Kasut disarungkan dikaki untuk keluar dari kawasan perumahan datin Milla.

Baru sahaja ingin melangkah keluar dari pagar, satu suara memanggilnya.

"Afaf, kamu nak kemana?" Soal mak Lin apabila melihat figura perempuan itu ingin beredar pergi.

"Afaf nak balik lah, kan kena buang." Balas Afaf sambil menatap wajah mak Lin.

"Aira macam mana?" Soal mak Lin.

"Aira kan dalam bilik. Nanti kalau dia dah okey, mak Lin tolong bagitahu dia kata Afaf dah kena buang." Kata Afaf lembut sambil tangan menyalami tangan mak Lin.

"Jom lah tengok dia. Kesian dia.." Ujar mak Lin perlahan.

"Tak nak lah. Nanti ada nenek kebayan tu." Kata Afaf, mak Lin tau siapa nenek kebayan yang dimaksudkan.

"Dia orang dah tidur. Jom, kesian Aira sorang-sorang.." Ujar mak Lin dengan nada yang sayu.

"Emm... Jom, tapi sekejap aje." Ajak Afaf dan berjalan melangkah memasuki pintu rumah.

"Bismillah.." Ujar Afaf perlahan ingin menaiki tangga. Mak Lin hanya menahan tawa melihat telagat Afaf.

"Naik macam biasa je, bilik-bilik dekat sini semua tapis suara, dia orang takkan dengar lah." Ujar mak Lin dan jalan mendahului Afaf. Afaf hanya mengikut langkah mak Lin sehingga tiba di bilik Aira.

"Dah, Afaf ketuk lah.." Arah mak Lin perlahan.

"Kenapa Afaf pula? Mak Lin lah ketuk." Afaf juga tidak mahu mengalah.

"Kamu ni, kamu yang paling muda, kamu lah yang ketuk." Ujar mak Lin lagi dan Afaf masih sahaja enggan.

Afaf mula mengalah disebabkan mak Lin mendesaknya agar mengetuk pintu.

Afaf mengambil nafas dalam dan menghembusnya perlahan.

Tok! Tok!

"Cik Aira?.." Panggil Afaf tapi tiada sahutan. Mak Lin dan Afaf saling bertatap mata.

"Cuba sekali lagi." Arah mak Lin dan Afaf mengangguk.

Tok! Tok!

"Cik Aira?.." Panggil Afaf sekali lagi tapi tetap tiada sahutan. Sehingga beberapa kali mereka memanggil, Afaf terus menerpa masuk kedalam bilik Aira. Pintu bilik tidak dikunci.

Pintu bilik ditolak perlahan...

Alangkah terkejutnya mereka apabila didalam bilik hanya kosong tidak ada orang.

"Cu-cuba cari." Ujar mak Lin ketakutan. Puas mereka mencari tetapi tetap tidak jumpa juga sehinggalah Afaf ternampak satu memo kecil.

"Aira tahu, akan ada yang cari
Aira. Aira dah tak mampu
nak bertahan dalam rumah ni. sorry.. kepada mak Lin yang
sangat Aira sayangi, thanks sebab jaga makan minum Aira, teman Aira waktu Aira takde peneman. But now.. Aira dah tak mampu nak bertahan, Aira akan cuba cari ketenangan. Aira akan balik.. Insyaallah..

From: Aira
To: anyone.."

Itulah yang tertulis di surat itu. Mak Lin mula meneteskan air mata kerana sebak dengan penderitaan yang dialami Aira.

"Mak Lin.. Don't cry Please.. wait. Afaf akan cuba call abang Afaf." Ujar Afaf yang mata juga turut bertakung takut jika terjadi apa-apa kepada Aira. Afaf mula mengambil telefonnya didalam kocek seluar.

Laju tangannya mencari nombor telefon abangnya.

"Ha, ye?" Soal Ariff dari dalam telefon.

"Ab- Hiks.. abang.." panggil Afaf tergagap-gagap menangis.

"Why?" Soal Ariff tegas apabila mendengar tangisan adiknya.

"Sorry, abang. Hiks.. akak Aira.. hilang.." Kata Afaf sambil menyekat air mata dari terus jatuh.

"Macam mana boleh hilang? Kau ada mana?" Soal Ariff.

"Afaf ada rumah dia, Afaf dah cari, tapi takde. Hiks.. Abang tolong lah carikan..." Ujar Afaf ketakutan.

"Kau balik dulu. Biar aku yang cari Aira." Arah Ariff dan laju talian dimatikan.

"Ab-abang cakap nanti dia cari. Dia suruh Afaf balik dulu.." Kata Afaf kepada mak Lin.

"Terima kasih, Afaf.." Mak Lin menarik lembut tubuh kecil Afaf masuk kedalam pelukannya.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora