Aurelia hanya membiarkan, saat dia sedar Izz terleka menyentuhnya. Dia terus menendang celah kaki lelaki itu. Dia bangun dan terus berlari ke pintu semula, tubuhnya sakit, akibat terhentak kuat.

Izz terduduk menahan sakit, mukanya merah. Saat matanya terpandangkan Aurelia yang sudah hampir ke muka pintu, terus dia berlari ke gadis itu.

Tidak sempat Aurelia keluar, mulutnya ditekup dari belakang. Dia menggunakan segala kekuatan yang ada namun hampa. Tidak sedikit pun memberi kesan kepada Izz.

Dia diheret ke ruang tamu, wajahnya ditampar sekali.

"Aku taknak cederakan muka kau Lia, sebab aku ada plan lain untuk kau nanti. Now you stay still." Kata Izz, tangan mengenggam kedua-dua tangan Aurelia.

Mata Aurelia mula berpinar, akibat hentakan kuat sebentar tadi dan bergelut, dia hilang tenaganya. Dia memejam matanya, hanya mampu berdoa supaya Allah melindunginya.

Izz memegang tangan Aurelia di atas kepala Aurelia. Dia mengoyak baju kurung yang dipakai Aurelia.

Aurelia menangis dan terus menangis, air matanya tidak henti mengalir di pipi mulusnya. Pegangan yang kuat itu membuatkan Aurelia tidak mampu berlawan, dia sudah putus asa.

"Shhh jangan menangis sayang." Bisik Izz lembut di telinganya.

~~~~~

Izz mengemaskan pakaian di tubuhnya, dia tersenyum sinis melihat Aurelia yang sedang tersedu menangis itu.

"Hey kenapa menangis ni?" Sengaja Izz mengejek Aurelia.

"You raped me! You ruined everything Izz, you f*cked me up. And you're not even sorry?" Suara Aurelia kedengaran sangat lirih.

"Bukan salah I, you yang cabar I. Lupa? Anyway thank you for tonight." Kata Izz, lalu melangkah keluar.

Aurelia hanya terduduk disitu, dia memeluk lututnya, menangis di situ.
Dengan begitu sahaja, mahkota yang dijaganya dirosakkan oleh lelaki yang pernah dia cintai.

Tubuhnya tidak berhenti menggigil, tetapi dia kuatkan dirinya untuk bangkit. Dia perlu mandi! Dia jijik dengan dirinya sendiri! Dia perlu buang semua kekotoran yang ditinggalkan lelaki itu.

Kakinya melangkah perlahan ke atas, tubuhnya yang berasa ngilu diabaikan. Dia menarik nafas dalam setiap langkahnya. Akhirnya dia tiba di biliknya. Kaki terus melangkah ke bilik air.

Air pancuran dibuka, saat air terkena wajahnya, dia menghamburkan tangisan lagi. Tubuhnya jatuh terduduk perlahan-lahan di atas lantai bilik mandi. Bahunya terhenjut-henjut menangis. Dia menutup wajahnya.

"ARGHHH!! Aku takkan maafkan kau Izz!" Jerit Aurelia.

"Kenapa aku ya Allah? Aku takut tak sekuat apa yang aku sangkakan." Lirih suara Aurelia berkata.

Dia bangun, membuka pakaiannya. Tangan mencapai bath sponge miliknya. Sabun diletakkan sedikit, dia menggosok tubuhnya kuat, supaya dapat menghilangkan rasa sentuhan jijik lelaki itu.

Akibat gosokan yang kuat, kini tubuhnya penuh luka. Dia hanya abaikan, janji dia dapat buang rasa sentuhan itu.

Hampir sejam dia berada dalam bilik airnya. Akhirnya dia keluar, melangkah ke hadapan cermin. Tangan diangkat memegang wajah sendiri, turun ke leher dan dadanya.

Kesan yang ditinggalkan tidak sedikit pun hilang. Air matanya menitis entah kali keberapa. Dia mendongakkan kepalanya menarik nafas dalam.

Setelah siap berpakaian sempurna, dia turun semula ke tempat maruahnya diragut. Kaki melangkah ke suis lampu dan terus menyalakan lampu.

Saat matanya tertancap pada tempat itu, tubuhnya kembali menggigil. Kaki melangkah perlahan ke situ. Dia mengangkat beg dan barang yang bersepah dan susun semula.

Kaki kemudiannya menapak ke dapur, kain buruk, mop dan bahan pencuci diambil. Dia kembali ke ruang tamu.

Dituang pembersih lantai ke situ. Kesan mahkotanya dicuci, air mata yang menitik diabaikan.

Setelah 30 minit, dia selesai membersihkan semuanya seperi tiada apa yang terjadi. Dia melangkah ke biliknya dan terus baring.

Dia ingin tidur, tapi matanya tidak mampu dipejamkan, dia takut, jikalau matanya terbuka dan ternampak susuk tubuh Izz lagi. Dia takut.

Manakala di tempat lain, lelaki yang telah merosakkan Aurelia itu sedang mendail nombor seseorang.

"Hello? Siapa ni?" Tanya satu suara di sebalik panggilan.

"Izz ni, saya bekas teman lelaki Aurelia, saya pasti uncle kenal saya kan?" Kata Izz, bibirnya tersenyum sinis.

"Ya ada apa? Setahu uncle, Aurelia cakap dah putus dengan kamu." Tanya Encik Harith.

"Ya memang, tapi uncle tahu ka sebabnya?" Sengaja Izz bertanya.

"Apa yang kamu cuba cakap ni? Dia beritahu kami yang kamu tu curang!" Tinggi suara Encik Harith.

"Hahaha uncle diperbodohkan la ni?" Tawa Izz.

"You better straight to the point Izz." Terus tegas suara Encik Harith.

"Aurelia, dia sendiri yang curang dengan saya uncle." Kata Izz, tenang.

"Kamu jangan nak menuduh anak saya macam-macam!" Marah Encik Harith.

"Tak, depan mata saya sendiri, saya nampak Aurelia dengan lelaki lain keluar dari hotel. Kalau uncle tak percaya, uncle pergi cek sendiri anak uncle tu. Tengok lah sendiri apa yang uncle akan nampak." Izz terus menamatkan panggilan.

Encik Harith pula terdiam.

"Zarina! Kita balik sekarang!" Kata Encik Harith dengan kuat.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now