“Anggota yang pakai pakain fully hitam plus their faces covered with black cloth, itu unit mana Zaf? Tak pernah pun Adwa nampak diorang sebelum-sebelum ini? Unit baru eh?"

Aku lihat pandangan mata Zaf melihat tepat ke arah aku, kepalanya berkerut sedikit memikirkan jawapan kepada soalan Aku sebelum bibirnya membuka bicara,

“Zaf rasa Zaf faham maksud sayang, black uniform right? they are special units in TLDM, special sea forces, singkatan PASKAL, kenapa sayang tanya?’

Aku mengangguk perlahan,

“Ouhh nothing , diorang hebat ke Zaf?’

“Antara yang terhebat sayang, kalau nak bandingkan Zaf dengan diorang, Zaf ni macam semut lalu tepi gajah, kena pijak automatik lenyek jadi fosil”

Aku sudah faham, patutlah lelaki itu berlagak semacam, tidak berbudi bahasa, garang mengalahkan pak singa dalam rimba, ciss nampak sangat dia itu hidung tinggi, malang sungguh siapa yang menjadi isterinya, mahu sewel hari-hari hadap perangai hati keringnya!

Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi HONDA CBR kuat mengaum memasuki satu perkarangan rumah,

Rumah yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota penang, Seusai dia memarkir motosikalnya, dibuka helmet lalu diletakkan elok di hadapanya, rambut yang sedikit kusut dikemaskan, dibuka jaket hitamnya lalu dilipat kemas,

Matanya lama memandang beret berwarna unggu di dalam beg galasnya, keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengambil lalu dipakai kemas pada kepalanya,

"One day, Zar nak jadi macam Abang"

Terlintas seketika ayat itu di kepalanya, senyuman lemah diukir seketika, serkiranya diri dia enam tahun lepas mampu melihat apa yang sudah terjadi,

Ada kah dia akan menuturkan ayat yang sama?

“Takpa Zar, Insyallah Allah permudahkan segala urusan hang, jangan duk buat kalut”

Bisiknya pada hati, dibawa langkah kakinya menuju ke muka pintu rumah, sebelum sempat tanganya menekan loceng rumah, tanganya terhenti kembali,

“ Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMU ini,”

Lalu ditekan loceng itu, sesaat, dua saat, jantung nya terasa ingin pecah sebelum pintu rumah dibuka, terjengul susuk tubuh wanita separuh umur, dengan baju kurung nya dan tanganya yang penuh dengan perhiasan berkilau, Zar mengukir kan senyuman semanis gula,

“ Mami”

Panggilnya perlahan, senyuman yang sedia manis terasa semakin lebar, tercengang seketika wanita itu sebelum tubuhnya dipeluk erat, dibelek belek wajahnya lalu dicium pipinya berkali-kali,

“Bila hang balik? Awat tak bagitau mami hang nak balik? Allah mai mami nak tengok anak mami ni, Ya Allah Zar, anak mami dah balik, rindu sungguh ngan hang”

“Saja tak mau bagitau, nak buat suprise dekat mami”

Balasnya perlahan, terasa tubuhnya dipeluk kembali oleh ibunya,

Apabila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya, seketika matanya tertumpu pada potret keluarga yang digantung gah di tengah ruang tamu, rasa di hati ditahan,

"Ini adalah jihad paling mulia Zar, tak semua orang Allah berikan peluang untuk rasa nikmat ini, Kita patut rasa beryukur"

Ahh, kenapa sekarang segala ayat sentimental oleh seseorang itu harus bermain di fikiranya? Getus hati Zar,

“Ehh Angah dah balik!”

Jeritan nyaring gembira oleh seseorang berjaya menarik perhatian Zar, matanya pantas melihat ke arah suara kecil itu,

“Danisya”

Serunya perlahan sebelum tubuhnya dibawa ke arah kanak-kanak itu lalu dipeluk erat, rambut adiknya ini dibelai lembut,

“Angah bila balik?”

“Baru sat saja ni, nahh angah bawakkan hadiah yang isya mintak”

Dihulurkan satu pakej kecil berbalut cantik pada gadis kecil itu, Danisya tertawa riang, pantas dibukanya, Zar menoleh ke arah ibunya kembali

"Zar cuti berapa hari”

“Dalam dua minggu, lagipun depa bagi cuti kat kami, bolehlah rest sat”

Ibunya kembali memegang pipinya, dibelek kiri kanan, sebelum senyuman lembut diberikan padanya,

“Zaf sihat?”

Sebelum bibirnya kembali membalas pertayaan ibunya, ada suara lain menyampuk perbualan mereka.

“Dia hidup lagi tu kan? Bukanya balik dengan jasad kosong!”

Senyuman yang sedia manis seperti gula mati di situ, bebola matanya menoleh ke arah ayahnya, hanya wajah yang tegas, bukanya riak gembira kerana dia pulang,

“Pak”

Panggilnya perlahan, huluran salam yang dihulurkan kepada ayahnya hanya sepi tidak disambut, pandangan dingin diberikan padanya,

“Abang...” tegur Halimah perlahan kepada suaminya, terasa pilu pada hati, bukan setahun dua anak itu dilayan sebergitu,

“Dia pilih beret unggu itu lebih dari kita semua limah, patutnya dia dah bangga, buat apa dia balik sini lagi?”

Pedih! Terasa air mata yang ditahan dirinya selama ini ingin gugur di situ juga, terasa luka yang sudah bernanah  di hati terasa lebih perit,

Dikerling sekilas pada potret keluarga sekali, benar,

“Tak semua memahami pengorbanan yang kita lakukan Zar’

Bisiknya pada sudut hati yang paling dalam. Beret unggu pada pegangan tangan digenggam lebih erat.

ZARTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang