"So macam mana dengan dia?" Tanya Zarif sebaik sahaja Arden masuk ke dalam keretanya.

"Macam itulah, dia menangis lagi tadi." Jawab Arden.

"Lepastu?" Tanya Isaac pula.

"Lepastu apanya. Aku tenangkan dia lah!" Arden geram dengan soalan-soalan yang dirasakan bodoh itu.

Terus keempat-empat kepala menoleh kearahnya.

"WHAT?!" Tinggi suara Arden bertanya.

"Seriously dude? Since when kau pandai tenangkan perempuan?" Tanya Hayden pula sambil tersengih.

"Ah korang tak payah nak fikir lebih-lebih. Takkan aku nak duduk keras macam tiang kot kalau dia menangis?" Bebel Arden.

"Eleh, kita orang nampaklah bro!" Hans mengejek pula.

"Ish nampak apa pula ni?!" Marah Arden.

"Your eyes can't lie bro. You're falling for her." Kata Isaac.

"What? No! Apa benda korang merepek ni. Gerak sekarang aku nak balik." Arden terus memejamkan matanya.

"Hahahahaha." Kedengaran ketawa dari keempat-empat jejaka itu.

Arden menghiraukan mereka. Buat sakit hati ja.

'Is it true? Tak mungkin lah, kenal tak sampai 2 hari kot.' Arden berkata dalam hatinya.

~~~~~

Aurelia terus berlalu ke biliknya, sebaik dia menutup pintu, dia terduduk di lantai.

Dia menarik lututnya dan memeluk, kepala diletakkan diatas lututnya. Dia menangis dan menangis.

"Oh god, the betrayal, tolong aku Ya Allah." Kata Aurelia berselang-seli dengan esaknya.

"Kuatkan hati aku Ya Allah, aku serahkan uruskanku kepadaMu. Bantulah aku untuk bangkit semula." Doa Aurelia sendiri.

Dia bangun dari duduknya, ingin membersihkan diri. Berharap supaya rasa sakit di hati ini dapat berkurang.

Setelah beberapa minit, dia kembali ke katilnya. Dia membaringkan tubuhnya disitu, dan membuka telefonnya.

Dia ternampak banyak missed call dari sahabatnya itu. Terus dia mendail semula, tidak mahu sahabatnya risau.

"Aurelia Rose! Kenapa tak angkat call aku! Aku risau tahu tak!" Natalia bebel di telefon.

"Sorry, aku mandi tadi. Tak dengar pula kau call." Kata Aurelia mendatar.

"Are you feeling any better now?" Tanya Talia lembut.

"I honestly don't know Talia, bila aku ingat, sumpah sakit." Kata Aurelia.

"Kau nak aku datang temankan kau tak?" Tanya Talia.

"No need, dah lewat ni." Jawab Aurelia.

"Tell me everything yang jadi tadi. Aku blank ni tak tahu apa-apa." Arah Talia.

"He cheated on me Talia, bukan tu saja. Dia.... He slept with her too, more than once." Terketar suara Aurelia menuturkan ayat.

"Lia... I am so sorry. Tak guna punya jantan!" Marah Talia.

"Dia cakap, sebab 4 tahun dengan aku, sekali pun aku tak bagi dia sentuh aku, sebabtu dia curang, dia cari perempuan lain untuk puaskan kehendak dia. Bodohkan Talia?" Aurelia menceritakan apa yang terjadi.

"The heck mamat ni? Dia bercinta sebab nafsu atau hati?! Bodoh betul. But it's okay Lia, at least kau dah terlepas dari dia. You deserve so much better." Talia cuba menenangkan sahabatnya.

"You deserve someone who will do anything to keep you. Sekarang ni, letakkan kepercayaan kau kepada Allah. InsyaAllah semua akan okay." Kata Talia lagi.

"Terima kasih Talia, tenangkan aku. Thankyou jadi kawan yang terbaik." Kata Aurelia terharu.

"No problem meh, aku sayang kau. Sekarang ni tidurlah, you need rest. Kalau nak cerita apa-apa, kau call ja macam biasa okay?" Kata Talia lalu menamatkan panggilan.

Aurelia terus meletakkan telefonnya di tepi bantal dan cuba untuk melelapkan matanya.


HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now