"Tu ha! Zarif dengan Natalia ni bercinta tapi tak bagitahu pun!" Bebel Aurelia.

"Wooo bro? Since when ha?" Terus riuh mereka.

"Baru lagi lah." Zarif menggaru belakang lehernya. Malu mungkin?

"Encik Zarif jaga kawan saya baik-baik eh. Jangan berani nak pasang perempuan lain." Kata Aurelia.

"Eh tak, saya memang akan jaga dia sebaik mungkin. Awak jangan risaulah." Jawab Zarif.

"Saya dapat tahu Encik Zarif curang, siap eh. Saya panggil suami saya tembak encik." Kata Aurelia dengan selamba.

Terus tergelak yang lain.

Selesai makan, mereka bergerak ke A Famosa Waterpark pula. Yang paling teruja sekali tentulah Isaac.

"OMG TAK SABARNYA NAK MANDI!" Jerit Isaac saat mereka tiba. Arden sudah hilang ke kaunter tiket.

"Tak ramai eh? Selamat kita datang waktu bekerja." Celah Hans.

"Okay nah pakai sorang satu." Muncul Arden dengan gelang di tangannya.

Mereka melangkah masuk ke dalam waterpark dan terus ke loker. Baju turut ditukar.

"TUNGGU APA LAGI? JOM LAH!!!" Jerit Isaac lalu terus berlari dan melompat ke dalam kolam.

Yang lain hanya mampu tergelak kecil sahaja.

"Abang! Lia nak naik tu!" Jari ditunjuk pada gelongsor tinggi.

"Sayang berani?" Tanya Arden.

"Mestilah. Jom please." Rayu Aurelia.

Arden terus menarik lengan Aurelia ke arah itu.

"Weh nak ikut!!!" Jerit Hayden. Turut diikuti yang lain.

"Okay siapa nak pergi dulu? Satu round 4 orang." Tanya petugas disitu.

"Saya!" Kata Aurelia.

Setelah diberitahu cara-caranya, Aurelia terus membaringkan badannya di atas papan gelongsor itu. Disebelah kanannya Arden, disebelah kiri Natalia dan Zarif.

"Okay go!" Terus mereka berempat meluncur laju dan terus jatuh ke dalam kolam yang sedalam 5 meter itu.

"WOOO BESTNYAA!" Jerit Aurelia dengan girang setelah naik ke darat semula.

"TAKUT BODO TINGGI GILA!" Jelas suara Hayden kedengaran dari bawah.

"WOOO TUHAN TOLONG!" Jerit Hayden apabila tiba giliran mereka bertiga, Isaac, Hans dan Hayden.

Jatuh saja ke dalam kolam, Hayden terkapai-kapai mencari nafas. Terus lifeguard di situ terjun dan menangkap tubuh Hayden. Manakala mereka berenam terus ketawa melihat Hayden.

"Apa benda lah kau. Harap sado saja tak pandai berenang." Kata Arden dengan sisa ketawanya.

"Elok sikit. Aku panik okay! Bukan tak pandai berenang." Bidas Hayden.

"Jom naik lagi sekali." Ajak Hans.

"Ah taknak aku." Terus Hayden berlalu pergi. Sekali lagi mereka berenam ketawakan dia.

Hampir 4 jam mereka bermain. Semua sudah nampak letih. Baju telah ditukar dan kini mereka sedang berjalan ke arah kereta. Sebelum keluar, mereka telah mengisi perut mereka di dalam.

"Abang larat lagi tak drive ni?" Tanya Aurelia.

"Larat lagi. Jom destinasi terakhir sebelum balik." Kata Arden. Turut mengajak mereka yang lain.

Kereta dipandu menuju ke Melaka Rivercruise.

"Ya Allah cantiknya!" Kata Aurelia setelah mereka tiba.

"Sebab tu abang tunggu malam baru nak ke sini. Cantik kan?" Arden mengusap tangan Aurelia.

Aurelia mengangguk laju.

"Nak keluar." Terus Aurelia membuka pintu keretanya.

"Nak naik cruise ka bro?" Tanya Zarif.

"Yup. Aku dah sewa satu cruise untuk kita saja. Taknak share." Jawab Arden.

"Biar betul abang?" Terus Aurelia menolehkan kepalanya menghadap Arden.

"Yes sayang." Arden menayangkan senyumannya.

"Thank you!" Terus dia berlari ke dalam pelukan suaminya.

"Eee nak sweet tempat lain lah. Sakit mata aku." Kata Hans.

"Dengki kalau dipersilakan kahwin cepat." Jawab Aurelia sambil menjelirkan lidahnya.

"Dah jom naik." Tangan Aurelia ditarik ke dalam cruise dengan berhati-hati. Mereka melabuhkan duduk.

"Nak nangislah." Kata Aurelia.

"Lah dah kenapa?" Arden memerhatikan isterinya dengan pelik.

"Sebab cantik sangat." Jawab Aurelia, membuatkan yang lain berdecit geram.

Saat cruise itu bergerak, terus mereka terdiam, memerhatikan keindahan disekeliling mereka.

"Terima kasih abang." Bisik Aurelia.

"My pleasure little star." Jawab Arden, tubuh isterinya dipeluk erat.

"Ehem. Ingat sikit. Kami dekat sini single okay." Celah Hans.

"Eh mana ada. Aku dengan Natalia tak eh?" Jawab Zarif pula.

"Eh elok sikit. Korang berdua masih haram. Arden dengan Aurelia dah halal." Jawab Isaac. Membuatkan Zarif terbatuk.

"Dah tu? Pergilah kahwin. Cari pasangan masing-masing." Kata Aurelia pula.

"You ingat senang?" Jeling Hayden.

"Kalau susah tu maknanya you tak laku la eh?" Aurelia menjelirkan lidahnya lagi.

"Eee kau tengoklah isteri kau Arden. Sakit betul hati aku." Rungut Hayden.

"Setiap saat aku tengok isteri aku Hayden. Elok ja, sempurna ja?" Jawab Arden, membakar hati Hayden.

"Ah sudahlah benci aku." Terus Hayden memeluk tubuhnya, bibir dijuihka membuatkan yang lain melepaskan tawa masing-masing.

Aurelia yang bersandar didalam pelukan suaminya hanya tersenyum manis. Dia bersyukur dipertemukan dengan mereka semua saat dia terluka. Sentiasa ada untuk dia, sentiasa menyokong dia. Dan sesungguhnya di harap, hari seperti ini tidak akan berakhir.

"A family isn't always blood, sometimes it's the people you surround yourself with, the people that you love, and the people that love you. They may not be related by blood, but their bonds are far stronger than any family ties."

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now