Zarif laju laju membuka gambar tersebut.

Kelihatan Kayla memakan baju kurung merah jambu lembut dengan selendang di kepala tersenyum manis ke arah kamera.

Zarif mengemam bibirnya menahan senyum. 

Cantik. 

Zarif menekan gambar seterusnya dan melihat mamanya menyarung cincin di jari manis gadis itu. Ada juga gambar Mikayla menyalami tangan mamanya.

Hati Zarif berbunga bahagia tiba-tiba. 

Cincin tanda merisik atau cincin tanda bertunangkah itu. Dia tidak tahu.

Mika terima dia ke? 

Berlegar legar soalan itu di kepala sambil dia menatap wajah manis Mikayla.

Jari menatal ke kiri untuk melihat gambar gambar lain tapi kalini senyumannya mati apabila dia lihat Zuhail yang memakai kemeja putih duduk di sebelah Mikayla di pelamin. Mikayla juga tersenyum manis dalam gambar itu sambil menunjukkan jarinya yang sudah bersarung cincin.

"Tahniah abang Zuhail!"

Berderau darahnya melihat whatsapp dari adiknya Tengku Zulfa di bawah gambar itu.

Jarinya laju laju membuka baki gambar lain. Banyak gambar berdua Zuhail bersama Mikayla di pelaminan. Ada juga gambar Mikayla meletakkan bunga tangan di hadapan wajah Zuhail.

"Selamat bertunang Abang Zuhail!" 

Dia terus terduduk di sofa apabila membaca ayat itu. Mati terus bunga bunga bahagia yang dirasakannya tadi.

"Oi kau kenapa?" Syed Adli yang sedari tadi memerhatikan sepupunya dari pintu sudah bertanya pelik.

Sekejap tadi dilihatnya Zarif tersenyum senyum tapi sekarang lelaki itu bagaikan mendapat berita sedih.

Zarif tidak mengendahkan sepupunya yang sudah melangkah masuk ke ruang pejabatnya.

Zuhail dengan Mikayla? Kenapa dia tidak pernah terfikir selama ini yang kemungkinan Zuhail sukakan Mikayla. 

Dia hanyut dengan perasaan dan ego sendiri sehingga terlupa tentang perasaan adiknya.

Terlayar di ingatan memori memori yang dia lihat antara Zuhail dengan Mikayla. Zuhail yang memang tidak pernah jauh dari Mikayla. Zuhail yang selalu ada dengan Mikayla. Zuhail yang sentiasa risaukan Mikayla.

Dia meraup wajahnya kasar.

"Dugaan apakah ini."

Telefon ditangan yang jatuh melorot ke karpet dibiarkan.

Syed Adli yang melihat keadaan sepupunya itu sudah berkerut dahi. Dia lantas mencapai telefon yang terbiar di karpet sebelum dia melihat skrin yang masih terbuka.

Terkejut dia melihat wajah Zuhail dengan Mikayla yang kelihatan bahagia dalam gambar di skrin itu.

"Zuhail bertunang dengan Kayla ke?" dia bertanya Zarif yang bagaikan orang hilang roh.

"Asal kau tak pergi majlis tunang adik kau?" tanya Syed Adli lagi apabila soalannya tadi tidak diendahkan Zarif.

"Eh, kau okay ke adik kau dengan Kayla? Kau dah move on ke?" tanya Syed Adli sambil menghulurkan telefon bimbit itu kepada Zarif.

Mikayla pun sukakan Zuhail ke? Senang sahaja Mikayla menerima Zuhail. Tidak menyangka selama ini dia sedang bersaing dengan adiknya. Memang dia kalah awal kalau dengan Zuhail. Dia memang akui Mikayla lagi selesa dengan Zuhail berbanding dengan dirinya. Malah, Zuhail lebih tahu tentang Mikayla berbanding dia.

Dia menghela nafas berat sambil bersandar di sofa. 

"Oi Zaf! Kau okay ke tak ni?" 

Zarif memandang Syed Adli. Mulutnya terasa berkunci. 

"Apa aku nak buat sekarang ni Ad..." 

...........................................

Mikayla memandang cincin di jari. Puan Sri Sharifah sendiri yang memilih cincin itu untuknya. Bakal mak mertuanya itu menyatakan hasrat mahu memilih cincin pertunangan itu sendiri sebagai tanda untuk anak lelakinya. Untuk cincin kahwin nanti Puan Sri Sharifah akan serahkan kepada mereka sendiri untuk memilih. Tidak menyangka dirinya sudah bergelar tunangan orang. Lama dia berfikir untuk membuat keputusan itu.

Rombongan keluarga Tengku Zaid juga sudah pulang. Dua hari lepas dia dapat tahu dari bondanya yang majlis merisik akan bertukar menjadi majlis bertunang. Last minute bondanya menempah pelamin untuk majlis itu. 

Dia harap keputusannya tepat. Dia mahu mementingkan diri sendiri mulai saat ini. Dia juga mahu bahagia. 

Dia membuka telefon bimbitnya untuk melihat gambar gambar pertunangannya yang dihantar oleh Zulfa. Bahagia dirasakan apabila terfikir yang Zulfa bakal menjadi adik iparnya. Pasti seronok dapat selalu ada dengan Zulfa kesayangannya. Zulfa memang menjadi salah satu sebab yang memberatkan keputusannya kali ini selain dari Puan Sri Sharifah yang sudah seperti emak keduanya.

....................................

Zarif pulang lewat malam itu. Padahal dia langsung tidak menyentuh walau satu kerja pun di pejabat hari itu. Segala kerja dikerahkan kepada Lilian dan team dia.

Dia sengaja pulang lewat kerana tidak mahu bertemu dengan keluarganya saat pulang ke rumah. 

Baru sahaja dia ingin melangkah naik ke tangga, dia melihat Zuhail yang baru keluar dari dapur.

"Lewat kau balik Zaf?" sapa Zuhail.

"Hmm..." Dia tidak mahu memandang wajah adiknya saat itu.

Langkah diatur menaiki tangga.

"Kau tak nak cakap apa apa dekat aku ke?" tanya Zuhail lagi.

Dia mendengus sebal mendengar soalan itu. Apa yang Zuhail mahu dengar? Ucapan tahniah? atau apa? Apa aje yang boleh dia katakan sekarang. 

"Kau okay ke dengan keputusan Mika?" tanya Zuhail.

Langkah Zarif terhenti. Dia berpusing ke arah Zuhail yang masih di bawah tangga.

"Aku nak cakap apa lagi Zuhail? Aku dah cakap aku terima apa apa sahaja keputusan Mika kan?" dia menyoal Zuhail. Hatinya sedikit panas melihat ketenangan wajah Zuhail.

"Aku tak terfikir langsung kau sukakan Mika. Tak sangka kau yang bertunang dengan dia. Beria semalam kau tanya aku tu sebab kau taknak rasa bersalah dekat aku ke?" Mata mencerlung adiknya. Kesabarannya mula tipis apabila melihat Zuhail.

"Aku tanya kau semalam untuk aku pastikan kau serius dengan Mika. Tapi sampai ke sudah kau junjung ego kau. Tadi sebelum kitorang pergi ke rumah bonda Mika pun aku tanya lagi dekat kau tapi kau kata kau hanya setuju sebab mama."

"So daripada aku tengok kau macam dipaksa terima usul keluarga macamtu, baik aku yang ambil Mika. Aku taknak Mika tak bahagia dapat pasangan yang terpaksa terima dia demi keluarga." 

Wajah Zarif dipandang tenang. 

"Kau sayang Mika ke?" tanya Zarif memulangkan soalan Zuhail semalam kepadanya.

"Ya, aku sayang Mika." 

"Aku sayang Mika sangat sangat Zaf." 

Begitu yakin suara Zuhail menuturkan ayat itu.

Zarif pejam mata. Dia pun tidak seberani ini. Hanya kepada mama dia luahkan rasa sayangnya pada Mikayla.

"Then congratulations to you, my brother." Zarif berpusing untuk melangkah ke biliknya selepas menuturkan ucapan tahniah buat adiknya. Ikhlaskah dia? Semestinya tidak.

...........................................

TBC

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now