Hampir 3 jam di dalam bilik mesyuarat. Dia melepaskan keluhan berat. Tangannya mengurut dahi dengan lembut.

Dia melangkah keluar dari syarikatnya, kaki menapak ke kereta. Dia terus memulakan pemanduan.

Saat memandu, tangannya mendail nombor Zarif.

"Bro, bagi aku nombor Aurelia jap." Pinta Arden kepada sahabatnya.

"Nak buat apa?" Tanya Zarif.

"Nak ajak kahwin." Jawab Arden mudah, dan sarkastik.

"Kepala otak kau. Kejap aku send." Kata Zarif yang sempat memaki Arden.

Tidak sampai 5 saat, notifikasi telefonnya berbunyi. Terus dia membuka chat bersama Zarif dan jarinya menari-nari pada skrin telefon.

"Is this Aurelia?" Tanya Arden. Risau juga kalau sahabatnya itu mempermainkan dirinya.

"Yes Aurelia's speaking. Who is this?" Tanya Aurelia dengan lembut.

"It's me, Arden. Kau dekat pejabat lagi?" Arden bertanya sambil mata fokus pada pemanduannya.

"Oh awak. Haah, tapi nak balik dah la. Kenapa?" Tanya Aurelia lagi. Pelik juga mana Arden mendapat nombornya.

"Balik dengan apa?" Tanya Arden mendatar.

"Grab." Itu sahaja jawapan Aurelia.

"Cancel kan grab tu. Balik dengan aku. 5 minit lagi aku sampai." Arah Arden.

"Eh awak ni. Suka-suka hati minta orang cancel. Tak baik tau tak!" Marah Aurelia.

"Now Aurelia Rose. Jangan banyak bunyi. I'm on my way." Arah Arden lagi lalu terus menamatkan panggilan. Mulutnya membentukkan senyuman nipis apabila dia terbayang wajah si gadis yang sedang marah itu.

Kereta yang dipandu akhirnya tiba di Zander's. Matanya tertancap pada tubuh si gadis yang sedang berpeluk tubuh.

Dia menurukan cermin keretanya.

"Aurelia. Jom." Arah Arden.

Aurelia menapak sambil menghentakkan kakinya.

"Kejap lah, saya tengah tunggu pakcik grab tu." Kata Aurelia sebaik sahaja dia tiba di hadapan Porsche Panamera itu. Matanya bertemu mata Arden.

"Dah kenapa pula kau nak tunggu dia? Kan aku suruh cancel?" Tanya Arden hairan.

"Entahlah, tengok muka pakcik tu saya rasa tak sampai hati lah pula. Dah tua, saya nak bayarkan ja harga tambang." Jawab Aurelia perlahan. Mana lah tahu pakcik ini sedang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarganya.

Arden terdiam, mata helangnya merenung wajah Aurelia.

"Yang awak tenung saya dah kenapa!?" Jerkah Aurelia. Risau dia melihat renungan itu. Macam nak makan orang.

Arden terus tersedar, dia berdehem bagi menghilangkan rasa malunya.

"Kau masuk dulu kereta. Panas la dekat luar. Kejap lagi pakcik tu datang, kau keluar lah." Jawab Arden.

Aurelia tidak berkata apa-apa, tetapi kakinya melangkah ke bahagian penumpang. Pintu dibuka dan pinggul dilabuhkan pada seat kereta.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Lepastu mana dapat nombor saya ni?" Tanya Aurelia seraya menoleh memandang ke wajah di sebelahnya.

"Nak ajak jumpa parents aku." Jawab Arden dengan muka selambanya. Mulut menyembunyikan senyum.

"APA?! Awak jangan main-main Arden!" Terkejut Aurelia, sudah lah dia tidak tahu apa-apa.

"Parents aku dekat Italy Aurelia. Kau ni pun." Jawab Arden dengan menayangkan muka selambanya.

"Huh menyampah awak ni." Dengus Aurelia.

"Eh pakcik tu dah sampai! Jap eh." Kata Aurelia.

"Eh sabar. Mana satu kereta dia?" Tanya Arden.

"Tu Axia putih." Jawab Aurelia, jari ditunjukkan pada satu arah.

Arden hanya menganggukkan kepala, tali pinggang keledar dibuka.

"Kau duduk sini diam-diam. Kau keluar aku kiss kau." Ugut Arden, memandangkan dia tahu Aurelia sangat keras kepala.

"Eh apasal pula! Saya nak bayarkan tambang dia kan!" Marah Aurelia. Suka-suka hati ugut orang macamtu.

"Shut up." Arden berkata lalu keluar dari keretanya. Kaki panjangnya melangkah ke Axia putih itu.

Aurelia hanya memerhatikan dari dalam kereta. Matanya tidak lepas memandang setiap langkah kaki Arden.

"Pakcik? Saya minta maaf ya. Tak jadi naik grab. Nak cancel kan tak sampai hati pula sebab pakcik dah dekat." Kata Arden setelah cermin kereta pakcik itu diturunkan.

"Eh encik, tak apa lah. Pakcik faham." Jawab pakcik itu. Benar kata Aurelia, sudah tua untuk bekerja seperti ini.

Arden mengeluarkan dompetnya, dia menghulurkan 10 keping duit berjumlah RM50 kepada pakcik itu.

"Nah pakcik, ikhlas dari saya." Kata Arden sambil tersenyum manis.

Aurelia yang berada dalam kereta terkejut melihat jumlah wang ringgit yang Arden berikan kepada pakcik itu. Akibat jarak yang dekat, Aurelia dapat melihat dengan jelas.

"Ya Allah encik, banyak sangat ni. Pakcik tak boleh terima." Jawab pakcik itu.

"Ambil ja pakcik." Arden menarik tangan pakcik itu dan meletakkan pada telapak tangan pakcik itu.

"Ya Allah terima kasih encik. Semoga Allah murahkan rezeki encik." Doa pakcik itu kepada Arden.

Arden hanya mengangguk dan tersenyum manis.

"Saya pergi dulu, hati-hati." Kata Arden lalu melangkah semula ke keretanya.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, suara Aurelia kuat menerjah telinganya.

"Banyaknya awak bagi?!" Kata Aurelia kuat.

Arden hanya mendiamkan dirinya, dia memulakan pemanduan.

"Awak bagi dekat pakcik tu berapa?" Tanya Aurelia lagi, dia tidak puas hati selagi tidak tahu.

"Eh kau ni, sibuk ja. Mana boleh cakap nanti jadi riak." Kata Arden.

Aurelia memandangnya tidak berkelip. Tidak sangka lelaki yang dibesarkan di negara luar ini tahu juga tentang riak.

"Kita nak kemana ni?" Tanya Aurelia. Matanya memandang ke luar semula.

"Siam, nak kahwin lari dengan kau." Jawab Arden mendatar.

"Saya tengah serius ni. Kejap lagi saya terjun keluar kereta kang baru tahu." Jawab Aurelia. Matanya memjeling tajam lelaki di sebelahnya.

Arden melepaskan ketawanya.

"Ambil kereta kau lah. Takkan dah lupa kot?" Arden berkata, matanya kejap-kejap mengerling pada Aurelia.

"Oh mana lah saya tahu dah siap." Aurelia mencebikkan bibirnya.

Telefon milik Aurelia bergetar, dia memandang pada skrin telefon itu.
Dia mengerutkan dahinya.

"Hello?" Aurelia memulakan bicara.

"Seronok keluar dengan lelaki kaya? Patut lah you sombong dengan I." Kata suara itu.

Aurelia melepaskan keluhan. Dia terus meletakkan panggilan. Tak nak ambil risiko di hadapan Arden.

"Siapa?" Tanya Arden.

"Silap nombor." Tipu Aurelia walaupun Arden sudah mengarahkannya untuk memberitahu apa-apa sahaja yang terjadi.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now