Bab 2

4.9K 120 0
                                    

"Okay nanti kamu semua jangan lupa buat latihan ulangkaji math dengan addmath , sebab jika kamu tidak buat latihan macam nak skor dalam SPM nanti , mata pelajaran ni tidak boleh nak di buat baca je . So that's all cikgu nak bagi nasihat , harap kamu semua dengar lah ya ?" kata cikgu Linda bagi mata pelajaran math .

"baik cikgu !" separuh kelas menjawap dengan serentak ade yang masih tidur nyenyak dan ada yang berborak tak tentu pasal .

"bangun semua ! " ketua kelas 5 Alfa memberi arahan .

 " Terima kasih cikgu" semua bangun dan berterima kasih kepada cikgu 

.Selepas cikgu Linda keluar semua pelajar tingkatan 5 Alfa kembali duduk .

" weh , Faiz kau nak teman aku pergi library tak ?" tanya Iwan .

"ha , apa ? bila kau nak pegi ?"jawap Faiz dengan muka yang masih mengantuk .

"masa rehat nanti , aku rasa nak pegi pinjam buku rujukan yang cikgu kimia kita cakap hari tu la" sambil mengemas buku latihan matematik lalu masuk kebawah meja .

"hmmm , kau pegi sorang boleh ? sebab aku lapar , dari tadi aku terbau mi hun sup dekat kantin ,aku dah lama mengidam mi hun sup ni" Faiz tersengih menampakkan giginya putih yang tersusun rapi , boleh buat iklan gigi colgate ni gantikan Fazura .

"Alah kau ni macam perempuan mengandung nak mengidam bagai . tak apalah aku pegi sorang je nanti" jawap Iwan .

*kring kring* bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat . Ridzwan keluar kelas dan terus ke perpustakaan . Ada gadis-gadis gedik memerhati dia sambil buat-buat ketawa . Ridzwan malas mahu melayan dengan segera dia beredar dan ternampak seorang gadis yang comel sedang duduk diatas bangku bersama kawan dia, dengan kaca mata dia yang agak besar , menuduk sambil membaca buku yang berada di tangan . 'kusyuk betul baca buku' kata hati Ridzwan lalu dia memasuki library . Ridzwan mencari buku rujukan kimia di almari "haa jumpa pun , tapi yang mana satu eh ? yang ini ke yang ini" sambil melihat tangan kiri dan kanannya "hmmm ,pinjam jelah dua dua" dengan hati yang senang dia pergi ke pustawan untuk meminjam buku buku yang diambilnya .

****

*kring kring* loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat .Dengan tergopoh-gopoh Mel bangun , " weh kau ni tak makan lansung pun makanan yang kau beli" kata Has . Mel memandang roti gardenia perisa jagung yang berada di tangan . "nanti aku makan lah dalam kelas masa cikgu tak de" jawap Mel .

"hmm yelah , kusyuk sangat dgn buku novel tu , best ke cerita dia tu ?" Has mencapai buku novel berwarna biru itu dari Mel .

"gila kau tak best ? penulis dia John Green tau , buku ni the best seller dan dah keluar kat panggung wayang cerita dia ."

"ohh yeke ,kenapa tak tengok kat wayang je ?"

"aku nak bace dulu cerita dia , nak tahu jalan cerita dia nanti aku tengoklah kat panggung wayang ."kata Mel .

"eh , nanti aku nak ikut sekali eh boleh aku tengok cerita tu dengan kau , tak payah nak pinjam buku kau tu nanti " sambil memandang muka Mel .

"hahahha yelah yelah nanti kita pegi sesame ye" sambil mencubit pipi gebu Has .

"auch , sakit lahh , kau ni nak cubit pun janganlah kuat sangat " marah has sambil mengusap pipi dia .

"hehehe , meh aku cubit pipi kau pula" Has cuba nak mencubit pipi Mel tapi Mel terlebih dahulu pegi dengan segera .

"bahaya , bahaya kau cubit boleh berdarah pipi aku , bukan aku tak tahu kau punya tangan tu macam pengepit ketam" sambil berlari anak .

"eh , tunggu Mel ! tak adil lahh" marah Has .

"taknakk" jawap Mel sambil memandang Has di belakangnya .

"ADUH !" sambil mengusap dahi nya yang baru terhantuk seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari library. Habis terabur buku rujukan kimia lelaki itu . Lelaki itu bangun dan mengutip semula buku dia . lalu " Hei , perempuan jalan tak reti nak pandang depan ke ? atau mata kau letak kat lutut ?"

Melissa bangun dan mendonggakkan kepala untuk memandang lelaki tu dengan pandangan yang tidak puas hati , ' asal lah tinggi sangat manusia ni" kata hati nya . " err saya minta maaf , saya tidak perasan yang awak lalu kat sini , by the way saya punya mata ada kat sini bukan kat lutut" sambil jari dia ditujukan pada mata nya .

"oh yeke ?" dengan nada yang sinis . "okay takpe kali ni aku maafkan kau ." dia memandang gadis didepan nya . 'eh dia perempuan kaca mata besar yang kusyuk bace buku tadi kan' kata hati Iwan .

Mel perasan lelaki itu asyik memandang dia " apa tengok-tengok ?" Has terkejut dengan pergaduhan yang berlaku " Mel kau okay tak ? dah jum kita masuk kelas" sambil menarik Mel .

Ridzwan pun berlalu pergi ke kelas semula ."Hei bro , kenapa muka masam macam cuka je ni ?" kata Faiz

Ridzwan malas nak layan Faiz sekarang " takde apalah" jawap Ridzwan .

Faiz hanya mengangukkan kepala , 'nampak sangat dia takde mood baik jangan di tegur nanti keluar perangai singa dia .

Sentiasa Ada UntukmuWhere stories live. Discover now