"Hang jangan duk tipu opah, habistu awat dia reyau selak lagutu?"

"Mana la Zar nak tau, bukanya Zar pi tolak dia sampai tertomoih dalam tuu, Zar nak tolong tapi dia yang tak mau"

"Dia tipuuu"

Zar menjeling sekilas, haihh, dalam sedu sedan pun wanita ini masih sempat membela dirinya,

Nek Khadijah sudah menggeleng kepala perlahan, tidak sampai setengah hari kawan cucunya datang ke teratak rumahnya, sudah terjatuh ke dalam sawah miliknya,

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya sungguh, sudahlah terjatuh, high heel dicampak entah ke mana, telefon nya juga hilang!

"Ya Allah, Dahlia, mai angkat dia lekaih, pi ambik baju lain, tukaq baju dia, baju kotoq tu nanti pi letak dalam bakul,"

Zar lihat adiknya membantu wanita itu berdiri, di tangan nya juga ada telefon bimbit yang mungkin sudah rosak akibat terendam dalam lumpur bendang, Zar tilik wajah wanita itu, dengan lumpur yang ada di wajahnya, dengan mata yang sudah sebam kemerahan akibat perbuatan dirinya

Rasa bersalah mula menyelebungi hati, Allahu, bukan niat dirinya ingin membuat wanita itu hingga menangis sebergitu, niat nya hanya ingin bergurau, seawal tadi dia melihat wanita itu bergitu khusyuk mengambil gambar, lalu diserggah hanya dengan niat untuk membuatkan wanita itu terkejut, bukanya sampai jatuh dalam kolam bendang!

"Zar satgi hang sungguh...."

Belum sempat opahnya menghabiskan ayat, azan magrib terdengar di cuping telinga, menandakan waktu solat magrib sudah masuk waktu, Zar tersenyum panjang, akal di minda terasa berfungsi, baik dia larikan dirinya dahulu sebelum opahnya libas kain kelubung ke arahnya,

"Haaa opah, dah masuk waktu, Zar nak pi masjid dulu, tak baik lambat solat"

Zar lantas membawa langkah daripada situ, diambil basikal lalu dikayuh laju ke arah masjid yang terletak selang empat buah rumah, Nek Khadijah menggeleng kepala perlahan, bukan dia tidak tahu, ini mesti perbuatan cucu nya itu,

Aku lihat lelaki itu pantas berlalu pergi, cis, tunggu la kau, ada ubi ada batas, ada hari Aku balas, siap engkau!

"Adwa, lagumana hang boleh jatuh? Aku baru tinggai hang sat, hang dah berendam dalam bendang, ni dua minggu hang stay dekat rumah opah Aku, silap haribulan tuu hang pi berendam dalam ban pulak"

Suara Dahlia menarik perhatian Aku, dirinya juga penuh dengan kesan lumpur kerana terjatuh semasa menolong Aku, Aku menjungkitkan bahu, langkah kaki dibawa menuju ke arah rumah opahnya, Nek Khadijah juga sudah membawa pakain baharu untuk Aku,

"I jatuh sebab ada syaitan terlepas tolak I"

Seusai solat magrib dan isyak secara berjemaah bersama Dahlia dan Nek Khadijah, Aku gunakan peluang ini untuk bertanya soalan mengenai lelaki itu, sedari dari magrib tadi, kelibat lelaki itu tidak kelihatan

"You tak pernah bagitahu I pun you ada Abang"

Dahlia meletakkan kepalanya di atas riba Aku, diambil bantal busuk nya lalu dipeluk, Nek Khadijah pula rasanya sudah berlalu ke dapur

"Dah hang tak pernah tanya Aku, buat apa aku nak habaq?'

"Dia tu Abang sulung you ke? Tak pernah pun nampak waktu family you datang melawat you? Ke Abang ipar you?"

"Dak...dia abang sulung Aku, cumanya biasalah kalau dah kerja dekat laut ni memang susah sikit nak jumpa"

Laut? Jadinya lelaki itu bekerja di laut? nelayan? Or dia kerja dekat pelantar minyak?

" Zar...nama abang Aku tu Zar Uzair, saja la Aku habaq, kot-kot hang teringin nak tau, cumanya lagutu lah, perangai dia tu memang jenis macam tu, suka sakat orang,"

Belum sempat aku ingin bertanya lanjut, Dahlia bangun dari pembaringan nya, disenyum tipis lalu diikat rambutnya,

"Dah hang tunggu sat, Aku pi tolong opah aku sat, rasanya dah nak siap opah aku masak, satgi kalau nak hidang Aku panggil hang"

Aku lihat Dahlia sudah menuruni anak tangga menuju ke arah dapur belakang, hanya tinggal aku seorang di ruang tamu ini, Aku lihat sekeliling, tipikal rumah nenek, ada tikar mengkuang, almari kayu televisyen malah ada kain di dinding yang berlatar belakang kan gambar mekah, tak mewah tapi yang anehnya terasa menenangkan,

Aku keluarkan telefon bimbit aku, mujur aku bawa dua telefon, yang satunya sudah sah tidak mampu dipakai lagi kerana terendam dalam air, Aku bukak notifikasi, kosong, tiada langsung panggilan mahupun mesej daripada Zaf, sibuk sangat kah dia?

Sedang khusyuk Aku melayan perasaan, pintu rumah dibuka perlahan, lelaki itu, Zar, agaknya baru sahaja pulang daripada masjid,

Di tanganya ada beberapa
plastik berisi bungkusan makanan, mukanya hanya mempamerkan riak kosong dan bukanya riak nakal seperti petang tadi, dihampiri diriku,

"Awak nak buat apa nie ha? Nak tolak saya dalam bendang lagi? Ha meh meh saya jerit biar Nek khadijah libas awak"

Namun tiada sebarang kata, tiba-tiba diletakkan satu plastik coklat cadbury di hadapan Aku lalu dia melangkah ke arah dapur, Aku ambil coklat itu, di atasnya ada satu helain sticky notes

Dari jauh nampak mata,
Dari dekat nampak gigi,
Hari ini maaf dipinta,
Hari esok dibuat lagi!

Kurang asam betul, sticky notes itu Aku ronyok, lalu dilempar jauh,

Zar Uzair!

ZARWhere stories live. Discover now