Dia melangkah perlahan sambil tersenyum manis.

"Maaf saya terlewat." Kata Aurelia perlahan lalu melabuhkan duduk di sebelah Natalia, dan berhadapan Arden.

"Tak apa, kita orang pun baru sampai ni." Jawab Talia.

Setelah memesan makanan, mereka terus berborak.

"Talia dengan Lia ni dah berkawan lama ka?" Tanya Hayden.

"Haah, dari universiti lagi. Satu course, lepastu sebilik. Terus jadi bestfriend." Jawab Natalia sambil tersenyum.

"Oh patutlah." Kata Hayden sambil kepalanya terangguk-angguk.

"Awak semua ni mesti dah ada pemilik hati masing-masing kan?" Tanya Natalia kepada jejaka-jejaka itu.

"Kenapa cakap macamtu?" Tanya Hans pula.

"Yalah, takkan muka handsome macam ni, takda girlfriend kot. Kan Lia kan?" Tanya Natalia.

Aurelia hanya menganggukkan kepalanya.

"Dorang ni tak pernah bercinta pun Talia." Jawab Zarif terus bagi pihak sahabatnya.

"Biar betul? Tak pernah langsung ka?" Tanya Aurelia terkejut.

"Hmm." Arden hanya mengiakan sahaja.

"Tapi kenapa? Korang takkan tak pernah kot? Peliknya." Tanya Aurelia lagi.

"Kenapa? Sebab kami orang western so awak anggap kami dah biasa dengan perempuan? And dah pernah tidur sekali?" Tanya Hans.

"Errr yaa. Itu yang saya fikirkan. Hehe." Kata Aurelia sambil tersengih.

"Tak, we never been in love. Or in a relationship. And still a virgin." Kata Isaac sambil ketawa.

Aurelia dan Natalia berpandangan sesama sendiri. Agak terkejut mereka mendengar pengakuan lelaki-lelaki itu.

"Kenapa awak semua tak pernah bercinta?" Tanya Natalia.

"We don't know." Jawab Hans mudah.

Aurelia hanya memerhati setiap wajah itu bersilih ganti.

"HA! Saya tahu kenapa! Sebab awak semua gay kan?!" Tanya Aurelia kuat sehingga pelanggan yang lain terus menoleh ke meja mereka.

Hans yang tengah menyedut air itu terus tersedak.

"Aurelia!" Panggil Isaac kuat, mukanya merah menahan malu dipandang pelanggan lain.

"Betul lah kan? Atau korang semua suka antara satu sama lain? Macam Arden dengan Hayden, Hans dengan Isaac haaaa!" Kata Aurelia lagi dengan muka selambanya.

Zarif terus menepuk dahinya.

"Ehem, maaf atas kawan saya ni, sesungguhnya kami lelaki di sini masih lurus ya. Tak bengkok. Terima kasih." Kata Isaac kepada pelanggan sambil berdiri. Serupa pengumuman dah.

"Marry me Aurelia, and I'll prove to you how straight I am." Kata Arden secara tiba-tiba sambil tersenyum senget.

Yang lain pula terdiam dengan kata-kata Arden yang mengejut itu. Tidak pernah lelaki itu ajak orang kahwin!

Aurelia turut terdiam, matanya memerhati Arden yang sedang tersenyum senget.

"Er awak gila? Awak tu non muslim tau, lepastu tiba-tiba ajak orang kahwin. Pelik-pelik." Kata Aurelia.

"PFTTTT! HAHAHAH!" Terus Isaac, Hayden, Hans dan Zarif ketawa.

"Dah kenapa kau orang gelak?" Tanya Aurelia hairan sambil tersenyum manis kepada pelayan yang sedang menghidangkan makanan mereka.

"Awak memang hebat Lia. You're the first woman yang reject Arden tau. Selalunya yang lain menggeletis." Kata Hayden sambil mengelap air matanya yang mengalir disebabkan ketawa.

Arden terus menjeling sahabatnya.

"Manalah saya tahu, kalau dia Islam, boleh lah saya pertimbangkan hehe." Kata Aurelia tersengih.

Arden hanya merenung wajah si gadis yang berhadapannya sambil tersenyum.

"Dah jom makan." Kata Talia.

Mereka pun menjamu selera.

"Ha, Lia, awak marah siapa tadi?" Tanya Zarif.

"Marah? Bilanya Aurelia marah?" Tanya Hans pelik.

"Tadi, masa aku call dia." Jawab Zarif.

"Saya ingat orang lain tadi." Jawab Aurelia mendatar.

"Siapa?" Tanya Arden terus.

"Izz, dia ada call saya sebelum tu." Jawab Aurelia perlahan.

"What? Kenapa tak cakap dekat aku?" Tanya Talia.

"Sebab tak penting pun." Jawab Aurelia lagi. Dia menyembunyikan tentang hadiah yang diterimanya.

"Then apa jadi?" Tanya Arden lagi. Matanya tajam menikam wajah Aurelia.

"Entahla. Dia mental kot. Malas saya layan." Aurelia mengeluh.

"Be careful Lia. You don't know how crazy a man can be when he's in love." Kata Arden.

"In love? I don't think so Arden. Dia hanya tercabar sebab saya tak berikan langsung peluang dekat dia lepas dia curang." Kata Aurelia sambil mengetap giginya.

"That's even more dangerous Lia. Hati-hati lepas ni." Kata Zarif pula.

Aurelia hanya mengangguk. Tiba-tiba dia berasa risau. Dia kembali terfikirkan ugutan Izz terhadapanya. Perlukah dia memberitahu mereka?


HIS EVERYTHING (C)Onde histórias criam vida. Descubra agora