Hampir setahun berumah tangga, ibu dibawa pulang ke Malaysia sebaik sahaja abah menamatkan pengajian di sana. Tahun itu juha mereka dikurniakan Mia Jasmine. Kerana ibj sukakan bunga jasmin, ibu menamakan anak-anaknya dengan nama Jasmine jika perempuan dan Jazmin jika anak itu lelaki.

Selang beberapa tahun si kembar lahir. Kesihatan ibu sedikit merosot. Selalu sakit kepala, batuk-batuk, sakit dada sehinggakan ada masanya dia rasa sukar untuk bernafas. Bila lakukan pemeriksaan, doktor sahkan itu salah satu tanda-tanda awal kanser. Terduduk abah bila dengar perkhabaran yang disampaikan oleh doktor itu.

Doktor menasihatkan ibu supaya mengelakkan dari berlaku kehamilan yang seterusnya supaya tidak menganggu proses rawatan penyembuhan kanser. Tapi tiada siapa yang duga, bila ibu sembuh sepenuhnya dari penyakit yang menggerunkan itu, ibu sekali lagi disahkan mengandung. Dan ketika itu, bermulalah kehadiran anak bongsu mereka, Nia Jasmine dalam keluarga Tuan Ahmad Zakri dan Puan Jeslina.

*                *                  *

Soalan Tuan Ahmad Zakri di biliknya tadi kepada Nia membuatkan Nia mengimbau kembali kisah lama. Dan setiap kali terkenangkan itu, matanya merembeskan cecair jernih.
Permulaan kisah percintaan abah dan ibu agak rumit tapi menemui bahagia di akhirnya.

Pasangan itu dikurniakan 3 orang cahaya mata yang dapat menyerikan lagi kehidupan abah dan ibu. Tapi bila hadirnya dia, kehidupan mereka sekeluarga mula menjadi suram dan kelam. Bermula dari dia sebesar kacang dalam rahim ibu sehingga dia dilahirkan. Kehadirannya seolah-olah satu kesilapan buat mereka sekeluarga.

'Kalaulah dia tidak hadir, tentu arwah ibu masih lagi ada, kan?' Nia seolah-olah mempertikaikan takdir Tuhan setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada ibunya.

Sebelum ini mama cuma menceritakan ibu pergi kerana kanser tapi tidak pula mama berterus terang kepadanya kenapa kanser itu boleh menyerang semula sehingga menamatkan riwayat ibunya. Dia tahu cerita itu pun setelah penat bertekak dengan Lya dan Tya. keduanyalah yang membongkarkan semua rahsia yang abah, mama dan semua orang simpan rapi dari pengetahuannya.

"Oi budak kecik, kau buat apa kat sini?"

Suara yang selalu membingitkan telinga Nia menegur, Nia cepat-cepat kesat sisa airmata yang mengalir di pipinya.

Malas hendak membalas, Nia cuma mematungkan diri di balkoni rumahnya. Di tingkat atas, ada satu ruang tamu yang cukup.luas untuk bersantai dan di hadapan ruang itu ada satu ruang terbuka untuk bersantai menikmati panorama alam dan mengira bintang di dada langit. 'Outdoor space'. Ada pintu sliding di situ yang memisahkan ruang tamu dengan ruang yang terbuka itu.

"Hello, aku tanya kau ni budak kecik. Kau buat apa dekat sini?" Suara itu berbunyi lagi. Kali ini dia melangkah ke arah Nia.

Nia berdecit, geram betul dia dengan mamat k-pop ni. Suka sangat ganggu ketenangan dia. Tak boleh ke Nuh biarkan dia merasai suasana aman walaupun sesaat? Dah la siang tadi dah cari pasal, tak kan malam nak cari pasal lagi.

"Awak sibuk kenapa?" dingin Nia membalas dengan suaranya yang kedengaran sedikit lain dari biasa.

Nuh kerut dahi. Serak lain macam je suara budak kecik ni malam ni. Dah kenapa pulak? Nuh deras menapak mahu mengintai wajah Nia yang masih membelakanginya.

"Amboi... aku tanya pun tak boleh ke?" Nuh kian mendekat.

Nia kerling Nuh yang sudah tiba disebelahnya. Nuh tergamam sekejap lihat kedua belah mata Nia basah tapi deras-deras dia mendeham sambil memalingkan mukanya ke arah lain, seolah tidak terkesan.

"Dah awak tu kenapa tak tidur lagi? Esok awak ada aktiviti pagi kan?" Lain pula yang Nia tanya Nuh. Dia bukannya ambil peduli. tentang aktiviti program Nuh, dia cuma terdengar perbualan antara Nuh dan Luqman dengan abahnya di meja makan tadi.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now