Nuh mencebik.

''Merepeklah kau ni Luq.'' Nuh merebahkan belakangnya ke tilam. Capai semula telefonnya, malas melayan Luqman merepek. 

''Aku tak merepek saja-saja la Nuh. Kalau tak, kenapa kau beria-ria marahkan Nia bila Nia lebihkan orang lain dari kau?''

Nuh jeling Luqman. Tangan masih bermain-main dengan telefonnya. Malas mahu terus melayan Luqman berkaitan dengan topik 'perasaan'. 

'Aku sukakan Nia? Rasanya tak. Tak kan lah aku boleh suka dengan budak mentah macam tu, huh! Tapi... kenapa hati aku rasa sakit tiap kali aku lihat Nia bersembang dengan lelaki lain selain dari aku? Kenapa aku marah bila Nia tidak percayakan aku dan Nia cuba pinggirkan aku?' Arghh gasaklah! 

'Honestly, i always feel jealous whenever you give someone the kind of attention that i want from you.'

''Nuh, sebelum kau lupa, aku nak ingatkan. Tempoh 2 minggu kau dah berakhir.'' Tiba-tiba Luqman mengeluarkan topik panas itu tatkala fikiran Nuh masih berserabut fikirkan tentang Nia.

Nuh segera panggung wajah ke arah Luqman. Luqman membalas pandangan Nuh dengan pandangan suram.

Nuh angguk perlahan, matanya dilarikan ke skrin telefon semula.

''Ya.. aku tahu.'' Nuh membalas mendatar tanpa emosi.

''Aku minta maaf Nuh.'' Luqman mengetap bibir, dia dalam dilema.

''It's okay Luq. Aku tahu kau tentu ada alasan kau sendiri.'' Nuh menutur tanpa menoleh pada Luqman yang tengah berdiri menghadapnya. 

Sunyi menyinap antara mereka sebelum terdengar Luqman mengeluh berat.

''Nuh, aku nak akhiri semua ni... tapi aku tak tahu macam mana caranya. Aku cuba cari jalan untuk lepaskan diri aku tapi aku tak mampu Nuh. Aku terpaksa buat semuanya padahal aku tahu kau dah cukup terseksa dengan cara hidup kau selama ni. Kau tak pernah ada kebebasan hidup macam orang lain. Kau tak pernah bebas walaupun kau dah jauh beribu kilometer dari dia tapi sebab adanya aku sebagai bayang-bayang kau, kau tak pernah rasa nikmatnya bebas tu. Aku minta maaf Nuh sebab aku selalu ada jadi bayang-bayang kau.'' Tiba-tiba Luqman bersuara, cuba meminta pemahaman dari Nuh tentang kedudukannya.

Nuh lihat Luqman sekilas, sebelum menjawab.

''Dan kau pun sebenar tak suka jadi bayang-bayang aku kan?"

Luqman tidak membalas. Nuh bangkit, tegakkan duduknya di birai katil sambil tatang Luqman yang sedang berdiri itu.

"Aku tahu kau pun tak suka jadi bayang-bayang aku Luq. Kau bukan lagi Luke yang selalu ada di mana saja aku ada, Luq.  Kau Luqman Firdaus. Lelaki yang terpaksa jadi bayang-bayang aku. Bila aku masuk club, kau terpaksa ikut masuk juga walaupun kau tak digalakkan masuk ke sarang maksiat macam tu. Tapi demi tugas kau, kau terpaksa ikut segala kehendak aku. Setiap kali aku mabuk, kau yang kena hadap aku dan bau busuk semua tu. Walaupun kau sudah biasa sebelum ni tapi bukan lagi sekarang. Kau nak marah aku, kau nak maki aku tapi kau tak boleh. Kau akur dengan aku lepas kau jadi Luq bukan Luke, kawan baik aku. Aku tahu kau buat semua ni bersebab  cuma aku tak tahu apa 'sebab' yang dia sogokkan sampaikan kau sanggup belot dengan aku.'' Nuh menyambung.

Luqman senyum hambar, memang betul apa yang Nuh kata. Ada sesuatu yang dijadikan cagaran dan dia terpaksa meneruskannya demi menjamin keselamatan adik-adiknya.

''Nuh, aku plan nak balik Sabah cuti sem nanti. Aku nak balik ambil adik-adik aku dan berhijrah ke sini. Dekat sana pun kami bukannya ada sesiapa melainkan family kau. Nanti aku nak cari kerja untuk sara adik-adik aku. Sementara aku tak habis study lagi, aku nak cari kerja part-time dulu. Kerja biasa-biasa pun tak apa, aku tak kisah. Janji aku dapat tampung hidup adik-adik aku dekat sini. Aku risau dengan nasib adik-adik aku dekat sana, Nuh. Adik-adik aku...,''

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now