"HAHAHA alahhh macam tak biasa, dari uni dulu kot kita kena cop songsang sebab asyik melekat ja." Galak Talia ketawa.

"Aku lapar ni baik kau cepat oder." Kata Aurelia.

"Erghhh sabar lah tak menyempat, kau makan jelah dulu. Aku okay ja." Kata Talia sambil tersenyum.

"Taknak, nak tunggu kau." Jawab Aurelia.

"Kau habis lunch pukul berapa ni? Sejam ja kan tak silap aku?" Tanya Talia.

"Haah sejam, tapi lepasni aku nak gerak ke KLIA 2 terus." Jawab Aurelia. "Macam mana kerja harini? Okay tak?"

"Okay ajaa macam biasa. Tak yang kau nak ke KLIA buat apa? Pindah negara ka?" Tanya Talia sambil tergelak kecil.

"Haah, nak pindah negara terus. Taknak balik Malaysia dah." Jawab Aurelia mendatar. "Encik Zarif minta aku untuk jemput kawan dia. Dia ada meeting takut tak sempat."

Makanan Natalia akhirnya sampai. Mereka mula menjamu selera.

"Kau okay? Nampak lain. Anything happened ka?" Tanya Talia prihatin dengan mulut penuh makanan.

"Hah? Um takda apa lah Talia. Nanti lah aku cerita. Nak kena cepat ni, dah pukul 1230." Jawab Aurelia.

"Yalah, kalau nak story apa-apa, kau tahu kan yang aku sentiasa available untuk kau?" Talia risaukan sahabatnya itu.

"Thank you Talia, sayanggggg kau." Aurelia tersengih sambil berkata.

Masa berjalan dengan laju, ralit mereka bersembang. "Aku kena gerak dulu ni, takut terlewat pula." Kata Aurelia.

"Okay, elok-elok drive tu. Bye!!" Talia berlalu pergi, sama juga dengan Aurelia.

Dia melangkah ke keretanya dan terus memulakan perjalanan ke KLIA.

Tepat pukul 1:20, dia tiba. Dia memarkir keretanya dan masuk ke dalam. Dia berjalan ke Gate B seperti yang diberitahu Encik Zarif.

Aurelia tiba-tiba menepuk dahinya. "Aduh! Nama dengan muka pun aku taktau, macam mana nak kenal!!" Dia bebel seorang diri. Sungguh terlupa untuk bertanyakan nama dekat Encik Zarif.

Dia berjalan kehulu-kehilir sambil mendail number Encik Zarif. "Aduh tak angkat pulak!!" Elok matanya memandang ke hadapan, BUSH.

"Aduhh sakitnyaa." Aurelia mengurut pinggangnya kerana jatuh terhentak. Dia terus memandang kehadapan. Mata bertemu mata, dia memandang tajam ke arah mata berwarna amber itu.

"Ish mat salleh ni harap muka elok tapi mata dekat kaki!" Bebel Aurelia sambil berdiri.

Dia memandang semula jejaka itu, "Yang tenung orang ni apahal? Dahla tak reti minta maaf. Lepastu berdiri macam kayu! Ergh nasib ja tak faham bahasa melayu." Bebel Aurelia lagi.

Telefonnya bergetar, dia lihat ke arah skrin lalu terus laju mengangkat panggilan.

"Encik Zariffff!!!!! Saya mana kenal kawan encik tu rupanya macam manaa, dahla nama pun tak tahu!" Nyaring suara Aurelia.

"Hahahahaha maaf Lia, saya lupa sungguh nak bagitahu tadi. Nama dia Arden. Awak jeritlah Arden nanti mesti ada orang datang." Kata Encik Zarif sambil ketawa.

"Encik gila nak saya jerit? Mau kena halau. Apa nama dia? Arden?" Geram sungguh dia dengan bosnya itu.

"Ya Lia, saya kena masuk meeting semula ni. Bye." Kata Encik Zarif lalu menamatkan panggilan.

"Ehem." Kedengaran suara seseorang di belakangnya.

Aurelia menoleh, dia hairan kenapa mat salleh ni masih tercongok dekat sini.

"I heard you mentioned Arden just now." Kata jejaka bertubuh tegap dan tinggi lampai itu.

"Why? Do you know him?" Tanya Aurelia dengan pantas. Lagi bagus kalau jejaka ini kenal, tidak perlu dia tercari-cari nanti.

"I am him, Arden Nolan." Mendatar sahaja suaranya.

Aurelia ternganga sekejap, tidak sangka mat salleh ni merupakan kawan bosnya itu.

"Err really? You know Encik Zarif?" Tanya Aurelia.

"Yes I know him, also aku faham setiap patah perkataan yang kau cakap tadi." Arden berkata dengan lancar.

Aurelia hanya terkaku disitu saat langkah kaki Arden semakin menghampirinya.

"Bro!" Mereka berdua tersedar setelah satu suara mencelah mereka. Aurelia memerhati ke arah itu dan kelihatan 3 lagi jejaka menghampirinya.

Aurelia menggaru kepalanya. "Kenapalah Encik Zarif tak bagitahu sampai 4 orang aku kena jemput." Kata Aurelia perlahan.

"Err um boleh kita gerak sekarang?" Kata dia perlahan.

"Yes, lets go guys." Kata Arden kepada rakan-rakannya itu.

Aurelia berjalan dihadapan, tangannya kembali mendail number bosnya.

"Encik Zarif tunggu, kena nanti, kenapa tak cakap sampai 4 orang? Dahla saya seorang diri perempuan!" Dengus Aurelia dihujung ayat.

"Lupa lah Lia. Maafkan saya." Kata Encik Zarif.

"Saya nak hantarkan dia orang ke mana ni?" Tanya Aurelia sambil menghampiri keretanya.

"Awak bawa ke office lah, minta dia orang tunggu dalam bilik saya." Arah Encik Zarif.

"Yalah, saya gerak dulu." Aurelia terus menamatkan panggilan


HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now