Dia terus membuka pintu bilik bosnya lalu berkata, "Maaf encik, saya terlewat sangat harini."

Seketika kemudian dia perasan mat-mat salleh itu ada sekali.
Aurelia menggaru kepalanya.

"Maaf, saya ingatkan encik sorang saja tadi. Hehe, saya sambung kerja dulu ya?" Kata Aurelia lalu menoleh.

Tubuhnya terhenti apabila Arden berada di hadapannya.

"Ketepi sikit, aku nak masuk ni." Kata Arden mendatar.

"Eh sorry." Aurelia memberikan ruang kepada Arden.

"Lia! Masuk kejap." Arah Encik Zarif.

"Kenapa encik? Saya tahu saya salah datang lewat harini, saya minta maaf, betul-betul tak sengaja." Aurelia memohon maaf bersungguh-sungguh kepada bosnya.

"Hey, it's fine. Saya faham. Are you okay? Kalau awak tak sihat, awak boleh cuti Lia." Kata Encik Zarif dengan lembut.

"Oh.. I'm okay... kot. Takpalah encik, saya lagi suka duduk sini dari duduk rumah seorang diri." Kata Aurelia perlahan.

Encik Zarif hanya menganggukkan kepalanya. "Okay lah kalau macamtu, awak boleh sambung kerja."

Aurelia hanya mengangguk dan melangkah keluar dari pejabat itu. Tidak sekalipun dia menoleh memandang yang lain, dia segan kalau mereka sedar dengan matanya yang sembap itu.

Dia kembali ke mejanya dan memulakan tugas seperti biasa. Beberapa minit kemudian, keempat-empat jejaka itu keluar dari pejabat bosnya.

"Lia, mulai harini, Hans akan bekerja dengan kita as arkitek. Yang bertiga ni pula akan bekerja di syarikat Zan's, yang saya selalu ulang alik tu." Kata Encik Zarif.

"Oh okay, dekat Zan's tu bekerja sebagai apa?" Tanya Aurelia.

"Arden as a CEO dekat sana, itu syarikat milik dia. Selama ni saya tolong jagakan saja. Hayden akauntan and Isaac financial analyst." Kata Encik Zarif.

Aku ternganga sekejap, tidak sangka Arden merupakan pemilik syarikat itu, jadi maknanya...

"Eh kejap, habis Zander ni? Milik Arden?" Tanya Aurelia hairan.

"Lebih kurang, cuma saya pemegang saham tertinggi. Jadinya saya lah yang uruskan semuanya." Kata Encik Zarif.

Aurelia hanya mengangguk perlahan sambil bibirnya membentukkan senyuman.

"Mata you sembap, you menangis eh semalam?" Tegur Isaac.

"Engkau ni pun soalan kalau boleh pandai lagi." Celah Hayden.

Aurelia tidak berkata apa, hanya diam sahaja. Perlu ka dia menidakkan? Padahal terang-terangan dia menangis teruk semalam.

"Kita orang gerak dulu lah." Kata Hans sambil bersalaman dengan Zarif. Dia berlalu ke lif untuk ke aras dimana dia bekerja.

Manakala Arden, Hayden dan Isaac berlalu ke kenderaan masing-masing.

"Lia, cancelkan meeting saya harini, saya ada hal kejap. Kalau ada anything urgent terus call saya ya." Arah Encik Zarif.

"Okay, baik encik." Jawab Aurelia.

"And please jangan kerap menangis sangat, takut esok lusa awak jadi kassim selamat susah saya." Kata Encik Zarif, cuba untuk bergurau dengan si gadis yang nampak muram.

"Ish encik ni apa kata macamtu. Yalah terima kasih." Kata Aurelia sambil mendengus.

"Saya gerak dulu." Kata Encik Zarif sambil berlalu pergi.

Aurelia kembali duduk di tempatnya, membuat apa yang patut. Sungguh, dia tidak mampu fokus, kerjanya sedikit sahaja yg dia lakukan, selebihnya hanya termenung dan terus termenung.

Walaupun sudah masuk waktu lunch, dia masih tidak keluar. Dia hanya memakan maggi cup yang telah disediakan di pantry.

"Here you are." Tengah ralit dia makan, Hans datang mendekatinya.

"Eh Hans, kenapa datang sini?" Tanya Aurelia hairan.

"Cari you lah. I tengok meja kosong ingatkan keluar, tapi katanya you ke sini. Kenapa makan ni saja?" Terang Hans panjang.

Ini merupakan kali pertama dia melihat jejaka beku ini bercakap sepanjang itu.

"Malas turun lunch la, jadinya saya makan ni jelah." Jawab Aurelia perlahan.

Hans menarik kerusi berhadapan Aurelia, lalu melabuhkan duduk di situ.

"You're not okay right Aurelia?" Tanya Hans sambil merenung kedalam anak mata berwarna coklat cair itu.

Aurelia terdiam seketika.

"I don't know how to be okay selepas kena betrayed macam tu Hans. Am I not good enough?" Tanpa sedar, Aurelia terluahkan isi hatinya kepada Hans.

"You are more than enough Lia, cumanya you terjatuh hati pada orang yang salah." Kata Hans.

"Jangan difikirkan sangat, you sure taknak makan benda lain? I nak keluar ni." Tanya Hans.

Aurelia hanya menggelengkan kepalanya.

"Terima kasih." Kata Aurelia mendatar.

Hans hanya mengangguk dan berlalu pergi.



HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now