Arden mencubit hidung mancung isterinya sambil tersenyum.

"Of course sayang. Come. Duduk sebelah abang." Ajak Arden.

Mereka melabukan duduk di atas kerusi piano.

Melodi mula kedengaran, sebelum Arden turut menyanyi sambil jari menari di atas papan kekunci piano.

"Oh, her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shinin'
Her hair, her hair
Falls perfectly without her tryin'
She's so beautiful and I tell her everyday.

Oh, you know, you know
You know I'd never ask you to change
If perfect's what you're searchin' for, then just stay the same
So don't even bother askin' if you look okay
You know I'll say

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are"

Arden tersenyum melihat gelagat Aurelia bertepuk tangan setelah dia menghabiskan nyanyiannya.

"Ajarkan Lia boleh?" Lengan Arden dipeluk.

"Boleh. Tapi nanti." Jawab Arden.

"Abang hairan dengan Lia." Kata Arden secara tiba-tiba.

"Hah? Hairan apa?" Berkerut dahi itu bertanya.

"Lia bukannya orang biasa. Your papa tu dato' tau. Kenapa Lia tak ambil ja kelas piano kalau suka? Lagi satu kereta Lia. Kalau orang lain maybe mahal keretanya dah kalau parents kaya." Panjang betul persoalan Arden.

"Oh, Lia tak suka susahkan mama papa. Lagipun dulu bukannya Lia orang senang. Hidup biasa saja dulu. Lepas bisnes papa maju, barulah kami merasa hidup senang. Mungkin sebab tu kot Lia tak gunakan duit mama papa. Sebab Lia faham susah mereka." Terang Aurelia.

"Lagi satu, Myvi tu comel okay! Jangan kutuk baby Myvi Lia." Mata dijegilkan ke arah suaminya.

Baru sahaja Arden ingin membidas isterinya, pintu rumah diketuk kuat.

"Siapa tu abang?" Tanya Aurelia.

"Entah. You stay here. Kejap abang pergi tengok." Arden melangkah ke pintu utama.

Elok sahaja pintu dibuka, jelas kedengaran suara Isaac menjerit.

"Apahal korang datang sini hah?" Jerkah Arden.

"Alah bagi can lah nak buat tour rumah baru kau. Taknak jemput masuk ka?" Tanya Hayden pula.

"Ah takda, berambus korang." Tubuh sahabatnya ditolak.

"Ahh tak kira! Nak masuk!" Terus tubuh Arden dirempuh kuat oleh Isaac.

"Kau nak mampus ka? Isteri aku tak bertudung tu! Suka hati ja nak masuk!" Telinga Isaac ditarik.

"Aduh manalah aku tahu! Sakitlah bodoh." Isaac menampar tangan Arden yang berada di telinganya.

"Sayang! Pakai tudung. Bala-bala ni datang pula!" Laung Arden dari pintu utama.

Aurelia tidak bertanya banyak, dia terus melangkah ke atas dan berpakaian lebih sopan. Elok dia turun, kelima-lima mereka sedang melepak di ruang tamu.

"Korang nak air apa? Air panas ka sejuk?" Tanya Aurelia.

"Mocha ice 1 please." Jawab Hans.

"Kau ingat sini cafe ka bangang? Tu isteri aku tau." Kepala Hans ditolak Arden.

"Eh apa ni main kepala. Bapak aku pun tak main kepala aku tau." Marah Hans.

"Memanglah, bapak kau dah lama tak ada kan?" Isaac menyampuk.

Hayden dan Zarif tersembur ketawa dengan lawak selamba Isaac.

Aurelia menghiraukan mereka dan berlalu ke dapur untuk membuat air. Hanya jus oren yang dibancuhnya.

"Nah minum." Dulang diletakkan di meja.

"Kenapa kau orang datang ni?" Tanya Aurelia.

"Oh, Arden kata korang nak gerak Itali esok." Jawab Zarif.

"HAH?! ITALI?!" Serentak suara Isaac, Hayden, Hans dan Aurelia terjerit.

"Aik? Arden tak bagitahu korang ka?" Zarif menggaru kepalanya.

"Bodohla kau ni. Aku nak buat suprise kat Aurelia, kau bagi kantoi." Arden menepuk dahinya.

"Habis tiga ekor ni?" Tanya Zarif sambil jari diarahkan kepada Hayden, Isaac dan Hans.

"Dorang ni memang taklah aku nak bagitahu. Nanti menyemak adalah." Keluh Arden.

"Kita nak ke Itali ka abang?! Esok?! Sumpah lah?" Aurelia terus duduk di sebelah suaminya.

"Hm ya, I wanted to suprise you tapi itulah tak jadi pula." Arden menjeling Zarif.

"YEAY THANKYOU ABANG!" Pipi Arden dikucup sekilas lalu, membuatkan tubuh Arden mengeras.

"Eeee apa ni! Kami bawah umur tau tak boleh tengok aksi-aksi macamtu!" Jerit Isaac.

Aurelia membaling bantal sofa ke arah Isaac.

"Bawah umur kepala otak you." Kata Aurelia.

"Ah kami tak kira. Nak ikut jugak!" Bentak Isaac.

"Habis syarikat tu siapa nak tengokkan gila?" Tanya Arden. Ditayangnya muka menyampah.

"Alah sebelum ni Zarif boleh handle seorang diri. Lagipun seminggu ja kan?" Jawab Hayden.

"Hotak kau. Taknak aku." Zarif menggelengkan kepalanya laju.

"Please, aku belanja kau lunch seminggu janji!" Rayu Isaac.

"Ugh fine!!!" Zarif akhirnya bersetuju.

"YES!!!" Jerit ketiga-tiga mereka.

Arden dan Aurelia pula menggelengkan kepala. Masing-masing sudah berumur 20an tetapi perangai macam orang tak cukup akal.

"So kita orang boleh ikut kan?" Tanya Hans, ingin memastikan keputusan mereka.

"Kalau tiket flight ada lagi lah." Jawab Arden mendatar.

"WEH! Cepat booking gila!" Kelam-kabut terus ketiga-tiga bala itu.

"ADA TAK? AKU CEMAS DAH NI!" Tanya Isaac dengan kuat.

"SABAR. ARDEN APAHAL LINE SLOW SANGAT SINI?!" Jerit Hans pula.

"Kau orang ingat aku ni pekak ka nak terjerit-jerit? Lagi sekali korang jerit, memang aku ikat dekat pokok." Tegang muka Arden.

"YES AKU DAH BOOKING UNTUK KITA!" Suara Hayden menambahkan api dalam hati Arden.

"Sabarlah abang, tu kan kawan-kawan abang juga." Aurelia mengusap lengan suaminya sambil tergelak kecil.

"Pastikan aku tak nampak muka korang bertiga nanti. Aku nak pergi honeymoon pun nak mengacau." Arden memberikan amaran.

"Ai ai sir!" Serentak mereka bertiga bersuara.

"Dah boleh balik kot. Aku nak berdua dengan isteri sendiri kat rumah pun tak senang." Kata Arden.

"Yelah ingat kita orang hadap sangat ka datang sini?" Zarif menjawab sambil menjeling Arden.

"Apa kau kata?" Arden bangun dari duduknya dan terus melangkah kearah Zarif.

"Eh mana ada kata apa-apa! Gerak dulu bye!" Terus Zarif berlari keluar.

"Yang korang ni? Nak kena halau?" Arden memerhati Isaac, Hans dan Hayden bersilih ganti.

"Sabarlah. Bye Aurelia. Thankyou layan kita orang baik. Bukan macam suami tak guna you tu." Kata Isaac.

Arden terus mengejar Isaac yang telah pun lari selepas berkata-kata.

"Abang!!!" Jerit Aurelia sambil tersenyum riang.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now