ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

MANA TELEFON aku weh?!"

gadis itu terus sahaja bangun daripada duduknya. beg sandang berwarna hitam itu dilempar keatas katil.

sungguh dia sudah menyelongkar begnya. namun telefon pintarnya langsung tidak dijumpai.

"mana kau letak phone kau weh?" soal Nur.

"aku letak dalam poket seluar sebelum keluar daripada PPUM tadi. tetapi aduhai, aku dah raba dah. tak ada pun."

Dayana mengeluh kasar. gadis itu kembali duduk bersandar pada kaki katil.

"alahai, susahlah aku nak berhubung dengan uwan lepas ini. hari ini aku langsung tak ada buat apa - apa panggilan dengan uwan." keluhnya.

bagi Dayana, rutin wajibnya setiap hari adalah membuat panggilan dengan uwan dan atuk yang berada di kampung. namun hari ini, jadualnya teramatlah padat sehinggakan dia tiada masa untuk menghubungi uwan dan atuknya.

"nanti cuba kau tanya pihak PPUM. mana tahu ada orang buat pulangan phone ke?" cadang Nur.

Dayana hanya mengangguk kecil. kemudian gadis itu kembali membantu Nur mengubah barang hantaran.

aduhai, nasib. apalah malang sangat hari ini. tadi berlaga dengan siapa - siapa dekat lobi PPUM. sekarang phone pula melayang.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ZIYAD MEMBANTU Aidan mendirikan kanopi. selepas 5 buah kanopi berjaya didirikan, lelaki itu membantu Aidan menyusun meja dan kerusi pula.

"mana Raiz? kenapa aku tak nampak batang hidung malam ini?" soal Aidan.

lelaki itu meletakkan kerusi plastik terakhir sebelum membuka langkah kearah Ziyad. dia duduk bersila bersebelahan dengan adik lelakinya itu.

"abang Raiz keluar. beli apatah umi suruh."

Aidan mengangguk faham.

"macam mana kerja? okay tak jadi cikgu?" soal Aidan memulakan topik perbualan dengan adiknya itu.

"okay aja. tak susah, tak senang. buat masa 5 bulan ini bolehlah hidup. students pun perangai elok aja."

"ada tersangkut dengan mana - mana student tak?" soal Aidan, bergurau.

"ish, tak adalah sampai ke situ. nanti orang claim Yad pedophile." ujar Ziyad. peha Aidan dipukul lembut.

perbualan kedua - duanya mati disitu. Ziyad pula memang tiada mood untuk bercakap dan berbual ketika itu. dia lebih berminat untuk mengambil angin malam bersendirian.

lelaki itu mendongakkan kepalanya. langit malam yang dihiasi ribuan bintang itu dipandang kagum. senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad.

mahupun berjuta kali dia menatap kearah bulan yang dipagari ribuan itu, dia tetap tidak akan pernah muak dengan keindahan langit malam itu.

telefon pintarnya dikeluarkan lalu iPhone modal 14 pro max itu dihalakan kearah langit. sekeping gambar ditangkap.

cantik.

"Aya, nanti tolong hantar bekas air ini keluar. beri sahaja kepada Aidan ataupun Ziyad. nanti pandai - pandailah budak berdua itu susun."

itu suara Puan Iftah. gumam Ziyad.

"baik, ibu."

Ziyad menoleh kearah pintu masuk utama rumah teres dua tingkat itu. susuk tubuh seorang gadis keluar bersama dengan dua buah bekas air.

penampilan gadis itu ditilik daripada rambut hingga ke hujung kaki.

gadis itu mengenakan gaya rambut wolfcut paras tengkuk. kini, matanya jatuh pada pakaian gadis itu. dia mengenakan baju-T putih dan disarungkan dengan kemeja bercorak kotak - kotak diluarnya. manakala seluar pula, dia hanya mengenakan seluar slack hitam.

seketika, Ziyad menundukkan pandangannya. baju yang dikenakan ditilik.

alamak! macam mana boleh sama style dengan si Aya itu pula? cetus hati Ziyad.

spontan Ziyad bangun apabila Dayana mula melangkah menghampiri kanopi. tanpa diminta, kedua - dua buah bekas air itu dicapai oleh Ziyad.

Dayana tersentak. tubuhnya kejung apabila sepasang tangan kekar mengambil bekas air tersebut. seketika, kepala didongakkan bagi melihat wajah pemilik tangan tersebut.

mak aih, bapak tinggi. kau makan tiang ke apa? umpat Dayana. namun dia hanya bermonolog di dalam hati.

"ini je ke bekas air? atau ada lagi di dalam?" soal Ziyad apabila merasa canggung diantara mereka.

Aidan pula sudah hilang entah kemana. sejak bila entah lelaki itu melarikan diri pun dia tak perasan.

"ah... tak ada. ibu buat dua variasi air sahaja." ujar Dayana.

gadis itu terus menundukkan pandangannya. tubuhnya turut dipusingkan bagi membelakangi Ziyad. otaknya sudah berfikiran untuk melarikan diri.

"okay."

Ziyad tidak banyak tingkah. terus sahaja dia berjalan ke bawah kanopi. bekas - bekas air tersebut diletakkan pada atas sebuah meja yang sudah disusun khas bagi meletakkan hidangan.

lelaki bertubuh kecil itu mengukir senyum. entah kenapa hatinya merasakan bahawa gadis itu memilik aura yang menarik.

bahkan dia terasa seperti mahu mengenali gadis bertubuh kecil itu dengan lebih dekat.

kepalanya digelengkan beberapa apabila kesedarannya kembali.

"apa kau ini, Yad. nama aja mengajar pendidikan agama islam. tengok diri macam tak pernah belajar agama aja." gumam Ziyad sendirian.

senyuman kecil terus merekah pada bibir lelaki itu.

kemudian, telefon pintar milik si perlaku langgar lari tadi dikeluarkan daripada poket seluarnya. sekali lagi dicuba untuk menghidupkan layar telefon tersebut.

telefon tersebut tetap sahaja mati dan tidak dapat dihidupkan kembali.

Ziyad mengeluh. telefon pintar itu dipusingkan kebelakang. niatnya hanyalah untuk memeriksa battery phone tersebut. namun niatnya terbantut apabila terdapat sekeping gambar polaroid dibelakang telefon itu.

gambar seorang lelaki bersama dengan sepasang warga emas. sepertinya gambar keluarga.

kejap.

Ziyad membulatkan matanya apabila menyedari gerangan yang berada di dalam gambar tersebut. pandangannya dilarikan pada pintu masuk rumah.

bayang seseorang dicari.

"Aya! ibu suruh kau beli ais batu!" laung Nur.

kemudian, empunya nama yang diseru tadi keluar muncul daripada samping rumah. keluar daripada pintu belakang agaknya.

dengan kesempatan yang ada, Ziyad meneliti gambar pada polaroid tersebut.

benarlah sangkaannya. gambar tersebut bukanlah gambar seorang lelaki malahan gambar seorang gadis!

akhirnya, dia menemukan empunya telefon pintar tersebut.

Bintangku Where stories live. Discover now