"Makcik ni siapa pulak? Mak dia ke?" Tanya anggota polis tersebut sambil menunjuk ke arah Nana.

Lina melipatkan kedua tangannya ke dada, amboi pakcik, muka aku ni tua sangat ke kau nak cakap aku ni mak Nana? Kalau kau cakap aku kakak dia aku still boleh terima tau!

"Pakcik, muka buah hati saya ni tua sangat ke? Cantik je saya tengok dia. Pakcik patutnya kena cerminkan muka pakcik dulu ye sebelum panggil anak dara orang makcik." Kata Adam sambil bercekak pinggang.

"Kamu semua ni jangan kurang ajar dengan saya ye!" Kata anggota polis tersebut dengan muka 'garangnya'.

Tak lama setelah itu datang seorang anggota polis perempuan, nampaknya pangkat yang ini lebih tinggi daripada pakcik tadi.

"Ada apa ye? Bising sampai ke sebelah sana" Tanya polis perempuan tersebut dengan senyum ramahnya.

"Kami datang ni nak melawat Darwish." Kata Rayyan dibalas anggukan oleh polis itu.

"Boleh saya tanya apa hubungan kamu semua dengan pesakit?" Tanya polis wanita tersebut.

"Saya kembar dia. Kalau tak percaya, boleh buat dna test, lagipun lagi senang sebab kami lahir di hospital ni." Kata Nana sambil tersenyum sinis kepada anggota polis tersebut.

"Puan, mereka fikir kita ni bodoh sampai tak boleh membezakan yang mana penipu yang mana bukan" Kata Polis tersebut kepada polis wanita tadi.

Namun, Nana merasakan seperti ada yang tidak kena. Dia berjalan mendekati polis lelaki tersebut dan mendekatkan mukanya kepada polis itu.

Kemudian Nana tersenyum sinis. Dekat sini rupanya kau, Farhan Iskandar. Nana dengan segera mencabut misai palsu yang dipakai oleh polis tersebut dan juga mencabut beberapa janggut palsu yang dipakai polis itu.

"Long time no see, Farhan Iskandar" Kata Nana sinis.

"Sh*t" Kata Farhan sepatah lalu melarikan dirinya.

Namun belum sempat Farhan menaiki lif yang baru terbuka itu, tersembul wajah Hazeeq dan Hayder yang baru sahaja keluar dari lif itu. Hazeeq dengan pantas memegang Farhan kuat dan Hayder hanya membantunya.

Para anggota polis yang berada disana semuanya menangkap Farhan, ternyata selama ini Farhan Iskandar yang di buru oleh pihak polis berada di depan mata sahaja. Polis-polis terlalu lalai kerana mereka tidak pernah melihat Farhan yang sebenar melainkan hanya melihat gambarnya sahaja.

Farhan meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Dia masih lagi berkata yang Rayyan lah yang membunuh kedua ibu bapa Nana, bukan dirinya.

Namun Nana tidak mahu mendengar apa pun yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Polis membawa Farhan pergi dari situ sambil Farhan menjerit-jerit.

"Disebabkan korang lah parents aku mati! Aku akan kembali untuk membalas dendam! Kau tunggu sahajalah!" Jerit Farhan sambil diheret oleh anggota-anggota polis tersebut .

Setelah Farhan tiada disitu, Nana menghembuskan nafas lega, walaupun dia kesian dengan Farhan, tetapi lelaki itu kelihatan seperti sudah gila. Betul apa yang dikatakan oleh Darwish, Farhan membuat pembedahan plastik di beberapa bahagian muka nya.

Mereka berjalan masuk ke dalam bilik tersebut dan terlihat Darwish yang sedang makan sambil disuap oleh seorang gadis.

Nana memandang gadis itu dan tersenyum.

"Hai Wanie, dah lama kita tak jumpa" Kata Nana sambil tersenyum.

"Hai juga Nana, Lina, Rayyan dan Hazeeq" Kata Wanie sambil membalas senyuman Nana.

Darwish hanya mendepa kan tangannya.

"Apa kau nak?" Tanya Nana sambil menjeling Darwish.

"Peyukkkk" Kata Darwish.

"Nah peluk abang kau ni" Kata Nana sambil menolak Hayder ke arah Darwish.

"Tak nak dia, aku tak kenal" Kata Darwish sambil melihat ke arah yang berlainan.

"Haih yelah2" Kata Nana sambil melangkah ke arah Darwish dan memeluknya.

"Rindu kau twinnie" kata Darwish dan mengalirkan air matanya yang sudah lama di bendung.

"Aku pun rindu kau jugak" Kata Nana sambil menarik Hayder untuk bergabung dalam pelukan mereka.

Rayyan melihat ke arah mereka dengan senyuman, lalu dia melihat ke arah Lina.

"Kau tak nak peluk aku ke?" Tanya Rayyan.

"Tak nak!" Kata Lina.

"Aku?" Tanya Adam sepatah.

Lina kemudian tersenyum dan berjalan mendekati Adam, dia memeluk Adam erat. Sumpah dia nyaman dengan Adam.

Rayyan hanya menjeling mereka tidak puas hati. Aku nak peluk siapa. Takkan Mira kot. Mampus aku kena belasah ngan Hazeeq and Nana nanti.

Hazeeq hanya mengeluh dan berkata.

"Sayangnya kita belum sah lagi nak main peluk2 ni, bukan macam diorang tu, belum halal dah main peluk2" Kata Hazeeq memerli Lina dan Adam.

Rayyan tertawa lepas dan tidak lama kemudian Nana mengetuk kepala Darwish.

"Kau ni! Tak pasal-pasal kitorang syak mamat Aidil Adha tu sebagai Farhan tau! Yang kau cakap dia ada ngan kitorang tu kenapa? Dia ada je kat sini ngan kau!" Kata Nana.

Darwish menggosok-gosok kepalanya yang diketuk oleh Nana membuatkan Wanie yang berada di sebelahnya tertawa lepas.

BERSAMBUNG



Kau MilikkuWhere stories live. Discover now