Arian terkebil kebil. Pakaiannya yang sudah bertompok putih akibat muntah itu dipandang silih berganti dengan wajah polos Ayra.

"Maaf... Saya..." Ayra kembali menekup mulut. Sumpah perutnya terasa sebu semacam. Lagi lagi bila matanya terpandang akan wajah Arian, lagi berpusu pusu rasa hendak termuntah itu menyerang. Suara Arian ibarat jolokan pada anak tekaknya. Mual!

Kepala Ayra rasa berpinar. Rasa hendak muntah semakin berpusu pusu dan...

Bwerk!

Arian pejam mata. Entah mengapa laju saja tangannya bergerak menadah muntah Ayra. Cecair di tapak tangannya di pandang sekilas. Rasa hangat. Sekadar cecair tanpa bahan solid. Jadi, Arian rangkumkan Ayra hanya muntah susu pada ketika itu. Muntah susu? Bukan ke istilah tu hanya terguna pakai untuk bayi?

Ya Allah!

Dah kenapa pula dia sibuk nak describe keadaan cecair tu?

"Maaf!" Ayra buru buru capai tisu di atas meja. Ditekup tisu tisu tersebut pada tangan Arian. Wajahnya dah membahang teruk. Dah kenapa Arian ni sambut muntah dia?

"Duduk dulu." Arian buat arahan melalui mata pada Ayra. Matanya mengerling ke arah kerusi agar Ayra kembali duduk di atas kerusi tersebut

Ayra dah tersebik. Arian marah dia ke? Ya lah dah muntah dekat badan orang, siapa je tak marah? "Awak jangan marah saya-"

"Eh, tak!" Laju laju Arian gelengkan kepala. Huh! Sudah! Masalah sebelum ni tak selesai tak akan nak tambah masalah baru?

"Awak dah pernah marah saya sebelum ni. Maaf, saya dah susahkan awak lagi hari ni." Ada air mata yang bertakung di kelopak mata Ayra. Sebak.

Arian kelu. Terimbau kembali memori di mana dia menengking Ayra. Kekasaran pada nada bicaranya. Tak mungkin... Atau benar hal itu dah cetuskan ketakutan dalam diri Ayra.

"Wait." Arian tinggalkan pesanan sebelum dia berlari laju ke dalam tandas. Kemudian dia keluar dengan baju yang suda ditanggalkan dari tubuh. Kaki itu melangkah pula ke arah dapur kemudian keluar dengan satu kain sederhana besar di tangan.

Ayra sekadar memerhati tingkah Arian yang membersihkan sisa muntahnya di atas lantai. Ada sedikit rasa terharu namun pantas saja Ayra tepis. Luka di hati dah berparut. Dia dipinggirkan tanpa alasan kukuh lalu mengapa dia perlu berpaling hanya dengan alasan yang tak kukuh?

"Dulu saya suka hujan." Perlahan nada Ayra mengundang pandangan pelik Arian.

"Saya sangat suka kan hujan walau saya tak tahan sejuk. Ayah pula selalu bebel yang saya tak perlu duduk di bawah hujan biarkan diri saya kebasahan walau sebesar mana pun rasa suka saya pada hujan." Kali ini ada senyuman kecil di bibir Ayra. Namun, hanya sesaat sebelum senyuman itu hilang.

"Sebab pada akhirnya saya akan jatuh sakit. Sekarang saya faham. Ayah betul. Saya sakit. Sakit sangat. Saya sakit sebab korbankan diri saya untuk sesuatu yang saya suka. Sesuatu yang pada akhirnya menyakitkan saya." Ayra usap perutnya. Entah mengapa emosi nya seakan terganggu.

Arian menunduk. Kain di tangan digenggam erat. Ya, dia kesal. Sangat kesal. Namun, dia tak bersedia untuk membuka pekung di dada.

"I have to move forward and accept the fact that you dont want me in your life anymore." Kali ini tak ada air mata yang mengalir. Kedua kelopak matanya kering tanpa air mata. Namun, rasa di hati siapa yang tahu? Lukanya dalam. Berdarah. Tak ada siapa yang tahu. Kehadirannya seolah olah tak dihargai. Layanan Arian padanya buatkan dia rasa seolah olah cinta mereka itu adalah dusta.

"No, lifeline..." Arian beralih kedudukan. Dia duduk melutut di hadapan Ayra. Matanya berkaca memandang anak mata Ayra yang kini tak ada sinarnya. Sedalam itu luka yang dia berikan? Sehingga mata itu tak ada lagi emosinya?

Allah!

Apa yang telah aku lakukan?

Menyakiti hati isteri?
Melukakannya?

Memusnahkan kepercayaan seorang isteri?

"You wanted me, fought so hard to get me, treated me amazing and then it all went downhill. I just don’t understand how everything can change so fast."

"Sayang... Abang boleh jelaskan-"

"Berapa jumlah yang saya perlu bayar pada awak, Arian? Berapa banyak air mata yang perlu saya korbankan? Saya dah berikan awak peluang untuk jelaskan semuanya. I get tired with all that attitude. You ignore me. You lying to me. And the worse..." Ayra sentuh dagu Arian membuatkan mata itu bertaut dengannya.

"You cheat on me." Datar. Nadanya tak beriak.

Arian nak kahwin semasa dia dalam tempoh kehamilan.

Arian tipu dia dengan alasan kerja walhal selama tempoh tersebut Arian sibuk berkepit dengan Citra.

Arian hancurkan kepercayaannya.

Arian buatkan dia tawar hati untuk percayakan lelaki.

Dulu, Taufik.

Lukanya dalam. Ya, sangat dalam.

Namun, parut itu kian memudar dengan kehadiran Arian.

Yes, he's a gentleman.

Only for a while.

Kemudian, Arian kembalikan luka lama. Kali ini lebih dalam.

"Tipu kalau saya kata saya dah tak sayangkan awak. Cinta dan sayang saya masih ada untuk awak. Saya masih sayang tapi hati saya dah mati. Luka tu terlalu dalam. Tipu juga kalau saya kata saya tak rindu. Saya rindu. Tapi saya juga dah mati rasa." Ayra menunduk. Kali ini dia tarik tubuh Arian untuk kembali berdiri.

"Saya bukan wanita tu, Arian. Saya bukan wanita yang awak inginkan. Kejarlah wanita yang awak inginkan. Tak mengapa, saya izinkan awak untuk kahwin dengan Citra. Lakukan apa saja asalkan awak bahagia." Ayra menunduk. Jemari Arian dikucup syahdu. Arian ketap bibir menahan sebak.

Bagaimana hendak dia jelaskan semuanya?

Sudah terlambat kah dia?

"Saya dah berikan awak ruang untuk jelaskan semuanya. Tapi awak sia siakan peluang tu, sekarang pergi lah sejauh mana yang awak nak. Bawa hati saya bersama." Sebak. Ayra sebak. Kali ini dia lepaskan lelaki yang sangat dia cintai. Pentingkan diri? Ego? Andai kalian tahu erti tawar hati pasti kalian tak berkata demikian.

Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya kemari,
jika benar dikau peduli,
takkan kau matikan rasa ini.

"Pulang lah. Awak perlukan ruang begitu juga saya. Sebahagian hati saya dah tawar nak terima awak semula. Sebahagian pula dah lelah berjuang. Dah ta ada apa antara kita kecuali ikatan perkahwinan."

Arian menunduk. Suaranya seakan tersekat.

"Jangan risau, abang. Saya pasti akan kembali. May we meet again in the future with the best version of ourselves." Rahang Arian dikucup sekilas.

"Besar sangat kesalahan abang... Sampaikan abang tak layak nak terima kemaafan seorang isteri." Arian menunduk kesal.

"You forget small things that matter which is my feeling."

Arian mengangguk bersetuju.











Happy new year everyone! Dah bertahun Kerana Cinta ni ada dekat wattpad tapi masih lagi tak temui ending. Soon, kita akan tamatkan cerita ni. Buat masa sekarang beri saya masa untuk siapkan saki baki chapter sebelum epilog. Thanks untuk semua yang support story habuk ni! Lurve!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now