PROLOG

43 6 9
                                        

Saffiyah hanya memandang ke arah jejaka yang tinggi di hadapannya dengan air mata yang bertakung. Dia langsung tidak kisah dengan orang yang lalu-lalang dan memerhatikannya.

"Kau... kenapa?" Soal Saffiyah dengan suara yang serak.

"Kenapa apa?" Balas Haikal dengan wajah kosong.

Dia memejamkan matanya untuk mengambil ketenangan dan kesabaran apabila Haikal menjawabnya dengan selamba. Dia kembali membuka matanya dan memandang ke wajah Haikal. Dia berharap lelaki itu memandangnya dengan penuh simpati. Malangnya dia hanya berasa lebih sakit selepas dia melihat wajah Haikal yang langsung tidak bersimpati dengannya.

"Kenapa kau hancur hidup aku...? Kenapa kau khianat aku? Kau kata kau kawan aku?" Sungguh dia tidak tahan dan biarkan sahaja air matanya mengalir.

Haikal memandang Saffiyah seolah-olah mahu mengejek gadis itu. Dia berpaling ke arah lain sebelum dia kembali memandang ke arah Saffiyah.

"Kawan? Aku kawan? Dengan kau? Jangan nak perasan sangatlah makcik oi! Aku cuma gunakan kau untuk kepuasan aku. Bukan apa, aku saja nak mainkan kau." Haikal senyum sinis.

Makin menangis Saffiyah selepas mendengar kata-kata puakanya. Dia tidak tahu untuk membuat apa-apa, cuma berdiri diam sahaja.

"Sanggup kau Haikal! Aku percaya kau, tapi kau! Jantan tak guna..." Saffiyah meninggikan suaranya, perasaan yang kecewa tidak dapat ditahan lagi. Dia harus memarahi lelaki itu.

"Cakaplah apa yang kau nak. Aku tak kisah at least semua orang sudah tahu." Kata Haikal sambil mengorek telinganya menggunakan jari.

"Apa... apa maksud kau... semua orang tahu?" Saffiyah memandang Haikal dengan wajah tak percaya.

Haikal hanya mampu gelak melihat wajah tak percaya Saffiyah. "Haih kau ni, lawaklah muka kau."

Saffiyah merenung ke dalam anak mata Haikal menandakan dia tidak main-main dan mahu tahu tentang rahsia disebalik kata-katanya itu.

"Ouh, kau tengah serious eh? Maklumlah muka kau lawak sangat tak tahan nak gelak." Jari-jemarinya bermain di rambut sambil menahan gelak.

"Nik Haikal Habib!" Jerit Saffiyah.

"Ouh come on. You know me, I'm Nik Haikal. Everyone knows me. I'm that type of person who likes to expose people. And now I know all of your dirty little secrets. I just wanted to had fun with you, so I gathered all your secrets and expose it to the whole school and boom!" Tersengih lelaki itu teruja dan bangga dengan apa yang dia telah lakukan.

Kejujuran Haikal membuat Saffiyah terkedu. Dia tidak menjangkakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Sesungguhnya dia percayakan Haikal seratus peratus, tetapi memandangkan Haikal menggunakan rahsia-rahsianya untuk menjadikan sebagai bahan gelak. Dia tidak sanggup percaya sesiapa lagi kecuali keluarga dan kawan rapatnya.

"Kenapa kau buat macam ini dekat aku?!" Genggaman semakin erat selepas memarahi Haikal.

"Because I hate you, simple." Jawab Haikal dengan tenang.

"H...Hate?"

"Yes, I hate you. Aku benci kau sebab muka kau yang hodoh tu. Aku benci kau sebab kau ni uhm... out of my league." Kata Haikal dengan wajah yang menjengkelkan.

Saffiyah mengetap bibirnya. Kalau bukan sebab orang yang memerhatikan drama ini, sudah lama Haikal dimakan oleh tumbukannya.

Saffiyah menarik nafas dan hembus untuk menyenangkan dirinya.

"Kau bangga?" Kali ini Saffiyah kedengaran lemah dan tidak mampu untuk menangis lagi.

"Of course." Haikal turut mengangguk kepalanya.

"Kau tak takut kifarah?" Soal Saffiyah lemah.

Haikal hanya diam. Bab agama ini dia langsung tidak ambil berat. Dia hanya sekadar mencukupi solatnya sehari, tetapi itu pun waktu dia rajin. Tidak tahulah kalau dia masih ingat hukum haram dan halal.

"Kau tunggu Haikal, Allah akan balas azab dekat kau atas muka bumi ini." Saffiyah berkata dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah Haikal.

"Lantaklah." Haikal menjuling matanya.

"You are the most arrogant, selfish and the most greedy person I have ever met. I thought you were different from all the boys in our school. Stupid of me to think that way. I wished I knew what you had planned all along... I wished I never met you in the first place. With all due respect, please get out of my sight." Saffiyah merenung ke dalam mata yang cantik itu buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan sekolah itu.

Tanpa membuang masa, Saffiyah terus beredar dari situ. Makin dia menjauhi lelaki itu, makin hatinya rasa sebak dan mahu menangis lagi.

Haikal hanya memandang susuk itu yang meninggalkannya keseorangan. Dia hanya perhatikan kaki kecil itu berlari keluar dari kawasan sekolah. Dia cuma tergelak melihat gadis itu terkedek-kedek berlari. 'Bodoh punya perempuan. Cepat sangat kau percayakan orang.' Bisik Haikal dalam hati sebelum dia juga beredar dari tempat itu. Sepanjang dia berjalan meninggalkan tempat itu, dia hanya berfikir yang dia tidak akan rasa menyesal. Baginya perkara ini bagus untuk digelakkan.

Tetapi, dia tidak tahu apa yang akan terjadi padanga selepas itu. Saffiyah berdoa agar lelaki itu bertemu dengan balasan yang setimpal!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

To My Dearest Saffiyah (Will not continue)Stories to obsess over. Discover now