" Terima kasih"

Ucapku ikhlas, Aku sambut perlahan seluar panjang kepunyaan nya, mukaku terasa panas sekali lagi, haihh, sumpah selepas ini Aku notakan dalam akal fikiran Aku, bahawasanya seorang Zar Uzair ini sangat tidak menyukai wanita berpakain seperti perempuan tidak cukup kain, mungkin dirinya sudah terdidik sempurna,

"Hang tidoq, satgi tutup lampu, Aku masuk dulu, jangan duk buat benda pelik, haru satgi, selamat malam"

Aku lihat dia sudah memasuki semula biliknya, bibirku terlakar senyuman kecil, haih, bertuah betul, wanita yang memiliki Zar dalam hidupnya mesti punya hari-hari yang menarik, tidak kelabu dan hitam putih,

Aku tutup lampu kecil, keadaan rumah itu kembali sunyi, selimut aku tarik kemas, haa baru sejuk sikit, nak pula kipas yang Zar letakkan betul-betul terhala di hadapan Aku,

"Terima kasih Zar!"

Bisik Aku di dalam hati sebelum dibuai mimpi,

Zar menapak masuk ke bilik nya, ditutup pintu rapat lalu badan direbah di atas katil, dari sekilas kerling dia lihat lampu ruang tamu sudah ditutup,

"Mungkin marka tu dah tidoq"

Getus perlahan dalam hatinya, diambil tangan lalu diusap mukanya perlahan, helain nafas berat akhirnya dilepaskan, sejujurnya dia letih, letih dengan hidupnya, lelah dengan layanan ayahnya terhadapnya, bertahun dia bersabar, namun ada kalanya hati lelaki ini juga rapuh, ada kalanya dia terfikir mengapa tuhan masih berikan nikmat untuk dia terus bernafas sedangkan bagi dirinya untuk hembuskan satu nafas juga terasa perit?

"Astaghfirullah, Zar hang pikiaq apa ni? Ya Allah maafkan hambaMU ini Ya Allah,"

Ditampar perlahan pipinya, bahaya, terlalu bahaya serkiranya umat seperti dirinya berfikir sebergitu, sedangkan dia sepatutnya bersyukur, diberi peluang untuk terus hidup, untuk terus membuat ibadah, dan betapa untung nya dia lahir dalam keadaan dirinya islam, diberi hidayah, sepatutnya dia tahu, ujian seseorang itu tandanya tuhan sayangkan dirinya, pantas dia bangkit dari pembaringan dirinya, lalu dia duduk di meja kerjanya, laptop yang sedia terbuka itu dilihat sekali lagi, kertas yang berada di tepi dikerling,

Surat yang sudah siap terisi dengan matlumat dirinya, dan di situ tertera

PERMOHONAN PERLETAKAN JAWATAN,

Diambil pen, dan sebelum tangan nya menandatangani surat itu, pergerakan dirinya terhenti, pandangan dibawa ke arah hadapan, terimbas kembali kenangan yang sudah terkubur lama di dalam hati,

"Code red, dia kehilangan terlalu banyak darah, peluru tembusi pada bahagian limfa, call doctor Zara now, STAT"

"He have hypoxia, plus he lost too much blood, he is type of O negative, we don't have that type of blood now, its not available"

"Ambil defibrillators now!"

Zar terasa suara di sekeliling nya semakin jauh, lututnya terasa lemah, jika Akhtar tidak memegang dirinya sekarang, dia pasti sudah tersungkur ke lantai, baju nya yang penuh dengan darah sudah tidak dipeduli, tangan nya masih kemas memegang erat insan di hadapan nya ini,

"Za....zar.....ingat.....apa..yang kita...buat ini ad..adalah jihad, Insyallah Allah redha"

Lemah suara insan di hadapanya berkata, pantas dia gelengkan kepala, genggaman semakin dieratkan, sekejap-sekejap matanya memerhati luka tembakan itu, kain kasa yang baru diletak sudah dicemari dengan warna merah pekat,

ZARWo Geschichten leben. Entdecke jetzt