"Bodoh! Kau tunggu Lia!" Marah lelaki itu.

Sementara itu di dalam kereta, hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja. Terlalu sunyi. Aurelia berasa rimas dengan kesunyian itu.

"Cakap apa kau nak cakap." Tiba-tiba suara Arden menghilangkan kesunyian itu.

"Eh mana ada saya nak cakap apa-apa." Nafi Aurelia. Kepalanya ditoleh ke lelaki itu. Matanya galak memerhati wajah itu, dari mata, turun ke hidung dan mulut. Sungguh sempurna.

"Dah habis renung muka aku? Nak bawa ke mimpi malam japgi ka?" Tanya Arden yang membuatkan Aurelia tersedar. Dia berdehem.

"Mmm...mana ada! Orang tengok ja. Perasan betul." Nafi Aurelia lagi, sehingga tergagap pada permulaan ayatnya. Terus mata memandang luar.

Tanpa dia sedar, lelaki di sebelahnya tersenyum melihat perilakunya.

"Eh kereta saya tu awak jangan lupa tau panggilkan orang, nanti saya bayarkan." Kata Aurelia setelah teringat akan keretanya.

"Ya lepas hantar kau balik, aku uruskan kereta kau." Jawab Arden mendatar.

"Awak datang asing dengan dorang eh? Bukan korang serumah ka?" Tanya Aurelia, memecahkan kesunyian.

"Tak, aku dari pejabat terus ke sana tadi." Jawab Arden. Ringkas sahaja jawapannya.

Aurelia pula hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau ada sorok apa-apa dari kita orang?" Tanya Arden tiba-tiba.

Aurelia terus tersentak.

"Kenapa tanya macam tu?" Tanya Aurelia perlahan.

"I know you've been hiding something from us. Aku boleh nampak. You better tell me Lia." Ugut Arden ringkas.

"Haih. Saya cuma taknak Talia risau tadi. Sebab itu saya diam. Lagipun bukan hal besar." Jawab Aurelia.

"What was it?" Tanya Arden lagi.

"Izz, dia bukan setakat call dan ganggu saya saja. But he stalked me too, or masih. Saya tak tahu." Beritahu Aurelia tentang apa yang jadi.

"What do you mean he stalked you? Mana kau tahu?" Tanya Arden hingga berkerut dahi itu.

"He send me a package tadi. A box full of my pictures." Jawab Aurelia perlahan. Jarinya dimainkan sesama sendiri.

"WHAT?! And you didn't even bother to tell us?" Marah Arden. Dia mengetap giginya kuat sehingga timbul urat.

"Saya minta maaf, saya cuma taknak siapa-siapa risau. Lagipun saya tak rasa dia akan cederakan saya." Kata Aurelia. Matanya hanya menunduk.

"Tak rasa? Kau tahu kereta kau tadi tu dianiaya orang tau. Kau rasa siapa?" Tanya Arden. Matanya tidak sedikit pun memandang Aurelia.

"Hah? Mana awak tahu?" Tanya Aurelia, dia terkejut juga.

"Itu kesan orang pancitkan tayar kau dengan sengaja. Bukan kesan terlanggar paku atau benda tajam." Jawab Arden.

Aurelia terdiam, tangannya mula menggigil. Arden yang sedar akan hal itu menghela nafasnya.

"I'm worried about you stellina. I'm sorry, I didn't mean to get mad at you." Kata Arden dengan lembut.

"Aku ada, aku jaga kau. Tapi pastikan kau bagitau aku, atau siapa-siapa saja lah kalau ada benda pelik yang jadi. Faham?" Arah Arden.

"Kenapa awak baik sangat nak tolong saya?" Tanya Aurelia sambil merenung wajah itu.

Arden terdiam. Dia memikirkan jawapan terbaik untuk diberikan.

"Dah kau dalam kesusahan. Takkan aku nak tengok saja?" Kata Arden tanpa memandang ke wajah yang sedang merenungnya.

"Terima kasih." Kata Aurelia.

Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, mereka akhirnya tiba di kediaman Aurelia.

"Terima kasih lagi Arden. Hati-hati balik." Pesan Aurelia setelah mengucapkan terima kasih.

Arden hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Kau masuk dulu. Aku tunggu." Arah Arden.

Aurelia terus melangkah ke dalam rumahnya. Setelah pintu ditutup, terus Arden bergerak pulang. Tangan mencapai telefon.

"Hello daddy. I need your help." Kata Arden sebaik sahaja daddynya menjawab panggilan. Waktu disana lebih kurang 4:30 petang.

"What kind of help son? Ada apa-apa jadi ka dekat Malaysia?" Tanya Zander.

"No no, I need two bodyguards from you. I need them to protect someone. Arden tak boleh jaga dia, banyak kerja sekarang." Kata Arden terus dengan tujuannya.

"Protect someone? Who is it?" Tanya Zander lagi, tak pernah-pernah anak tunggalnya ini ambil kisah akan orang lain.

"Daddy please jangan tanya banyak. She needs help. Arden takut tak mampu jaga dia 24 hours." Arden berkata dengan geram. Banyak pula soalan daddynya itu.

"A she?! Wow! Balik Malaysia terus ada girlfriend eh?" Kata Zander dengan teruja. Ini kali pertama anaknya bercakap soal wanita.

Arden menepuk dahinya. Dia terlepas cakap pula.

"I'll explain everything later. Sekarang ni Arden nak 2 orang saja." Kata Arden.

"Okay boleh. I'll send my best men." Kata Zander sambil tersenyum.

"Thanks daddy." Arden terus menamatkan panggilan.

"I am falling for you Lia, tak pernah aku kisahkan perempuan. Kau yang pertama. I'll protect you no matter what." Kata Arden sendirian.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now