Sebulan. Sebulan berlalu. Sebulan Ayra pendamkan segalanya. Sebulan Ayra menanggung perit akan dinginnya hubungan mereka. Tak tahu di mana silap dan kurangnya dia sebagai isteri. Layanan Arian paadanya sedikit dingin. Lelaki itu lebih banyak menghabiskan masa di luar dan hanya akan pulang bila menjelang subuh. Tak ada khabar. Tak ada pesanan. Sekadar memohon maaf padanya tanpa sebarang penjelasan. Tanpa justifikasi.

Kali ini, Ayra benar benar nekad. Hubungan mereka perlu di selamatkan. Kotak kecil berwarna merah di atas meja dikerling seketika. Serentak itu matanya terpejam rapat. Mungkin berita ini akan memulihkan hubungan mereka.

Bunyi pintu ditolak buatkan kepala Ayra mendongak. Dalam gelap malam, dia dapat lihat tubuh lesu Arian menapak masuk ke dalam rumah. Jari telunjuk Ayra naik memetik suis lampu, serentak itu ruangan tersebut disimbahi cahaya.

"Ayra?" Garau suara Arian menyebut namanya. Ayra ukir senyuman. Kuat. Dia dah pernah berjanji dahulu. Dia tak akan menangis lagi. Hubungan mereka adalah untuk memulihkan dan bukannya sebaliknya.

"Abang dari mana?" Ayra keluarkan skill polis pencennya. Soalan diajukan dengan riak mendatar.

"Some where." Arian membalas tanpa berpaling. Jemarinya ligat membuka dua butang teras kemjeanya.

"Awak dah berubah."

Kali ini Arian berhenti melangkah. Kepalanya lantas menoleh ke arah Ayra yang kini berdiri di hadapannya.

"Awak?" Arian jongket kening.

Tak membalas, Ayra ukir senyuman tawar. "Saya tahu awak keluar dengan Citra."

Kali ini kedengaran nafas berat Arian. Bila di pandang sekilas jelas wajah lelaki itu sudah berubah riak.

"Apa pun maklumat yang awak tahu. Abang harap untuk sayang terus percayakan abang. Apa pun yang abang lakukan... Semuanya untuk kita "

Ayra lepaskan tawa kecil. "Untuk kita? Sejak hari pertama awak berubah. Saya tahu semua ni bukan untuk kita. Tapi untuk awak."

"Ayra..." Arian cuba capai lengan isterinya namun laju saja Ayra berundur.

"Jujur dengan saya. Awak pergi mana selama ni? Betul ke awak keluar semata mata nak jumpa Citra?"

"Ayra..."

Ayra berundur lagi. Selangkah Arian merapatinya, 2 langkah dia berundur. Cuba menjaga jarak antara mereka. "Saya tak nak buruk sangka pada awak. Tapi, awak. Awak yang timbulkan syak wasangka dalam diri saya."

Kali ini sebak di dada tak dapat dibendung lagi. Menitis jua air mata Ayra. Namun, laju saja cecair itu diseka agar terhapus.

Arian terkedu. Rahangnya diketap rapat. Rasa sakit bila air mata itu mengalir angkara dirinya. "Last night, I hung out with someone."

Ayra tersentak. Namun, kenyataan itu sudah dia jangkakan. "The night before?"

"Same." Tak beriak. Tak bernada. Sekadar balasan ringkas. Tak ada penjelasan.

Ayra mengangguk. Akhirnya. Arian jujur dengannya. "Don't worry, I did something worse."

"What?"

"Stay home and trusted you."

Terkedu. Arian bungkam. Mulutnya terbuka sedikit cuba menarik nafas.

"Sekali lagi. Kehadiran saya... Sekadar dihargai."

"But don't worry I already teach myself to survive alone." Pahit untuk diterima. Namun, itulah apa yang dia rasakan saat ini.

"Ayra."

"Tak apa saya faham. Sekarang saya nak awak cuba fahami saya pula. Saya perlukan ruang. Keadaan sekarang sangat menyakitkan untuk saya. Saya nak balik rumah ayah. Saya nak stay sana untuk sementara waktu."

"You can't!"

"Yes, I can." Ayra tersenyum sinis. Tangannya mencapai kotak kecil di atas meja.

"Why should i listen to you, lifeline?"
    
"Cause i have two brains and you have one." Serentak itu, kotak di tangan bertukar tangan. Arian terkebil kebil sebelum dia membuka penutup kotak tersebut. Membulat matanya. Melihat pada reaksi itu, Ayra ukir senyuman pahit. Luggage yang sejak tadi berada di tepi pintu di capai

"Did you?" Suara bagaikan tersekat.

Ayra mengangguk. "Perfect moment. Wrong time."

"Abang tak benarkan sayang keluar walau setapak pun."

"Stop it, Arian. Saya cuma perlukan ketenangan. Sebulan saya diamkan hal ni. Sebulan saya makan hati dengan perangai awak. Awak buat apa belakang saya? Awak jumpa Citra kan? Tiap malam awak keluar hanya untuk jumpa Citra. Saya tahu Arian. Saya tak bodoh. Awak silap orang nak sembunyikan hal macam ni dari saya. I know how this game played before."

"I'm still your husband!"

"Tolong lah Arian. Jangan nak menangkan sangat ego awak. Saya juga ada ego saya sendiri. Saya boleh gunakan ego saya bila bila masa saya nak. Tapi saya tak gunakan ego saya. Sebab saya tahu jika ego di balas ego..."

"Pemenangnya adalah perpisahan."

"Ayra." Kali ini Ayra lihat jemari Arian bergetar sesama sendiri.

Sebak. Ayra tahan segala rasa yang kian berkeceramuk di jiwanya. "Don't worry, husband. I've been broken. I know how it feels."

Ya Allah.

Kali ini Arian sudah terduduk di atas lantai takdir. Rasa bersalah semakin mencengkam diri. Nafasnya sesak. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan namun segalanya bagaikan terhalang. Seolah olah ada batu penghalang yang menahannya untuk menyampaikan kebenaran.

Ya Allah, seberat ini kah ujian yang perku dia tempuhi?

Sesakit ini kah dugaan yang perlu dia hadapi?

Farraz...

Tolong kembali...

Kerana CintaWhere stories live. Discover now