EC:AA1

11.6K 280 21
                                    

SEKETUL Ayana Nayla keluar dari pasar raya dengan menjinjing beg plastik berisi barang keperluan hidup.

Gadis itu berpakaian serba hitam. Seluar jeans, baju hitam berserta dengan jaket kulit miliknya menambahkan lagi aura misteri gadis itu.

Semua orang yang berselisih dengannya akan memandangnya dua kali, walaupun gadis itu memakai mask, kecantikannya tidak dapat dibedung.

Tetapi, gadis itu mempunyai satu masalah. Apa masalahnya?

Dia cepat catch feeling!

Kerana itu, dia tidak bersosial dengan sesiapa pun. Kerana dia tahu, sekali dia catch feeling... Maka dia akan mengejar lelaki itu sehingga dapat !

"Hishhh kenapa aku bawak motor hah harini!" Rungut gadis itu apabila dia tiba dihadapan superbike miliknya.

"Heh ni Ayana Nayla lah! Everything is possible," ujar gadis itu lagi. Terus dia mengeluarkan beg galas dari bahagian dalam motor tersebut dan menyumbat sebanyak mungkin keperluan yang dibelinya tadi.

Kemudian, gadis itu menggalas beg itu dan menyarungkan helmetnya dikepala. Lalu dia naik keatas superbikenya.

Side mirror dibetulkan sebelum dia tersengih sinis. Dengan kelajuan sepantas kilat, superbike tersebut membelah jalan!

"Why can't you hold me~ In the street~ Why can't I kiss you on the dance floor~" nyanyi gadis itu dengan penuh penghayatan.

Maklumlah ek malam-malam ni nak nyanyi sampai keluar anak tekak pun tiada siapa akan marah MUAHAHAHA !

"I wish that it could-" nyanyian Ayana terhenti apabila ada superbike lain yang menghimpit superbike miliknya.

"Eeee dia ni kenapaa! Dengan helmet telinga rabbitnya... Tarik kang haa!" Marah gadis itu.

Tiba-tiba, ada traffic light. Maka, sebagai penunggang yang berhemah, gadis itu pun berhenti. Takkan nak jalan buduh-

Disebelahnya, ada si helmet rabbit itu!

Selain daripada senang catch feeling, Ayana juga sering melakukan perkara tanpa memikirkan akibatnya.

Disebabkan gadis itu geram dengan si rabbit yang menghimpitnya tadi, gadis itu bertindak menarik telinga rabbit tersebut.

Terteleng kepala pemilik telinga itu.

Nasib Ayana baik apabila lampu bertukar hijau- terus dia memecut laju HAHAHAH GHISAU SI RABBIT TU NAK CABUT TUDUNG AKU PULARK !

TIBA-TIBA !

BAM !

Superbike Ayana dihentam kuat dari belakang oleh sebuah kereta Myvi. Ayana yang tidak dapat mengawal keseimbangan, terbabas ditepi jalan.

Kakinya ditimpa superbike, kepalanya terhentak kuat.

"Arghhh!" Gadis itu mengerang kuat. Helmetnya dibuka. Dia melihat kereta Myvi tersebut berlalu pergi!

Setelah 5 minit terbaring, Ayana perlahan-lahan mengumpul kekuatan untuk bangun.

"Kau tunggu Myvi, semoga tayar kau hilang empat-empat bijik tu!" Sumpah gadis itu.

"EEIHHH BERAT LA DIA NI PUN!" Marah Ayana apabila usahanya untuk menolak superbike dari menimpa kakinya itu tidak berhasil.

Ditepuknya kepala superbike itu kuat.

"Ya Allah cik! Awat jadi laguni? Ni mesti kifarah cik tarik telinga saya tadi kan," ujar satu suara garau yang entah muncul dari mana.

Jejaka itu mengangkat superbike milik Ayana daripada terus menimpa kaki gadis itu.

ENCIK RABBIT !

Ayana terpana dengan tingkahlaku jejaka itu. Hatinya berbunga-bunga! Cinta pandangan pertama!

"Cik okey tak?" Soal lelaki itu lagi sambil mencangkung disebelah Ayana yang masih terduduk itu.

Ayana merenung Encik Rabbit itu tak lepas.

"Hello? Cik orite ka dak ni?" Soal jejaka rabbit itu lagi. Tangan dilambai-lambai dihadapan muka gadis itu.

"What are we?" Soal Ayana selamba. Kini giliran jejaka itu yang terpinga-pinga.

"Hah?"

"What. Are. We?" Soal Ayana satu persatu.

"Apa yang what are we? Cik okey ka dak ni? Baru terhentak sikit dah gila ke apa?" Soal jejaka itu pening.

Dia membuka helmetnya. Terpegun Ayana dibuatnya!

OMG HENSEM NAK MAMPUS !

"Hensemnyaaaa! Jom couple!" Ajak Ayana selamba.

Si rabbit itu mula bangun daripada posisi cangkungnya... Seram aih pompuan ni! Tanpa apa-apa, jejaka itu jalan dengan pantas kearah motornya yang berada beberapa tapak dari lokasi Ayana.

"Hoi tunggulah!" Panggil Ayana. Terus gadis itu bangun menghiraukan sakit kakinya lalu mengejar langkah jejaka itu.

"Tak yang kau ni kejar aku kenapa?!" Soal jejaka itu cuak tak cuak. Tiada lagi panggilan sopan.

"Takkan aku tolong angkat motor, kau dah catch feeling kot?!" Ujar jejaka itu lagi.

"Siapa suruh tolong angkat! Kan aku dah catch feeling, takde aaa ni semua salah kau, tanggungjawab aaa!" Marah Ayana kembali.

"Wey kami tak salah dalam hal ni! Tu perasaan kau, kenapa aku yang kena tanggungjawab?!" Gaduh jejaka itu. Dia sudah naik keatas superbikenya.

"Kalau kau tak bertanggungjawab... Aku akan pastikan, hidup kau takkan tenang... Firdaus," ujar Ayana dengan senyuman psiko.

Pucat terus wajah jejaka yang diberi nama Firdaus itu!

"M-Macam mana kau tahu nama aku?!" Soal Firdaus tergagap-gagap.

"Tu kat ekzos motor kau ada tulis," balas Ayana sambil tersengih. Firdaus melihat ekzos motornya.

MANA ADA NAMA SIOT !

Dia berpaling kearah Ayana semula. Jantungnya hampir luruh apabila melihat kelibat Ayana sudah menaiki superbike milik gadis itu..

WEY BAPAK AH CEPAT GILA PEREMPUAN NI JALAN !

Ayana menyarungkan helmetnya.

"Kau jangan pelik la mana aku tahu nama kau, Firdaus. Oh by the way dompet kau dekat dalam ekzos motor tu. Jangan tanyalah macam mana aku buat hehe!" Ujar Ayana lalu ketawa.




Hero dah greenflag, heroin pulak psychopath. Lantak hampa la- asal bahagia !

🌸-natarysss-

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now