Seusai Aku siap memotong bawang, Aku regangkan seketika badanku, uishh kerja-kerja sebergini juga penat, Aku jarang sebenarnya memasak, di rumah, mama ataupun Mak Cik Salbiah sahaja yang uruskan semua ini, tetapi apabila Aku ikuti Dahlia pulang ke rumah opahnya, di sini lain, rasanya seperti

Satu keluarga yang lengkap,

“Mai ikut Aku” terhenti seketika lamunan Aku, Aku toleh ke sisi, Zar, sudah siap sarungkan selipar buruknya, kening Aku ternaik sebelah,

“Awak ajak saya? Nak ke mana?’

“Nak pi ambik daun karipole, sekali nak tunjuk kat hang, mana tau hang dapat mak menantu asal mami, takdaklah hang duk jadi macam kera tak tau hala”

Aku cebikkan bibir, namun masih juga Aku ikuti langkah dirinya, Dahlia juga sudah hilang entah kemana,

“Eii slow lah, jalan laju-laju, ingat kaki saya panjang macam awak ke?”

“Lembap, ni kalau Aku lempaq hang dalam laut, tak sampai sepuluh saat, dah mampus” sinisnya,

Aku tersenyum senget, sepanjang empat hari Aku berada di rumah Nek Khadijah ini telah mengajarkan Aku satu perkara mengenai Zar Uzair,

Lelaki ini sinis, garang macam harimau di rimba, tapi dalam ketegasan dirinya, dia sebenarnya punya hati yang tulus, tidak pandai membohong, dan dirinya tidak pandai bergaul mesra dengan perempuan kerana dia tidak biasa,

“Takpe, kalau awak humban saya dalam laut, saya lemas, saya mati, terus ke syurga, mati lemas bukan dikira sebagai mati syahid jugak kan, then I should say thanks to you”

Dia menggulingkan mata ke atas, mungkin sebal kerana perempuan seperti Aku ada sahaja ayat yang terluncur di bibir, seketika langkahnya terhenti secara tiba-tiba menyebabkan Aku tidak sengaja terlanggar belakang badanya,

“Ishh Zar, dah kenapa berhenti tiba-tiba macam ni, habis kemek hidung saya”

“Hang cuba toleh belah kanan hang”

Aku mengerut dahi, namun tetap dituruti katanya, di sebelah kanan diriku ada sepohon pokok, tidak besar dan tidak kecil, batang daun nya keluarkan aroma yang Aku tahu, ini daun kari, sudah kenapa Zar suruh aku menoleh ke arah pokok ini?

“Ini daun karipole, orang duk buat gulai kita pakai daun ni, tu pun tak kenai”

Lagi bertambah pelik, No, ini daun kari, bukanya karipole, kari dan karipole sangat jauh berbeza sebutanya,

“Saya tahulah ni daun kari, tapi awak sebut karipole, ingat saya ni lekeh sangat ke tak tahu jenis daun untuk masak?”

Kening nya terangkat sebelah, bibirnya mula mengukir senyuman mengejek, dia tundukkan sedikit kepalanya agar menyamai ketinggian Aku, Aku mengundur sikit ke belakang, ingat Adwa Naila, ada hati yang perlu dijaga, mamat ini berlagak seolah Aku ini perempuan yang terlalu single padahal hakikatnya diri ini sudah hampir bertunang,

“Cheq rasa aci laguni memang jenis tak tau apa, lainla kalau dia selalu masuk dapoq, ini potong bawang punn, lahaii, lemah lembut serupa puteri kayangan tahi ayam”

Terasa membahang pipi Aku, Aku cekak pinggang, matanya Aku pandang tajam, jelas senyuman mengejek itu semakin sinis,

“Awak ingat saya ni perempuan cantik tapi otak biul ke?”

“Aku tak kata hang biul, hang sendiri yang ngaku”

“Haa meh la, ingat saya ni bodoh sangat, awak tunjuk jenis daun, saya bagitahu jawapan’

Serupa ingin menjawab soalan kertas peperiksaan, terasa bersemangat di hati Aku apabila dia mula menunjuk-nunjuk ke arah pokok yang ada di kebun Nek Khadijah

“Itu daun bawang’

"Eleh saya tahulah, tu pokok cili, tapi kalau ikut loghat awak, awak panggil cabai”

“Hmm tu pokok nangka”

“Alah itu serai, lengkuas dengan halia”

Aku tersenyum kemenangan, setiap pokok yang dia tunjuk, Aku jawab dengan mudah, bibir nya mencebik perlahan,

“Itu je ke Encik Zar Uzair?, tak mencabar langsung, lagi mudah daripada exam budak darjah satu”

Perli Aku terhadap dirinya, Aku lihat dia duduk bercangkung, matanya masih merliar ke kiri dan kanan, Aku tersenyum sumbing, lalu rendahkan badan menyamai kedudukan badanya,

“Apa lagi Zar? Pokok mana lagi awak nak tunjuk dekat saya?”

“Haa, hatnie komfem hang taktau”

“Awak yakin?”

“Hmpp, lebih seratus peratus Aku konfem hang tak tau”

Jawabnya yakin, Aku lihat ke arah pokok yang ditunjuk oleh jarinya, Aku kecilkan sedikit mata aku, ingin mengamati lebih lagi, batang nya kecil, berwarna hijau muda, daun nya pula berbentuk bulat, lama aku berfikir, haihh, mama mana pernah beli yang seperti ini, dan akhirnya,

“Alright, saya kalah, I'm not sure benda apa tu”

Aku mengalah, dan cuping telinga Aku menangkap tawa yang terletus di bibirnya, Aku toleh ke tepi, tiada tawa yang dibuat-buat melainkan hanyalah ketawa yang tulus,

"Yesss, cheq menang, tak kira satgi malam tuu kita pi kedai jajan dekat pantai hang belanja aku”

“Alright-alright, cepatlah bagitahu saya benda apa tuu, boleh makan ke? Tak racun?”

Gesa Aku apabila dia masih ketawa perlahan, jari-jemarinya mula mencabut pokok itu,

“Tulah hang, ni favourite Aku, ulam pegaga, boleh makan, tak racun, hang nak buat ayaq pun boleh”

“Dahh jom masuk, Aku rasa opah dah siap masak, ni kalau makan sekali dengan gulai, cicah pulak sambai belacan, sedap ni”

Mendengar sahaja dia berkata sebergitu membuatkan Aku kecur air liur, Aku membontoti langkah dia, Zar Uzair, dia lelaki yang cukup segalanya, dan permikiran sebergini membuatkan ayat ini meluncur laju dari bibir Aku,

“Untung siapa yang jadi isteri awak”

Dan- dan langkahnya terhenti, dia memandang Aku sekilas, halkumnya bergerak-gerak seolah ingin melontar sesuatu,

“Insyallah sapa jadi perempuan cheq, dia beruntung”

Katanya perlahan, bibirnya ukir senyuman tawar sebelum langkahnya disambung semula, Aku perhati riak wajahnya, berubah

Aku...

Aku silap cakap ke?

ZARNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ