lelaki itu mengukir senyuman buat Dayana manakala gadis itu terus sahaja membuang pandangan kearah lain.

kalau boleh berlaku jujur, Ziyad nampak jauh lebih tampan apabila mengenakan baju melayu. siap lengkap bersamping lagi.

“Ya Allah, Aya ke? ibu ingatkan Nur tadi. cantik sangat sampai ibu fikir kamulah pengantinnya!” puji Puan Iftah.

wajah Dayana mula membahang. malu apabila dipuji oleh Puan Iftah. apatah lagi bila dipuji depan khalayak ramai.

anak matanya kembali berlari kearah Ziyad. lelaki itu masih lagi memandang kearahnya. masih lagi bersama dengan senyuman manis lelaki itu.

cepat - cepat Dayana menghabiskan langkahnya menuruni anak tangga. susuk tubuh Puan Iftah dicari lalu dipeluk daripada belakang.

“eh eh, kenapa ini?” soal Puan Iftah terkejut apabila tiba - tiba sahaja Dayana memeluknya daripada belakang.

“malu. kenapa semua orang pandang Aya?” bisik Dayana. hanya Puan Iftah sahaja dapat mendengarinya.

“Allah... sebab itu je ke? sudah tentulah sebab anak ibu ini cantik. lain sangat penampilannya daripada biasa.” ujar Puan Iftah.

Dayana menggelengkan wajahnya. sungguh dia terasa malu apabila dipuji oleh orang - orang.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DARIPADA JAUH, Ziyad masih lagi memerhatikan tingkah Dayana. baginya, gadis itu terlihat berjuta kali ganda cantiknya daripada semalam.

sudahlah manis berbaju kurung. dipadankan pula dengan gaya tudung yang sesuai dengan wajah gadis itu── memang cantiklah!

pap! bahu Ziyad ditepuk kuat daripada belakang.

“kau ini mengajar subjek Pendidikan Agama Islam ke Bahasa Tamil? tak baik tahu tenung anak dara orang macam itu.” tegur satu suara daripada belakang.

Ziyad menoleh. kelihatan Aidan dan Raiz sudah siap berbaju melayu. Aidan mengenakan baju melayu berwarna putih dan Raiz mengenakan baju melayu berwarna biru lembut.

laju sahaja Ziyad menggelengkan kepalanya. astaghfirullahalazim, apa yang baharu sahaja dia lakukan ini?

betulah kata Aidan itu. tak manis tengok anak dara orang bagaikan nak tembus anak orang itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KINI, TIBANYA masa yang dinanti - nantikan oleh semua pihak iaitu acara membantalkan air wudhu'.

Dayana yang berada disebelah Nur itu beria menenangkan sahabatnya. nampak sangat yang Nur benar - benar gugup.

gadis itu daripada tadi bermain dengan hujung baju. bahkan peha Dayana menjadi mangsa cubitan Nur.

Bintangku Where stories live. Discover now