Dari jauh, enam kapal nelayan yang bersaiz sederhana besar bergerak menuju ke sempadan laut Thailand,

“ OCEAN, ALPHA dan BETA akan tunggu di sisi kapal kedua dan ketiga, engkau dan anak buah engkau akan pergi ke kapal yang ketiga, daripada pihak atasan, dadah tu ada dekat situ, Aku tak rasa diorang nampak kita, plus sekarang tengah malam, kalau boleh guna russian silencer sewaktu shoot, did you copy that ocean?”

Zar mengangguk tanda memahami, isyarat tangan dibuat kepada ketua BETA

“Maksudnya kita kena turun, berenang ke sana and conquer kapal nelayan-nelayan tak guna tu?”

“ Haa laa, hang rasa ada cara lagi baguih ka? Takkan kita nak pi dekat dengan kapal depa kot? Memang la kita semua ni gelap tengik, tapi takkanlah nelayan tu bodoh sangat sampai tak perasan?”

Arthar membidas soalan Endika Ukasyah, jelas dari raut wajahnya bengang dengan soalan bodoh kawanya ini, hairan juga dirinya bagaimana lelaki seorang ini boleh terlepas dengan latihan keras tentera untuk memasuki pasukan elit ini,

“ Harini Zar tak keluar lagi loghat utara dia”

Qa’id berkata perlahan, mata mereka tertumpu pada wajah Zar yang sedari kemarin, lebih tegang berbanding biasa,

“Enough with talk, kita kena pergi sekarang”

Seorang demi seorang turun daripada bot tempur itu lalu berenang perlahan menuju ke kapal nelayan itu, Zar yang di hadapan sekali membuat isyarat sebentar kepada ahli nya yang lain, matanya melilau melihat persekitaran pada bahagian dalam kapal itu, hanya dua orang sahaja yang berkawal di dek atas, lalu dia mengangguk,

Dengan langkah yang senyap dan tangkas, mereka memanjat menaiki kapal itu, lalu Zar menghampiri lelaki yang paling hadapan,

Ditekup mulutnya pantas dan sebelum sempat lelaki itu bertindak, dia menembak tepat pada bahagian jantung lelaki itu hingga dirinya terkulai layu,

Matanya memandang ke arah dua rakanya yang lain, mereka juga berhasil,

"Aku rasa depa kat bawah" Arthar berkata perlahan, isyarat tangan menunjuk ke arah satu pintu bilik yang terletak hujung bahagian kapal,

"Someone kena tunggu atas dek ni"

"It's ok, korang berempat pergi, Aku stay sini, plus, someone need to cover here, plus team ALPHA and BETA baru seludup masuk ke kapal kedua dan keempat"

"Kau sure mantis?" Dipegang kejap bahu mantis, terbias rasa risau pada bening mata Zar, memang serkiranya dilihat kedua nelayan itu sudah dijemput ajal, namun mereka tidak boleh leka,

" You know I'm the best shooter"

"Alright, hati- hati"

Kaki mereka menapak masuk ke arah dalam bahagian kapal nelayan, sunyi, tiada langsung sebarang suara percakapan, hanya terdengar deruan nafas mereka,

"Dika"

Isyarat diberikan, Endika lantas mengangguk, dikeluarkan alatan penjejak bom, negatif, tiada bunyi yang terhasil,

"Negatif, tiada bom, pintu ni selamat untuk dibuka ocean"

Tombol pintu yang ingin dipulas Endika secara tiba-tiba ditembak dari arah dalam, menyebabkan tanganya terluka dek peluru pistol menembusi kulit tangannya,

“ Shit!” getusnya perlahan

“ DOWN!DOWN!” jerit Zar apabila pintu itu ditembak secara bertubi-tubi, menyebabkan ianya sudah berlubang-lubang kayunya,

“ Weh nelayan tu tak bodoh, depa pandai” Jerit Arthar, keempat-empat mereka segera berundur ke belakang,

Peluh menitik membasahi dahi, cemas seketika dengan keadaan mereka, Zar menatap satu persatu ahlinya, good, tiada yang terkena tembakan dan terluka parah

“ Endika, good?’

“ Hang nampak aku ok ka gila?” balasnya perlahan, darah pekat menitik ke lantai kapal,

“Mung semua maghi sini” jerit salah satu penjenayah di dalam bilik itu,

“Memang dok arr” balas Endika, geram kerana peluru mereka menembusi isi kulitnya,

“ Zar, macam mana ni,” mereka takkan mampu merampas dadah- dadah itu kalau para nelayan itu tidak mahu bertolak ansur dengan mereka, tiada pilihan selain harus menembak mati,

Digapai walkie talkie lalu saluran kecemasan dibuka,

“ Permission to shoot until died captain”

Walkie talkie itu masih dipegang erat, masih menunggu walaupun mereka semua dengan jelas mendengar derapan langkah kaki penyeledup dadah itu semakin menghampiri mereka,

“Permission granted’

Secepat kilat, Zar megambil bom jenis pemedih mata, ditarik picu lalu dilempar laju di dalam ruangan bilik itu, terdengar ruangan kesakitan,

“ NOW!”

Lalu sepantas yang mereka boleh, dikilas tangan penyeludup dadah itu apabila mereka cuba melawan, diambil pistol jenis PB lalu dihala ke arah dada penjenayah,

“ BANG”

“ Zar tunduk, belakang hang” secara refleks badanya menunduk, Endika lantas menembak salah satu daripada penjenayah yang cuba menyerang secara mengejut, pisau kecil ditarik perlahan daripada celah lipatan seluar apabila ada yang cuba menusuk perutnya”

“ Surrender” arahnya perlahan,

“ Babbey mung ni”

Urat tegang jelas kelihatan di dahinya, susah, sangat menyusahkan apabila menghadapi musuh seperti ini, tidak mahu bertoleransi langsung padahal mereka sudah cuba menyelesaikan dengan cara yang baik,

Dirinya juga ada had kesabaran,

“ Hang duk diam-diam hang lagi mangkaq dari dua kawaq nie”

Duduk senyap-senyap, engkau lagi tidak berguna dari dua pencuri ini

Bidasnya geram, badanya dibawa ke belakang sedikit apabila lelaki di hadapanya ini bertindak menikam bahunya, lalu dengan pusingan 360 darjah, dia menendang bahu lelaki ini hinggakan pegangan pisau itu tercampak jauh,

Lalu dengan segara Zar menikam tepat pada kaki lelaki itu hinggakan dia jatuh tertunduk, tanganya dibawa ke atas tanda menyerah,

Diliar pandangan matanya ke arah sekeliling, ada dua daripada penjenayah ditembak mati, selebihnya sudah mengangkat tangan ke udara,

Qa’id juga sudah menemukan dadah seberat 30 kilogram itu, diletak di dalam bekas yang berisi ais, lalu ikan segar diatasnya sebagai taktik penyamaran,

Dihela nafas perlahan, diambil walkie talkie kembali di sebalik poket uniform,

“ GAMA done, we found the drugs”

“ Well Done”

ZARWhere stories live. Discover now