Terdiam Tuan Ahmad Zakri. Kenyataan yang tak mampu dia sembunyikan. Kesilapan itulah yang dibuat bertahun dahulu tapi niatnya cuma satu. Dia mahu memberikan sepenuh perhatian buat isterinya yang tengah menderita melawan kanser. Tapi adakah semua orang akan faham dengan keputusannya?

''Ngah, bukan tu maksud abang...'' kendur suara Tuan Ahmad Zakri.

Salah dia juga tersentuh isu sensitif. Isu hak penjagaan Nia adalah isu yang sangat sensitif bagi mereka sekeluarga. Keduanya berebut mahukan Nia dan yang menderitanya adalah Nia sendiri. Zaman kanak-kanaknya membesar tidak seindah yang lain. Hidupnya penuh dengan 'belajar dan belajar' menerima 'keadaan' baru.

Tuah Ahmad Zakri mendekati adiknya. Bahu adiknya disentuh.

''Angah tahu Nia anak kandung abang dengan arwah kak Lina. Hak abang sepenuhnya dan abang juga wali sah dia tapi rasanya abang juga tak lupa yang angah juga ibu dia. Angah bukan saja ibu saudara dia tapi angah juga ibu susuan dia.'' Datin Seri Roslina melirih, sebak fikirkan anaknya yang seorang itu

''Abang tahu ngah. Abang tak pernah lupa segala kebaikan dan pengorbanan yang dah angah dan Andrew lakukan untuk Nia selama ni. Cuma kali ni, abang rayu dan mintak dari angah bagilah kami peluang untuk jaga Nia macam yang arwah kak Lina amanahkan. Kalau angah rasa kami tak layak jaga Nia sampai bila-bila, cukuplah sampai Nia habis sekolah. Selepas Nia habis sekolah, abang tak kan halang lagi sebarang keputusan Nia kalau dia nak terus stay dekat sini atau pun ikut angah balik London.'' Tuan Ahmad Zakri juga melirih. Tipulah kalau dia katakan dia baik-baik saja kalau Nia diambil oleh adiknya semula.

Datin Seri Roslina kemam bibir, tunak matanya pandang si abang.

''Lagi 3 tahun, kontrak kerja Andrew dekat sana akan tamat dan kami dah decided untuk balik and stay here. Maybe that time, i want her to stay with us again. Like before this.''

Tuan Ahmad Zakri terangguk-angguk. Syukurlah, itu petanda jawapan yang baik dari adiknya. Sekurang-kurangnya adiknya masih bagikan dia peluang untuk terus bersama Nia.

Datin Seri Roslina menunduk menekur lantai. Rapuh jiwanya bila fikirkan kali ini pun dia tidak mampu membawa Nia balik ke pangkuannya. Pasti Khalil Fayyad dan Khayra Faqihah berduka dengan kepulangannya dengan 'tangan kosong'. Tentu suaminya juga kecewa.

''But make a promise with me, abang. Promise me, you will take good care of her. I don't want anything like this happen to her again. That hurts my heart. Can you?'' lirih sedikit nada Datin Seri Roslina. Rapuh betul jiwanya kalau melibatkan Nia. Dia betul-betul rapuh.

''InsyaALLAH angah. Abang janji, abang akan cuba jaga Nia baik-baik. Abang minta maaf sebab dah buat angah susah hati tentang Nia.''

Bibir Datin Seri Roslina tergaris kecil.

''She's my child abang, forever.  She's my lovely daughter. I don't want to lose her.''

Tuan Ahmad Zakri peluk adiknya. Dia tahu betapa dalamnya kasih sayang Roslina terhadap Nia tapi tetap kalah dengan wasiat dan amanah arwah isterinya. 

*                         *                       *

Sementara itu, dari tingkat atas Nia dengar bunyi bising. Jadi dia memasang niat untuk turun jenguk ke bawah walaupun tubuhnya masih terasa letih dan penat. Rehatnya terganggu bila terdengar mereka bercakap dengan suara yang agak kuat dan lantang.

Setibanya di anak tangga terakhir, dia melihat abah sedang memeluk seorang perempuan yang agak berusia. Gaya abah seperti sedang memujuk dan menenangkan perempuan yang mungkin dalam kesedihan. Nia hairan, sejak bila Abah sudah pandai memeluk perempuan lain bersaksikan Mia?

Tapi jauh disudut hatinya, terdetik sesuatu. Nia kenal dengan susuk tubuh itu. Susuk tubuh wanita yang sangat dia kasihi. Tapi, bermimpi di siang harikah dia? Nia mendekat lagi.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now