Prolog

12.4K 336 6
                                    

     

        TANGAN dibawa ke mata, air mata yang mengalir aku seka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        TANGAN dibawa ke mata, air mata yang mengalir aku seka perlahan. Aku mendongakkan kepalaku, memandang wajah ibuku yang sedang mengamuk.

"Kau memang tak sedar diri kan Mikayla Hareesa! Aku menyesal lahirkan kau. Kau memang pembawa malang!" tempelak Puan Marissa, tangan tidak henti memukul tubuh aku.

Aku hanya mampu diam. Hampir lali dengan situasi ini. Hanya akibat kemalangan kecil, aku dimarah sebegini rupa. Adil? Tentu tidak.

Lali? Sebenarnya tidak. Sekuat mana pun aku cuba berpura-pura, namun sakit di hati tidak mungkin akan reda. Ibuku sendiri melayan aku tidak ubah seperti orang asing.

Aku kecewa.
Aku sedih.
Aku keliru.

"Kayla minta maaf. Kayla tak berniat pun. Sumpah Kayla tak sengaja." Lengan ibu cuba dicapai. Namun ditepis kuat. Aku mengetap bibir. Cuba menahan air mata dari jatuh lagi.

"Dia tipu ibu! Dia sengaja tumpahkan kopi tu atas tangan Ra! Tengok dah merah," adu Zahra. Adik aku.

"Kau berambus sekarang! Pergi kemas dapur! Jangan tunjuk muka kau dekat sini."

Puan Marissa menolak tubuh aku. Wajah benci jelas terhias di wajahnya.

"Tapi ibu, Kayla ada kelas. Balik kelas nanti Kayla kemaskan boleh?" Dengan sedu, aku bertanya.

"Ada aku kisah kau ada kelas? Yang penting, kau kemas dapur tu dulu."

Sesudah itu, Puan Marissa menarik tangan Zahra ke atas. Sempat mata aku menangkap jelingan adik aku. Keluhan aku lepaskan. Kaki dibawa ke dapur.

Aku mengemas apa yang patut dengan pantas. Tidak mahu lewat ke kelas lagi. Terus kunci motosikal di belakang pintu diambil.

       AKU berlari-lari anak ke arah kelasku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AKU berlari-lari anak ke arah kelasku. Dalam hati tidak putus berdoa, supaya Madam tidak mengunci pintu kelas.

"Maaf, saya terlewat Madam." Kepala aku ditundukkan sebagai tanda maaf. Sudahlah aku menganggu, lewat pula tu.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now