Dah sebulan berlalu semenjak pemergian Farraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah sebulan berlalu semenjak pemergian Farraz. Alhamdulillah, keadaan Arian juga semakin membaik. Lelaki itu sudah menerima kehilangan Farraz. Namun, saban hari pasti lelaki itu akan melawat ke pusara Farraz. Meluangkan masa sejam dua untuk duduk di sana.

Arian dan Ayra pula sudah berpindah keluar dari kediaman Encik Khalid. Setelah di desak beberapa kali oleh Encik Khalid barulah Ayra menerima buah fikiran ayahnya itu. Katanya hidup berumah tangga itu perlu lah duduk berasingan dari orang tua. Berkali kali cadangan itu di tolak oleh Ayra. Arian pula bukan lah sejenis yang memaksa. Di biarkan saja isterinya itu dengan keputusannya. Lagi pula sebelum akad dia lafazkan, dia sudah pun bersetuju dengan cadangan itu.

Nawra pula sekarang acap kali datang melawat Ayra. Katanya rumah Ayra seronok. Dan tak ada sesiapa tahu akan keseronokkan di rumah Ayra. Taufik dah berbuih mulut nak halang tingkah buas Nawra itu. Lebih lebih lagi wanita itu sedang mengandung dua bulan. Lagi lah dia pasang langkah berjaga jaga.

Bunyi pintu diselak perlahan buatkan tingkah Ayra yang sedang melipat sejadah terhenti seketika. Wajah lelah Arian dipandang dengan senyuman.

"Awalnya abang balik." Langkah di buka menghampiri suaminya. Seperti kebiasaannya, jemari Arian dikucup sebelum jemarinya juga menerima kucupan dari bibir Arian. Lerai saja genggaman tangan mereka tubuhnya di tarik merapat sehinggakan tak ada jarak di antara mereka. Kali ini dahinya pula menerima kucupan mesra.

Ayra kuncikan bibir. Di biarkan saja tubuhnya tenggelam dalam dakapan Arian. Namun tak lama kemudian dia teringat akan sesuatu.

"Tak nak bagi Ayra buka telekung dulu ke?" Kepalanya mendonggak memandang wajah Arian.

"Tak nak." Arian menggeleng kecil. Kepalanya disorok ke celah leher Ayra.

Ayra tersenyum. Belakang tubuh suaminya diusap lembut. Semoga lelah lelaki itu dapat dikurangkan.

"Abang, don't you think travel the world is fun? Lets do that one day." Tiba tiba saja ucapan itu meluncur di bibir Ayra. Teringat pula Nawra yang datang tengah hari tadi. Punyalah wanita semangat berkongsi tentang rancangan mereka untuk bercuti ke Sabah minggu hadapan. Katanya dia mengidam hendak meneroka pulau pulau yang berada di bumi bawah bayu itu. Tak sangka pula rancangannya itu dipersetujui oleh Taufik. Bukan main gembira wanita itu. Katanya lagi seronok jika dia terus menetap di sana.

"Mengarut." Arian leraikan pelukan serentak itu di berjalan mengelilingi Ayra. Wajahnya tetap serius buatkan Ayra berkerut tak mengerti.

"Awak buat apa?" Kepala Ayra menyengget sedikit. Pelik memandang tingkah Arian.

"What else? I'm travel my world right now." Bibir Arian menyenget sedikit. Dia akhirnya berpeluk tubuh memandang Ayra di hdapannya.

"And..." Arian tahan gelak bila wajah Ayra sudah memerah. Eleh! Malu lah tu!

Wajahnya bergerak merapati wajah Ayra hingga kan pucuk hidung mereka bertemu. "Its quit fun."

Serentak itu Arian kenyitkan sebelah mata.

Ayra terkebil kebil. Dia dapat rasa wajahnya sudah membahang akibat malu. Selangkah dia berundur. Mencipta jarak antara mereka.

"Sa... Saya..." Tergagap Ayra jadinya. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik. Apa saja asalkan bukan mata milik Arian.

"Hm, saya?" Semakin galak Arian menyakat.

"Saya nak simpan telekung!" Kelam kabut Ayra buka langkah berlari menjauhi Arian. Belum sempat dia menyelamatkan diri, lengannya kembali di rangkul Arian.

"Awak... Saya..." Ayra seperti cacing kepanasan. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Ada benda yang dia sedang tahan saat ini.

"Ayra, abang ada benda nak bincang."

"Ayra... Ayra nak..." Tangan Ayra menekup mulut dan hidung sendiri. Serentak itu dia bersin beberapa kali. Aduh! Nak selesema ke?

"Don't tell me that..." Arian kecilkan mata. Bagaikan dapat meneka apa yang telah terjadi. Melihat anggukan isterinya buatkan Arian tergeleng kecil.

Ayra tersenyum kecil sebelum dia kembali terbersin. "Alhamdulillah."

"Yarhamukillah." Arian usap dahi isterinya.

"Yahdina wayahdikumllahu wayusliha balakum."

"Bijaknya isteri abang ni. Dah pergi simpan telekung. Abang nak ambilkan sayang ubat." Sempat Arian kucup dahi isterinya sebelum berlalu.

Ayra sekadar memandang langkah Arian. Dia pasti ada sesuatu yang lelaki itu sedang sembunyikan.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now