Tanpa sempat Nia membalas, permintaan panggilan video dari abangnya muncul. Nia tekan butang cancel. Malu nak tunjuk muka dia yang masih ada sisa kesan anafilaksis.

"Kenapa reject video call abang? An-jell tak sudi nak tengok abang ke?" Abangnya sedikit berjauh hati.

"Bukan macam tu abang... An-jell malu. Muka An-jell ni masih lagi bengkak. Mata An-jell, mulut An-jell, pun bengkak lagi. Bacaan blood pressure n pulse An-jell dah normal, Alhamdulillah. Tapi kulit Anjell masih lagi merah-merah," jawab Nia sambil-sambil curi pandang cermin tingkap yang memantulkan sedikit wajahnya.

Tangan Nia naik pegang wajah sendiri. Dia sendiri takut pandang muka sendiri apatah lagi orang lain. Setakat ini hanya Mia dan abahnya sahaja yang dibenarkan berjumpa dengannya selain dari doktor dan jururawat yang bertugas merawatnya. Lain-lain pelawat tidak dibenarkan atas arahan dia sendiri. Rakan kumpulan yang datang melawat pun Nia minta bercakap disebalik tabir. Dia malu.

"Alhamdulillah. Lega abang dengar An-jell cakap macam tu, jadi An-jell bila boleh keluar?"

"InsyaAllah petang nanti doktor cakap An-jell dah boleh keluar. Abang jangan risau, An-jell dah okay."

"Answer my video call, please An-jell..." Abangnya masih merayu.

"I can't do that, abang. I'm ashamed for what has happened to my face now. I don't want you to see me when I’m like this."

"I don't care what happened to you, An-jell. The important thing right now is, I want to see your face. Abang nak tengok macam mana rupa An-jell bila An-jell sakit. Abang nak kenal rupa adik abang bila dia sihat dan sakit. Supaya lepas ni abang tak akan biarkan adik abang jatuh sakit lagi."

"An-jell tak nak abang. An-jell malu kalau abang tengok An-jell macam ni..."

Sekali lagi Nia tekan butang merah bila muncul panggilan video dari abangnya.

"An-jell please answer my video call. Abang nak tengok adik abang. Abang rindu An-jell sangat-sangat. I don't know how to tell you that how much I miss you."

Nia mengalah, akhirnya dia tekan butang hijau kali ini.

"Ya Allah, An-jell!  What was happened to you?" Bersama soalan itu, ada tangisan pecah dihujungnya.

Sungguh dia sangat hiba dan sedih melihat rupa adiknya itu. Nia tak pernah sakit teruk macam ni. Tapi bila adiknya berhijrah ke Malaysia, kulit adiknya jadi terlampau sensitif. Tak pernah dia membayangkan begini keadaan Nia bila Nia sakit. Patutlah sebelum ni, Nia tak pernah tunjuk mukanya bila dia jatuh sakit. Hilang muka comel adiknya. Hilang mata sepet adiknya. Hilang bibir kecik adiknya. Dia menangis di hujung sana.

Dengar tangisan abangnya pecah, Nia bergenangan air mata. Tahu kenapa abangnya menangis. Khalil Fayyad sangat menyayanginya. Sejak kecik mereka bersama sehinggalah kejadian itu memisahkan mereka berlima.

"Abang tak pernah bayangkan An-jell macam ni... Abang minta maaf sebab jauh dengan An-jell. Abang tak mampu jaga An-jell..."

"Abang, abang tak perlu minta maaf dengan An-jell. Ini semua bukan salah abang. Bukan salah abang..."

"An-jell... Please come back here. Stay with us. I can't bear to see you suffer like this again. Your place is here, with us. Not there," rintih abangnya.

Sekali lagi permintaan itu dibuat oleh insan kesayangannya selepas mama. Permintaan supaya dia kembali ke sana dan tinggal bersama tapi mampukah dia? Nia tunduk dengan air mata berlinangan. Membiarkan abangnya melihat dia menangis dan dia juga melihat abangnya menangis. Sama-sama menangis.

Dalam diam Nia akui, demi memenuhi sebuah permintaan arwah ibu ada insan-insan yang terpaksa menangguh derita. Derita sebuah kerinduan.

*                *                   *

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now