"Assalamualaikum." Dia memberi salam sebelum masuk ke rumah. Matanya sempat menangkap sepasang kasut lelaki yang tidak dikenali.

"Ha balik pun, ingatkan ke mana tadi." Tanpa menjawab salam, terus Encik Harith berkata.

"Maaf papa, Talia ajak keluar makan." Perlahan Aurelia berkata. Pandangannya dikalih pula ke arah seorang lelaki yang membelakangkannya.

"Sini, mama dengan papa ada benda nak bagitahu." Puan Zarina memanggil anaknya ke ruang tamu.

Dia menapak sambil menunduk menghampiri mereka, lalu melabuhkan duduk di sebelah mamanya, berhadapan lelaki itu. Kepalanya didongakkan, matanya terus terbuntang.

"Arden?" Aurelia menuturkan nama itu.

"Papa ada benda nak cakap. Papa taknak dengar apa-apa bantahan dari Lia. Faham?" Encik Harith merenung tajam anaknya.

Aurelia terus mengalihkan pandangan ke arah papanya pula.

"Apa dia papa?" Jantungnya berdetak hebat. Tangan yang menggigil digenggam.

"Papa nak kamu kahwin dengan Arden. Sebelum kamu mengandung, lepastu berita kamu dirogol tersebar, lebih baik papa cegah siap-siap." Ucap Encik Harith.

Aurelia terdiam. Betulkah apa yang telinganya dengar?

"Apa...papa cakap ni?" Tergagap Aurelia.

"Kahwin dengan Arden! Itu keputusan muktamad papa!" Tegas suara itu berkata.

"No! Apa ni papa? Lia taknak!" Aurelia melawan kata papanya.

"Lia, papa buat demi kebaikan Lia, tolong dengar cakap papa. Ini pun permintaan terakhir mama untuk Lia. Tolong tunaikan Lia." Puan Zarina memujuk anaknya.

Aurelia yang terdengar suara lirih mamanya terus terdiam. Berkahwin? Arden? Mata dikalihkan ke arah Arden yang diam sedari tadi. Wajah itu kelihatan sangat tenang, lagi menyesakkan dadanya.

"Tapi mama, Arden bukan Islam." Aurelia berkata, mungkin papa dan mamanya terlupa.

"I am a muslim now." Celah Arden yang membuatkan Aurelia terpanar lagi.

"Terima ya Lia?" Pujuk Puan Zarina lagi.

"Bagi Lia masa mama. Tolong bagi masa boleh?" Tanya Aurelia perlahan. Kepalanya tidak mampu berfikir. Arden dah masuk Islam? Tapi bila? Dan kenapa mama papanya bersikap begini?

"Tebus balik salah Lia dengan terima Arden. Itu saja permintaan mama." Terus Puan Zarina bangun dan beredar diikuti suaminya.

Aurelia hanya mampu diam dan kaku di situ. Tebus salah? Adakah semua yang terjadi memang benar salahnya? Tanpa dia sedar, air matanya menitik.

"Aurelia.." Arden memanggilnya.

"Please Arden, saya tak faham apa-apa. Saya taknak kahwin dengan awak. Saya tak terfikir untuk berkahwin dengan siapa-siapa pun sekarang ni." Terus Aurelia berterus-terang.

"I know. Aku cuma nak jaga kau." Ucap Arden, matanya merenung setiap sudut wajah merah Aurelia yang sedang menangis. Tangannya digenggam erat.

"No! Saya tak perlu siapa-siapa untuk jagakan saya." Nafi Aurelia.

"I'll give you time Aurelia Rose." Terus Arden bangkit dan kaki mula melangkah.

"Where have you been? Seminggu saya tak nampak awak, bukan takat awak, bayang-bayang pun tak ada. Dan sekarang ni, awak datang sini untuk kahwin dengan saya? Apa yang awak fikirkan ni Arden Nolan?!" Tengking Aurelia.

Langkah kaki Arden terhenti, dia mengeluh. Kepala ditoleh perlahan ke arah wanita itu semula.

"I'm sorry stellina. Aku tahu aku tak ada selama ni. Tapi bersebab. Aku pergi dulu. Jaga diri kau. And please, dry your tears." Habis berkata-kata, terus dia melangkah keluar.

Aurelia hanya berdiri kaku memandang tubuh tegap itu pergi. Air matanya mengalir lagi. Dia keliru! Dia buntu!

Beg tangan di atas sofa diambil dan terus menuju ke atas. Tiba di anak tangga terakhir, dia terserempak mama papanya.

"Lia." Tegur Puan Zarina.

"Apa lagi mama nak?!" Aurelia tengking mamanya tanpa sedar. Kepalanya penuh dengan masalah.

"Kenapa Lia marah mama pula? Mama cuma nak yang terbaik untuk Lia sayang." Perlahan nada mamanya berkata.

"I'm not angry ma. I'm in pain. You both put me here. The person who supposed to love me more than anything!" Air mata Aurelia mengalir laju saat menuturkan kata.

"Sampai hati mama suruh Lia kahwin hanya untuk tebus salah Lia. Salah Lia mama papa kata? Salah Lia ka Lia dirogol? Salah Lia ka Lia mama papa tak percayakan Lia? Salah Lia ka Lia tak mampu lawan lelaki tu?!" Tersedu-sedan Aurelia.

"Tak apa, Lia terima keputusan mama papa. Lia tak tahu dekat mana salah Lia sampai Lia difitnah. Lia kahwin, Lia keluar rumah ni. Lia minta maaf sangat kalau dah malukan mama papa. Lia minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang terbaik. Lia masuk dulu." Habis saja menuturkan kata, terus dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik terus ditutup selepas dia melangkah. Tubuhnya tersandar di pintu, lalu melorot jatuh ke bawah. Tangan menekup mulutnya, mengelakkan dari bunyi tangisan. Sungguh dia sudah penat.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now