dalam meja. seterusnya, dia memberi sedikit ruang bagi Dayana lalu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ SAKAN YA, kau?” tegur Nur. pinggang Dayana dicuit sedikit.

terhincut habis bahu Dayana apabila dicuit daripada belakang. terus gadis itu menoleh kearah Nur.

“apa kau?”

“aku perati aja kau. mana ada Ziyad, situ juga ada kau. menoeng aja si Ziyad itu.” sakat Nur. matanya disipitkan seraya mengukir senyuman menyakat.

“ish, memanglah! dah kau asyik berkepit dengan Aidan. ibu dengan adik kembar kau entah kemana sepanjang hari ini. tak akan aku mahu duduk seorang diri pula?” geram Dayana.

“atau kau mahu aku menyelit dengan kau dekat atas pelamin?” tambah gadis itu lagi.

kini Nur tertawa besar. bahu Dayana dipukul agak kasar, “maaflah. nama pun bersanding. tak akan aku nak suruh kau duduk diantara aku dengan Aidan atas pelamin itu.”

“tahu pun kau.”

“eh, aku nak masuk ke dalam kejap. nak uruskan balance catering. kalau kau nak balik dulu dengan Yad, baliklah. kau tahukan dekat mana ibu sorok kunci rumah?”

Dayana mengangguk. dia tahu dimana tempat paling selamat dirumah itu. jadi, ibu sorokan kunci rumah disitu sahaja.

“okaylah, aku masuk dulu. kejap lagi aku baliklah dengan ibu, umi dan Aidan. kau dengan Ziyad jangan melangok tempat lain pula.” pesan Nur. sekali lagi pinggang Dayana dicuit.

“ish, mana ada!”

kaki dihentakkan tanda protest. geram dengan Nur yang tidak habis - habis mahu menyakatnya itu.

Nur pula hanya sakan mentertawakan Dayana. memang rutinnya untuk mengusik dan menyakat gadis itu.

love language katanya.

selepas sahaja bayang Nur menghilang disebalik pintu, Dayana mula membuka langkahnya. dia berjalan melebihi ruang berbumbung. seterusnya, dia mendongak keatas.

bintang - bintang yang bertaburan diatas sana ditatap kagum olehnya. senyuman kecil mula terukir pada wajah gadis itu.

poket yang berada disisi baju kurung itu diseluk. telefon pintar pemberian Ziyad itu diambil lalu aplikasi kamera dibuka.

kemudian, telefon tersebut dihalakan kearah langit. butang putih yang berada dibawah layar telefon itu ditekan.

selepas sahaja mendapatkan hasil, Dayana mula menilik hasil tangkapannya. senyuman kecil terukir pada wajah gadis itu.

cantik!

Bintangku Where stories live. Discover now