TEASER 1

80 6 0
                                    

THE SILENT BROTHER: LENIX D.

TEASER

       🥃🥃🥃🥃🥃🥃🥃

Seorang lelaki yang saya kenali sebagai pembantu peribadi Tuan Hayven mempersilakan saya masuk ke dalam sebuah ruang pejabat.

Bila saya masuk ke ruang pejabat itu, Tuan Hayven sudah menunggu. Dia memandang ke arah saya sejurus kaki saya masuk melangkah ruang pejabatnya. Dia tidak memberikan sebarang reaksi menyenangkan. Dia hanya memberikan renungan dingin.

       "Daphnee Priscilla."

Dia memanggil saya dengan suara yang perlahan. Saya yang sedang terdesak hanya menoleh sejenak.

       "Ya Tuan Hayven." Saya menyahut.

      "Come here." Panggilnya perlahan.

Saya berjalan perlahan mendekati meja itu. Ada kerusi di situ dan memang ia disediakan untuk saya.

Dia mengarahkan saya duduk di hadapannya. Saya angguk kepala dan terus duduk. Perasaan takut dan cemas di dalam hati tiada siapa yang tahu. Tapi saya tidak mempunyai banyak pilihan.

      "Listen." Dia tunjukkan saya beberapa dokumen di atas meja. Mata saya fokus kepada semua dokumen itu .

      "Atas budi bicara Presiden Wesley HARPER, awak akan diserap masuk ke dalam komuniti The Silent Brother. But not as Daphnee Priscilla anymore. Your new identity is here... take a look at It. I'm the one who pick the name for you ... i hope you like It." Tuan Hayven JR LENNON memberikan senyuman untuk tatapan saya. Terkebil- kebil mata saya memandang wajah Tuan Hayven.

New identity? He is full of surprises.

       "Look at It..." arah Tuan Hayven. Saya hampir lupa.

Saya angguk. Dan terus membaca nama saya yang baru.

       "LENIX D." Saya sebut nama itu. Tuan Hayven JR tersenyum lagi.

      "Awak akan mula berkerja sebagai Bodyguard peribadi kepada Blues Immortal, isteri Willy HARPER. Malam ni, pembantu saya akan hantar awak ke Silent Park. Awak akan mula tinggal di situ. Semoga berjaya." Tuan Hayven berdiri. Saya masih memerhatikan nama baru yang dia berikan kepada saya itu.

       "Terima kasih!" Saya bangun dan tunduk hormat. Dia hanya berlalu pergi dan pembantunya pula terus membawa saya pergi dari tempat itu.
———————————

Kereta mewah yang membawa saya tadi berhenti di sebuah kawasan perumahan yang tersembunyi daripada dunia luar. Tapi di situ saya melihat satu kawasan bandar yang sangat indah berbanding bandar- bandar di luar yang pernah saya jejaki sebelum ini.

        "Selamat datang ke Silent Park, LENIX D." Pemandu kereta itu menoleh sejenak ke arah saya.

      "Terima kasih." Hanya itu yang saya mampu katakan. Dia tersenyum dan mengarahkan saya untuk turun.

Saya angkat bag sandang dan terus turun dari kereta. Di situ ada Tuan Hayven sedang berdiri di hadapan sebuah rumah. Dia sedang berbual dengan seorang lelaki berbaju serba hitam. Mereka berborak sambil tertawa dan sesekali menoleh ke arah saya .

Hmmm. Entah apa yang mereka sedang mereka berdua bicarakan saat itu.

       "Ohh LENIX. Come here...mari saya kenalkan awak kepada Presiden Wesley." Tuan Hayven memanggil saya.

Kaki melangkah perlahan. Saya dekati mereka berdua dan tidak berani mengangkat wajah memandang mereka. Aura yang ada pada mereka membuatkan manusia semut seperti saya rasa segan tahap dewa. Lebih - lebih lagi dengan lelaki yang dia gelar sebagai Presiden HARPER itu. Renungannya lain macam.

THE SILENT BROTHER: LENIX D.Where stories live. Discover now