"Kenapa dengan Husna? Cakap dekat abang, kenapa?!" Soal Dato Idris,  sudah tidak sabar. Bahu isterinya digoncang-goncang. Memaksa untuk meneruskan ayat.  Biarpun dia dapat rasakan, ayat yang bakal disambung itu bakal membuat dia jatuh terduduk dengan lemah.

"Husna..." Datin Khadijah mengangkat wajah, merenung mata suaminya dengan air mata palsu yang bertakung di bawah kelopak mata.

"Dia terjatuh semasa naik bot dengan saya..."

"Allahuakbar..." lutut automatik terasa longlai. Tangan terus dibawa ke dada. Merasakan sakit yang mencucuk ke jantungnya, hampir membuat dia hilang nafas. Sesak. Dato Idris menggeleng kepala tidak percaya. Seluruh fikirannya tidak dapat berfikir lagi.

"Abang!" Cepat-cepat Datin Khadijah berpaut lengan suaminya saat melihat Dato Idris yang hampir tumbang ke pasir.

Mia pula masih lagi terkesima. Dia kematian kata. Apa yang baru sahaja didengar tadi, buatkan dunianya terasa terhenti. Tanpa sedar, air mata mengalir dengan perlahan.

"Ma... macam mana Husna boleh jatuh? Kalau betul dia jatuh kenapa Datin terus tinggalkan dia?!" Soal Mia. Nada suaranya agak meninggi. Tidak boleh menerima kenyataan. 

"Datin tahukan Husna tak boleh berenang?!"

"Ya, saya tahu! Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Suasana di laut tadi terlalu gelap. Saya tak nampak dia jatuh ke mana. Sebab itu saya datang ke sini untuk minta bantuan. Tolonglah, bagitahu staff Ocean Resort untuk cari Husna sekarang... saya takut apa-apa jadi dekat dia. Harap sangat dia kuat dan masih boleh bertahan dekat sana. Kalau kita lambat, mungkin dia akan..."

"Mia..." Lemah suara Dato Idris memanggil. Dia tidak sanggup untuk mendengar perkataan itu.

Mia menoleh memandangnya.

"Tolong bagitahu Tan Sri Raqib tentang hal ni. Minta dia untuk turunkan beberapa orang pekerja cari Husna sekarang! Kita tak boleh berlambat lagi..."

Mia angguk kepala tanda menerima arahan.

"Baik, Dato!" Baru sahaja Mia hendak berlari meminta bantuan, langkahnya terhenti saat melihat Tan Sri Raqib dan Nathan sedang menuju ke arah mereka. Tepat pada masanya!

Mereka juga nampak tergesa-gesa.
Tercungap-cungap nafas Nathan saat tiba di hadapan Mia.

"Baguslah, Encik Nathan ada dekat sini. Tolong selamatkan Husna sekarang. Dia terjatuh ke dalam air masa naik bot! Kalau boleh arahkan semua pemandu bot yang ada untuk turun ke laut sekarang! Please... Husna tak pandai berenang..." rayu Mia. Hiba bercampur resah. Dia tidak boleh memikirkan perkara positif sekarang.

"That's why I'm here. Saya dengar ada satu bot keluar tanpa minta kebenaran dari pihak resort terlebih dahulu." Kata Nathan.

"Maafkan saya. Saya yang guna bot tu." Datin Khadijah mencelah. Membuat pengakuan. Kepala menunduk menikus ke bawah penuh rasa serba-salah. 

"Tapi kenapa? Kenapa Datin tak minta kebenaran pihak resort dahulu? Datin tahu tak cuaca malam ni tak elok? Ditengah pulau sana mungkin air laut tengah bergelora!" Herdik Nathan, geram.

Tatkala Datin Khadijah hanya diam. Sedar akan silapnya. Ya. Dia tahu cuaca malam ini tidak elok. Sebab itulah malam ini yang menjadi pilihan untuk campak Husna ke laut. Dalam tak sedar, bibirnya tersenyum sinis. 

Memang tiada harapan untuk wanita itu hidup!

Mia geleng kepala. Sekarang bukan masanya untuk berbincang Soal bot. Mereka perlu turun ke laut sekarang untuk selamatkan Husna. Jika benar cuaca malam ini tidak elok, maka mereka harus lebih pantas bertindak.

"Boleh tak kita bincang pasal bot tu lain kali? Sekarang ni Husna ada dekat sana!  Dia tengah tunggu bantuan kita! Please, arahkan pemandu bot untuk turun cari dia sekarang!"

"Tak. Tak boleh..." Tan Sri Raqib mencelah. Kepala digeleng.

Dahi Mia berlapis. Kenapa pula?

"Sekarang air laut memang kuat. Kalau arahkan staff untuk turun padang, mungkin nyawa mereka dalam bahaya. Keselamatan mereka juga kita kena jaga. Tak boleh bertindak ikut suka hati sahaja."

"And how about Husna? Dia pun dalam bahaya sekarang! Takkan nak tunggu di mati lepas itu baru kita nak pergi selamatkan dia?!" Soal Mia, bengang. Dia tidak mampu berfikir secara rasional sekarang. Tubuhnya terasa seperti dirasuk hantu. Emosi juga mungkin tak terkawal.

Tan Sri Raqib mengeluh berat. Sebelah tangan meraut wajah. Cuba memikirkan rancangan yang lebih baik supaya tiada nyawa yang harus terkorban. Sesekali anak mata melihat ke arah bot-bot yang terparkir kemas ditepi jeti. Semuanya bergoyang-goyang dek tolakan air laut dan saling berlaga sesama sendiri.

Namun, keningnya berkerut tatkala melihat ke arah hujung kanan sana. Sepatutnya ada satu lagi bot laju disitu. Bahkan tali yang mengikat bot juga terlerai. Bukan disebabkan terputus, melainkan ada seseorang yang menanggalkannya. 

Terus pandangan Tan Sri Raqib beralih ke arah Nathan yang berdiri disebelah.

"Raf ada dalam bilik ke tadi?" Entah mengapa, wajah anak sulungnya yang muncul di kepala sekarang.

"Rasanya dia dah balik tadi.  Katanya ada urgent. Kenapa?" Nathan tertanya-tanya. 

Tan Sri Raqib terdiam. Muka masih berkerut. Urgent? Dia tak rasa anak sulungnya sanggup redah lautan balik ke kampung itu dalam cuaca buruk begini. Lelaki itu sendiri boleh fikir yang nyawanya mungkin bakal tergadai ditelan badai. Melainkan, dia sanggup turun demi sesuatu yang lebih penting daripada segala-galanya.

Tetapi apa?

Atau siapa?

MR PIRATE [Complete]Where stories live. Discover now