Puan Sri Sharifah berjalan bersama sama yang lain untuk ke bilik. Sampai di koridor aras mereka, dia ternampak Harisa dan Inara yang sedang meluru ke arah mereka.

"Aunty! Zarif! Zarif tarik Liyana masuk bilik!"

Tergamam Puan Sri Sharifah apabila mendengar kata-kata dua gadis itu. Nazifa turut membulatkan mata apabila mendengar nama anaknya disebut. Bagai nak gila mereka berlari ke arah bilik yang dihuni Zarif bersama Mikayla. 

"Betul ke ni Inara? Jadi mana Liyana sekarang? Zarif paksa dia? Apa you all buat!?" tempik Nazifa. 

"Dalam bilik Zarif aunty. Cepat aunty!"

Sampai di pintu tiba-tiba pintu terbuka luas dan Liyana yang dalam keadaan berkemban dan tidak terurus, meluru masuk ke dalam pelukan Puan Sri Sharifah.

"Maklong....." tangisnya kuat.

Mata mata manusia yang berada di aras itu sudah melopong terkejut. 

Puan Sri Sharifah menolak tubuh Liyana ke tepi. Dahinya berkerut seribu. Dia masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Suis lampu ditekan.

"ZARIF!" jerit Puan Sri Sharifah apabila melihat tubuh anaknya tak berbaju sedang berselimut setelah lampu dinyalakan. Bersepah pakaian di lantai bilik itu.

Tengku Zarif bangun terpisat pisat. Kepalanya pening akibat disergah kuat. Dia kerut dahi memandang ke arah mamanya yang sudah memerah muka. Dia berpusing melihat ramai manusia berada di pintu biliknya. Makin rasa sakit kepala apabila melihat Liyana yang sedang berkemban sibuk menangis di pelukan Nazifa, makngahnya. Tergamam dia seketika.

"Zaf, you buat apa dekat anak makngah! You ajak anak makngah buat benda tak senonoh ke?" jerit Nazifa.

"Yana mintak maaf mommy, Abang Zaf paksa Yana... Yaya dah terlanjur dengan abang Zaf..." ujar Liyana dalam esakan.

Melotot mata Tengku Zarif mendengar ayat yang keluar dari mulut sepupunya itu.

"KAU CAKAP APA NI LIYANA!!!!" Tengking Zarif keras. Dia cepat cepat bangun menarik comforter. Dia tadi hanya tidur dengan boxer sahaja. Mahu sahaja dia meluru untuk menumbuk muka perempuan gila itu.

Harisa dan Inara sudah sembunyi senyum. Seronok melihat lakonan rakan mereka. 

"Abang! Abang paksa Yana tadi! Yana dah tak suci sebab abang!" 

Berdiri bulu roma Zarif mendengar kata kata Liyana.

"HEY CELAKA! KAU MENGARUT APA NI?!" kuat dia menengking sepupunya itu. Pening kepalanya makin teruk gara-gara amarah yang memberung.

"Zarif! Kamu kena tanggungjawab dengan apa yang kamu dah buat! Kamu kena kahwin dengan Yana!" amuk Nazifa yang bengang apabila anak saudaranya itu mengaku salah.

"ZAF TAK ADA BUAT APA APA PUN DENGAN ANAK MAKNGAH TU!"

Matanya dipalingkan ke arah Puan Sri Sharifah yang sudah terkelu. 

"Mama, percayalah dengan Zaf! Zaf tak ada buat apa apa pun!"

Puan Sri Sharifah telan liur. Matanya sayu memandang riak wajah anak sulungnya itu. Dia yakin Zarif tak bersalah. Tapi keadaan sekarang sangatlah mencurigakan mata mata lain yang memerhati.

"Kenapa riuh riuh ni?" muncul Tengku Zaid pula. Dia bersama para lelaki yang lain baru sahaja naik dari makan malam tadi. Mujurlah para staf dan pekerja diletakkan di bangunan lain. Hanya tetamu VIP sahaja yang menginap di bangunan itu. Mudah untuk tutup mulut.

"Ya Allah apa ni! Liyana! Kamu kenapa? Zarif? Kamu buat apa dekat anak pakngah ni?!" memetir suara Tengku Latif apabila dia turut masuk ke ruangan itu.

"Astagfirullahalazim!" Mengucap Tengku Zaid melihatkan keadaan tidak terurus anak saudaranya serta tubuh Zarif tanpa baju yang dibalut dengan comforter putih.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now