Mereka hanya mengangguk dan berlalu ke bilik hotel. Mereka bertiga sebilik. Manakala Arden dan Aurelia di sebelah bilik mereka.

"Jom sayang." Ajak Arden setelah pintu hotel dibuka.

"Ya Allah! Cantiknya!" Pujian terkeluar terus dari mulut isterinya. Dengan kelopak bunga bertaburan, ada belon dan tulis Happy NewlyWeds bergantungan.

Tubuh Arden terus dipeluk erat. Pipi suaminya dicium bertalu-talu.

"Terima kasih abang!!!! I'm so happy!" Aurelia menayangkan sengihan kepada suaminya.

"Sama-sama. Tapi jangan peluk cium macamtu lepasni." Kata Arden sambil tersenyum senget.

"Hah kenapa?" Tanya Aurelia. Kepala didongakkan memandang Arden.

"I'm a man little star. A normal man. A man who has his needs. Kalau abang tak fikir sayang, sekarang juga abang buat apa yang abang nak." Jawab Arden, tangan dilingkarkan di pinggan isterinya.

Terus wajah Aurelia bertukar merah.

Arden tersenyum melihat kelakuan Aurelia. Isterinya memang seorang pemalu.

"Jom, ada yang lagi cantik abang nak tunjuk." Pelukan di pinggang dileraikan, lalu tangan mencapai tangan Aurelia.

Mereka menghampiri balkoni dan pintu balkoni dibuka. Aurelia ternganga lagi. Dia terpana dengan apa yang disajikan matanya. Lautan biru luas terbentang. Dengan beberapa buah kapal. Hotel Marincanto namanya. Walaupun sudah malam, tapi jelas di matanya.

Aurelia tersenyum manis.

"Suka?" Tanya Arden.

"Of course! Thankyou abang!" Kepala dilentokkan pada dada suaminya.

"Dah jom masuk. Rehat. Nanti kita keluar lagi." Ajak Arden.

"Okay. Lia nak mandi dulu." Terus dia mengambil perkakasnya dan masuk ke bilik air.

Setelah 30 minit, dia keluar, hanya dengan memakai bathrobe yang disediakan. Jam di telefon dibelek. Sudah pukul 11 malam di bumi Itali.

Dia melangkah ke arah katil, suaminya sudah terlelap.

"Abang, bangun mandi." Lengan Arden digoncang.

Arden yang terganggu terus membuka matanya. Dia mengeliat dan terus bangun berlalu ke tandas.

Aurelia mengeringkan rambutnya, dan kemudian mengemaskan sedikit barangan mereka. Sedikit baju disangkut di dalam almari.

"Hey!" Terkejut Aurelia apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Kepala ditoleh.

"Abang? Lepaslah Lia nak kemas ni." Kata Aurelia.

"Hm, esok lah kemas." Bisik Arden rapat di leher Aurelia.

Aurelia memejamkan matanya, tangan melonggarkan lingkaran tangan suaminya di pinggang. Tubuh ditoleh menghadap Arden.

Mata merenung tubuh suami yang tidak berbaju, hanya mengenakan tuala. Rambut yang masih basah. Tangan Aurelia diangkat memegang tubuh sasa itu.

Tatu ular di tangan suaminya dipegang, dari lengan sehingga ke belakang leher.

"Tatu abang ni, ada makna ka?" Tanya Aurelia. Tangannya masih tidak berhenti.

"Tak ada makna apa pun." Jawab Arden, mata tajam merenung wajah isterinya.

"Nampak macam gangster. Macam mafia." Aurelia melepaskan ketawanya. Baru sahaja tangan ingin digerakkan ke dada suaminya, terus pergelangan itu dipegang erat.

"Sayang... Stop seducing me." Pergelangan tangan Aurelia terus dipegang erat. Dia takut tidak mampu mengawal nafsunya.

Aurelia pula tersenyum manis sahaja.

"Tadi dia yang goda kita. Lepastu sekarang takut pula." Aurelia tergelak kecil.

Baru sahaja tubuh kecil itu menoleh, Arden menariknya rapat kembali ke tubuh.

"Abang!" Terjerit Aurelia.

"Apa sayang kata tadi? Abang takut?" Arden tersenyum senget.

"Ee orang bergurau lah." Aurelia memandang suaminya.

"I want you tonight stellina." Wajah dirapatkan dengan wajah isterinya.

"Abang.. " Terus termati kata-kata Aurelia apabila bibir suaminya bertemu bibirnya.

"Hm nak cakap apa tadi?" Tanya Arden setelah menegakkan tubuhnya kembali. Wajah isteri yang tertunduk malu itu dipandang.

"I'm not perfect abang. Abang tahu kan apa yang jadi dekat Lia?" Kata Aurelia perlahan.

"How many times do I have to tell you? Abang tak kisah dan takkan kisah. You're perfect in my eyes sayang." Pipi Aurelia dibelai.

"Tubuh saya hodoh, ada luka." Kata Aurelia lagi. Ya akibat dari traumanya, dia sering melukakan dirinya, tubuhnya akan sering digosok kuat bagi menghilangkan rasa sentuhan malam itu. Jadinya, ada banyak parut di belakang tubuhnya.

"Parut tu boleh hilang. Sekalipun tak hilang, takkan pudarkan rasa sayang dan cinta abang terhadap Lia. Tolong jangan merendah diri. You're literally perfect in every way Aurelia Rose." Dahi Aurelia dikucup.

"Terima kasih terima segala kekurangan Lia." Aurelia memandang wajah Arden.

"Shhh sudah. Jom tidur." Kata Arden.

"Abang." Lengan Arden ditarik.

"Kenapa?" Hairan Arden dengan perilaku Aurelia. Tubuhnya kembali menoleh menghadap isterinya.

"Lia izinkan." Tangannya kembali membelai tubuh Arden.

"Hey, abang tak paksa lah." Kata Arden, risau jika isterinya berfikiran begitu.

"No, I'm serious. You can have me tonight. Don't make me change my mind" Kata Aurelia lagi.

"Are you sure?" Tangan mula melingkar di pinggan Aurelia apabila anggukan diterima sebagai jawapan.

"Kalau sayang tak selesa, kalau sayang nak berhenti. Just tell me. I'll stop. Okay?" Arah Arden.

"Okay." Jawab Aurelia.

Terus tubuh itu dicempung ke arah katil.

"I love you abang." Bisik Aurelia.

"Oh stellina, I love you more than you could imagine." Bibirnya kembali mengucup bibir isterinya.

Malam itu, di bumi Itali, mereka melalui malam yang pertama sebagai suami dan isteri.

HIS EVERYTHING (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt