"Don't touch her. That's enough Luciano." Kata lelaki itu lalu terus berlalu pergi.

"Useless!" Jerit Luciano, sehingga terhenjut bahu Aurelia.

"I'm gonna make sure, your husband is going to die. You hear me b*tch?" Bisik Luciano di telinga Aurelia.

Aurelia hanya mendiamkan diri, tenaganya hilang, tubuhnya sakit.

"Leave her alone. Go back inside." Arah Luciano kepada anak-anak buahnya.

Seluruh kawasan itu terus kembali sunyi. Aurelia bernafas perlahan. Dadanya sesak. Akhirnya matanya terpejam, kepalanya berpinar-pinar.

Tidak lama kemudian, telinganya sayup-sayup menangkap bunyi pintu dibuka. Namun tiada suara yang mampu dikeluarkan.

"Sayang???" Suara itu menusuk telinga Aurelia. Itu Arden, suaminya.

Jantung Arden pula terhenti seketika. Kakinya lemah. Tubuh isterinya yang terkulai diikat di kerusi diperhatikan. Luka pada tubuh isterinya jelas kelihatan dari jauh. Kaki melangkah menghampiri tubuh isterinya. Penutup mata terus dibuka.

"Sayang? I'm here. Open your eyes please." Pipi isterinya dicekup dengan kedua-dua tangan. Air matanya menitik melihat keadaan isterinya yang mungkin telah 'disentuh'.

"Sayang please. Abang tahu abang terlambat, but I'm here now." Pipi isterinya ditampar perlahan. Ikatan dibuka dengan pantas.

"Ab..abang?" Lirih suara itu berkata.

"Yes sayang, I'm here." Tubuh Aurelia ditarik ke dalam pelukan.

Isaac dan Hayden terdiam, melihat keadaan Aurelia sebegitu rupa. Mereka tumpang simpati.

Arden menjarakkan tubuh mereka. Matanya memerhati seluruh tubuh isterinya. Jaket kulit berwarna hitam yang dipakai dibuka, lalu disarungkan ke tubuh Aurelia yang terdedah.

"Come here. Hold my neck tightly." Arah Arden, lalu tubuh yang lemah itu dicempung.

Baru sahaja mereka ingin melangkah keluar, tepukan kuat kedengaran dari pintu depan gudang terbiar itu.

"Our hero is here!" Laung Luciano sambil menepuk tangan.

"Who the hell are you?" Tanya Hayden.

"My name is Luciano." Jawab lelaki itu. Mata tajam memerhati Arden.

"Wait. Luciano?" Celah Isaac. Bukankah itu nama kepada kumpulan yang mereka berlawan suatu ketika dahulu?

"Luciano? As in Alexander Luciano?" Tanya Hayden pula.

"He's my son! You. You killed him!" Jari lurus ditunjuk pada Arden.

"You know the rules Luciano. You made a mess there. My territory." Mata Arden tajam menikam wajah tua Luciano.

Tiada siapa pun yang akan sangka, akhirnya ayah kepada Alexander yang pernah dia tembak satu ketika dahulu akhirnya kembali, ingin membalas dendam.

"I don't care! I'm gonna kill you! A soul for a soul bastard!" Tengking Luciano.

Aurelia yang berada di dalam pelukan Arden hanya mampu memejamkan matanya. Dia takut.

Pistol di pegangan Luciano diangkat, dan diacukan tepat pada Arden.

Belum sempat picu ditarik, Isaac dengan pantas berlari menuju ke arah Luciano. Tubuh itu dirempuh, dan ditumbuk bertalu-talu.

BANG!
Bunyi tembakan mengejutkan semua terutama sekali Aurelia. Matanya terus tertumpu pada Isaac yang telah ditembak di bahu.

Arden terus melindungi isterinya. Dia meletakkan tubuh Aurelia di luar gudang dan kembali masuk.

"Stay here." Arah Arden. Aurelia yang tidak mendengar kata melangkah perlahan ke pintu. Dia memerhatikan dari luar.

"WHERE IS HE?!" Tanya Arden dengan kuat, urat dahinya timbul. Pistol di celah pinggang ditarik keluar.

"He's gone Arden." Jawab Hayden.

"SH*T!" Arden merenung tajam ke arah anak-anak buah Luciano yang sedang melangkah ke arah mereka.

"I'm late?" Tanya satu suara dari belakang. Terus kepala mereka menoleh. Tubuh Hans yang sedang berdiri tegak di pintu sambil menghala muncung pistol pada seorang musuh diperhatikan mereka.

"Thank god you're here!" Kata Hayden. Lalu mereka berempat terus menuju ke arah musuh.

Picu pistol ditarik, dan Arden menembak tepat musuhnya. Begitu juga dengan Hayden, Isaac dan Hans. Bunyi tembakan berselang-seli dengan jeritan. Darah terpercik di merata tempat.

Pistol yang sudah kehabisan peluru diselit semula di tepi pinggangnya. Kini hanya berbekalkan anggota badan, dia melawan setiap musuh yang menghampirinya. Tubuh dipusingkan 360 darjah, kaki menendang tepat pada kepala musuh. Rebah lelaki itu.

"Tell Luciano. I'm gonna hunt him down. And kill him with my own hands. Got it?" Kata Arden dengan keras sambil mengenggam kuat leher baju musuh itu, dan didirikan. Tubuh itu kemudiannya ditolak kuat ke dinding.

Laju anggukan musuh itu, lalu Arden melepaskannya.

Lantas, kepala Arden menoleh ke pintu, mencari isterinya. Tubuh Arden mengeras saat dia matanya tertancap pada tubuh isterinya yang sedang menggigil di hadapan pintu.

Dia berlari ke arah Aurelia. Tubuh itu terus dipeluk.

"Don't touch me." Kata Aurelia, sedaya upaya menolak tubuh suaminya. Dia terkejut dan terdiam. Melihat sisi suaminya yang sangat berbeza dengan yang dia kenali sebelum ini. Dia ditipu selama ini!

"Let me explain sayang." Arden cuba menenangkan isterinya.

"No! Let me go! Who... who are you?" Lawan Aurelia, namun akibat tenaganya yang hampir hilang, tubuhnya terkulai layu tetapi sempat disambut Arden.

"You're in good hands now little star. I'm sorry. I'm so sorry I couldn't save you again." Bisik Arden kepada isterinya yang sudah pengsan.

"We need to move now Arden." Bahu Arden ditepuk Hans.

"Let's go!" Kata Arden, setelah mengangukkan kepalanya.

HIS EVERYTHING (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang