"Hey kenapa ni? Lia tak cakap pun abang tahu Lia cinta dan sayangkan abang tau." Tangan isterinya digenggam.

"When I thought you died, a piece of me died that day too. Hanya Zaeem yang jadi kekuatan Lia selama ni." Aurelia membaringkan tubuhnya du atas katil, diikuti Arden.

"Zaeem?" Arden mengjongketkan keningnya.

"Ya. Anak kita. Zaeem Aahil. Kalau abang nak tukar nama pun tak apa." Bibir Aurelia membentukkan senyuman.

"No, it's perfect already." Tubuh Aurelia ditarik rapat kearahnya.

"This bed feels empty without you in it. I love you abang." Ucap Aurelia.

"I love you so much more mia stellina." Ucap Arden pula.

Kring! Kring! Loceng rumahnya berbunyi, jam didinding dilihat. Sudah pukul 2 petang!

"Abang, Hans! Sembunyi cepat!" Bisik Aurelia.

Arden terus menarik tangan Hans, mereka bersembunyi di belakang sofa.

"Kenapa Lia?! You nak bersalin dah ka!" Cemas suara Hayden apabila pintu terbuka.

"Mana ada. I nak ajak semua makan sini ja." Kata Aurelia, pintu dibuka luas.

"For real girl? Kau ajak semua ke sini sebab makan?" Tanya Talia dengan muka bengangnya.

"Yalah, kotlah aku pula mati nanti." Kata Aurelia perlahan.

"Woi!" Terus bergema rumah itu.

"Apa cakap macamtu! Ya kita orang suka makan sini okay! Jangan cakap bukan-bukan." Celah Isaac pula.

"Duduklah sini semua." Jari dihala ke arah satu sofa panjang, mereka berempat melabuhkan duduk di sofa itu, manakala Aurelia berdiri di hadapan sofa panjang yang bertentangan mereka.

"Sebenarnya I ada surprise." Kata Aurelia.

"Apa benda? Cepatlah tak sabar ni." Kata Zarif.

"Okay okay. Kira serentak eh? 1 2 3. Tau!" Arah Aurelia.

"1!!! 2!!! 3!!!" Habis sahaja mereka mengira, terus wajah mereka bertukar.

"SURPRISE!" Laung Arden dan Hans dari belakang sofa Aurelia.

Terus yang lain menegakkan tubuh masing-masing.

"Apa benda ni?!" Tanya Hayden. Wajahnya memerah.

"Aku dan Hans tak mati. Everything was just a plan." Kata Arden.

"Plan kepala otak kau bodoh!" Terus Isaac meluru ke arah Arden, Hayden pula ke arah Hans. Wajah Arden dan Hans ditumbuk kuat.

"Hey!" Jerit Natalia.

"Padan muka. Prank macam orang gila apahal?!" Marah Isaac.

"Bagilah kami cerita dulu." Arden memegang pipinya yang ngilu.

"Thanks Isaac." Ucap Aurelia.

"Hah? Dah kenapa pula?" Tanya Isaac setelah melabuhkan duduknya semula.

"Sebab tumbukkan Arden. I tak boleh buat, nanti derhaka. So I puas hati lah tadi." Kata Aurelia dengan selamba.

Arden ternganga.

"Sampai hati sayang eh?" Arden mencebikkan bibirnya.

"Ah tak payah nak drama sangat. Cepat cerita!" Gesa Zarif.

Akhirnya, mereka berdua bercerita dari mula hingga ke akhirnya.

"Tapi kenapa sampai 5 bulan?" Tanya Hayden.

"It wasn't an easy plan bro. Kami berdua. Sedangkan Luciano tu beratus. Macam-macam kami cuba buat tapi akhirnya berjaya." Jawab Hans.

"I'm glad. Korang berdua masih hidup." Terus Hayden memeluk tubuh Arden dan Hans. Diikuti yang lain kecuali Aurelia dan Natalia.

Aurelia tersenyum, akhirnya bilangan mereka kembali lengkap! Inilah keluarga keduanya. Dia terlalu bersyukur atas pemberian ini.

"Kau berdua tahu tak. Masa kau kononnya mampus dulu, Isaac paling beria menangis tahu?" Zarif berkata sambil tergelak.

"Aku dah agak. Kau sayangkan kami kan sebenarnya." Kata Hans, sambil mengepit kepala Isaac di bawah ketiaknya.

"Eee busuklah! Lepaslah aku." Tangan Hans ditepis-tepis.

"Eleh, masa ada benci, masa tak ada meraung macam mati bini." Perli Zarif lagi.

"Baik kau diam sebelum aku tenyeh muka kau dekat lantai." Jeling Isaac.

"Thankyou everyone. Korang jaga isteri aku baik sangat. Sumpah jasa korang aku tak termampu nak balas. Terima kasih temankan dia check up, shopping semua." Kata Arden, tangan dimasukkan kedalam poket seluarnya.

"No hal lah. Lia dah macam adik kami." Jawab Hayden.

"Dah jom makan." Ajak Aurelia, kaki melangkah ke dapur, diikuti dengan yang lain.

Akhirnya, rumah yang dahulunya sunyi, kini kembali riuh dengan adanya mereka.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now